Wednesday, May 24, 2006

Cover sikit, Nuno!

(www.soccer.entertainzones.com)

Kontroversi dua pemain Portugal

(Berita Harian, 24 Mei 2006)

LISBON: Pihak berkuasa Portugal kini menyiasat dua pemain Benfica, Armando Petit dan Nuno Gomes (tu haa...gambo kat ateh tu..) selepas stesen televisyen menyiarkan rakaman mereka membawa filem cetak rompak ke kem latihan Piala Dunia, menurut laporan akhbar, semalam.

Pegawai kanan kepada Pihak Berkuasa Aktiviti Kebudayaan (IGAC) di bawah kementerian kebudayaan negara itu, Julio Araujo Melo, yang mengawasi perang terhadap cetak rompak filem dan muzik, berkata badan itu akan mengambil tindakan jika terbukti benar, biarpun sepak mula Piala Dunia sudah begitu hampir.

ā€�Kami sedang menyiasat berdasarkan kepada peruntukan undang-undang. Hanya selepas siasatan selesai, kami akan bertindak. Tetapi jika kami perlu bertindak, ia akan tetap dilakukan,ā€¯ kata Melo.

Gomes, penyerang skuad itu, memberitahu stesen televisyen swasta SIC dalam laporan yang disiarkan Jumaat lalu bahawa dia membawa beberapa filem ke kem latihan di Evora, kira-kira 150 kilometer di tenggara Lisbon, termasuk Basic Instinct II dan Mission: Impossible III. Kedua-dua filem itu belum dikeluarkan dalam bentuk cakera padat digital (DVD).

Pemain tengah, Petit, pula membuka but kereta untuk menunjukkan filem yang dibawanya ke kem, termasuk salinan filem ā€�The Producersā€™, yang juga belum dikeluarkan dalam format DVD, selain beberapa tajuk filem lainnya.

Mengikut undang-undang Portugal, penghasilan dan penggunaan filem atau muzik cetak rompak boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, tetapi dalam kebanyakan kes, mahkamah akan menjatuhkan denda kepada pihak bersalah. ā€“ AFP

** Alahai..Nuno...Nuno...lain kali cover-cover la sikit sayang oiii...Jangan buat pasei, teman udah tak sabo nak nengok mike main, Nuno!...Hmm...anyway, DVD pirate tu ntah-ntah buat kat Malaysia ni ha. Hehe..