Thursday, June 8, 2006

Kipoh II

Makan kenduri

Last week, aku balik kampung, sibuk makan kenduri. Aku satu family balik hari Jumaat (2 Jun) lepas - mak aii, highway sesak jugak. Lebih kurang macam nak balik raya je. Nasib baik tak jem melekat! Tapi si Deena, time orang nak travel non-stop ni la dia sibuk "meghebaih". Kuantiti luar biasa plak tu. Alahaiiiii...Nak tak nak, terpaksa la jugak berhenti kat R&R. Isk..isk..Aku rasa travel bawak Mario (kucing aku yang dah r.i.p) lagi senang dari bawak budak kecik ni. At least Mario dok diam je dalam cage, tak bergayut-gayut & memekak-mekak macam Deena. Macam Yatt kata kat Zack hari tu la, dia gerenti tak tertidur time driving sebab terpaksa dengar ke'havoc'an @ pokpekpokpek aku & Deena. Hehehe...

Hari Sabtu (3 Jun), family aku pegi kenduri sepupu Yatt kat Pengkalan. Cuaca punya la panas, dah macam pegi sauna je. Nasib baik la Deena buat perangai sikit, ada gak alasan nak ciao cepat. Tak tahan wehhh!! Hanguih! The next day pulak, kitorang ambik Abg. Dan kat rumah dia then pegi kenduri adik Jam kat Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Balik dari kenduri tu, aku ajak Yatt ronda-ronda pekan Kuala jap. Dah lama betul aku tak pegi situ. Last aku pegi Kuala tahun 1992, kalau tak silap. Ikut rombongan sekolah. Masa tu kitorang berkelah kat Ulu Kenas. Yang aku ingat, ramai yang tak jadi nak mandi situ sebab ramai sangat bebudak kampung situ skodeng. Ye la...awek satu bas datang, beb! (all-gurls school). Hmm..Macam dah banyak yang berubah kat pekan Kuala tu ye? Heh..Macam la aku ingat sangat apa yang berubahnya. Lagipun, masa rombongan sekolah aku singgah pekan tu dulu, aku & geng-geng sibuk usha bebudak MCKK & Clifford!! ;-)

Nape carik yang jauh, wah oiii?..

Pasangan pengantin kat dua-dua kenduri ni masing-masing kahwin dengan orang dekat. Satu negeri. Senang betul. Macam aku ngan Yatt la. Macam kata member aku, "baling cekodok pun sampai!". Takde la pening kepala tang bila nak nyambut, nak nganto, kat mana nak bertanggak bla..bla...Takde la macam adik aku yang bongsu tu nanti. Haaa..Keket, lain kali cari lagi orang jauh! (No wonder la dah kurang makan tempoyak, rupanya dah terminat kat budu! hahaha...). Dah jodoh, camno kan?

Belek-belek...

Apa pun, semenjak dah tua ni, takde lagi dah aku kena paksa buat satu benda yang aku cukup boring. Dulu, masa aku kecik, arwah Opah aku sure paksa aku ikut dia pegi kenduri. Yang aku malas tu bukan apa, first thing first, sure Opah aku masuk bilik pengantin, belek-belek katil, cadar, langsir, hantaran etc. Pastu pegi pelamin pulak. Belek-belek lagi. Sambil tu, for sure dia pokpekpokpek suruh aku belek-belek sama, ingat, suruh buat "contoi" ("contoh" le tu...). Balik rumah nanti, mula la dia suruh try buat gubahan ke apa yang lebih kurang. Arghhh!! Itu yang aku boring tu! Opah aku tu expert buat tengkolok, hantaran orang kahwin & even lauk pengantin. Maybe la dia nak suruh aku ikut jejak dia. Tapi malangnya, aku ni malas. Tak brutal la konon buat semua tu. Haha..Come to think of it, baru sekarang ni aku rasa rugi pulak tak berguru ngan dia dulu. If not, boleh gak buat duit. Huwaaaaaa....

p/s: Lepas balik kenduri rumah Jam, aku dapat nickname baru - "Countess Cakcibor"..Sebab? Hehehehe...Ada laaaaa....;-)