Ada dua benda yang LATELY ni aku cukup menyampah, meluat dan membuatkan aku ringan mulut untuk mencarut. Satu, orang yang lebih tua daripada aku yang cukup suka memotong barisan di kaunter atau mesin ATM. Dua, orang yang sangat-sangat kasar bahasanya dan tak tahu etika menggunakan telefon. Aku berjaya rasanya 'mengontrol' daripada mencarut bila teringatkan tudung di kepala ni. Hisss. Tapi, sound tetap sound, bai. Pedulikkk!
Saturday, May 30, 2009
Friday, May 29, 2009
Sembang Search Lagi
Minggu lepas aku tiga beranak pegi wedding member kitorang ni, Maliah & Razak, kat Kulim. Teringat apa Deena cakap masa tengok kad kawen diorang yang kreatif dan ada gambar diorang berdua: "Ma, sapa sebelah auntie rock ni? Yang kacak ni?" Kacak? Sungguh standard perkataan itu, Irdina! Terkejut Mamamu ini. Hehehe! Mana hang blajaq? ;-)
Anyway, kalau korang nak tau, sesungguhnya aku sangat jeles dengan couple ni. Sebab apa? Sebab ini:
Gile best kawen kalo macam ni! Cayalah korang! ;-)
Anyway, cakap pasal Search, haritu aku & Yatt terjumpa dengan Aru kat Aloq Staq (AS). Lepak jap. Dia ada la bercerita pasal konsert Search kat AS yang patutnya on hari ni. Aru kata, orang yang disuruh propose konsert tu kat kerajaan sini tersilap approach orang. Tersilap approach Exco. Sepatutnya boleh jumpa direct dengan MB je. Tapi belum sempat proposal sampai kat MB, dah kena reject siap-siap dek Exco tu. Ciss! Kelantan boleh lepas, takkan kat Kedah sangkut pulak? Alahai.
(Adus...Nampaknya tak mustahil la nelayan kat sini akan terus stone mr.hero @ stone 'ketumin' dulu sebelum turun ke laut).
Nite Of The Living Legend - Search
Rasanya aku tak cerita lagi pasal Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru kat Seberang Jaya, 2 Mei lepas, kan? So here goes. Cite sempoi-sempoi dah le ye sebab Yatt dah pulun cerita kat blog Hanya Rawk N Roll dan Metro Ahad.
Actually malam 2 Mei tu kitorang turun all the way from Ipoh. Sampai Seberang Jaya kitorang join a group of press naik bas ke tapak konsert. Dan lepas konsert tu gak drive balik Ipoh. Memang gile punya plan. Heh. Tapi apa pun, memang berbaloi-baloi, wa cakap lu! Tak pernah la aku turun konsert rock Melayu dan puas hati habis dengan show yang superb, complete dengan sound dan lighting yang gempak walaupun hujan turun lebat ya amat. Siap angin ribut plak lagi. Husyyy!
Paling best sebab aku dapat berdiri depan stage tanpa ada orang-orang yang lebih tinggi dari aku kat depan aku. Hehe. Paling tak best, bila dah hujan lebat gila, nak tak nak terpaksa la aku bawak Deena lepak kat tempat media, bawah khemah dan follow the rest of the show from satu skrin beso. Kalau aku sorang, aku selamba je berhujan. Ala, macam zaman dulu-dulu la. Teringat zaman layan konsert raksasa Salem: Search, Wings, Ella - 1 Mei 1990 @ Stadium Indera Mulia, Ipoh. Konsert tu pun hujan lebat gak. Nostalgik betul!
Insiden paling aku takleh lupa? Bila Yatt cerita ada satu mamat reporter (yang kunun dasat dan ngaku minat rock) sibuk dok tanya setlist pada Yatt. "Gadis Ayu" ditulis dalam notebooknya "Gadis Kayu". Haiyaaa..
Wokey, jom tengok gambo!
Ni tour bas Search. Kagum aku. Dalam sejarah (rasanya la) mana pernah ada band rock Melayu ada tour bas cun. Trailer yang bawak equipment konsert ni pun gempak jugak. Tapi tak sempat amik gambo lak. Sigh.
Ni production team yang handle sound, lighting etc malam tu. Orang sibuk interview Search, aku & Yatt sibuk interview siorang. Diterbangkan khas dari Indonesia nih. Otai-otai konsert ni. Mamat pakai baju putih tu (arrow) umur dia sebaya umur Search, tapi dia handle sound malam tu..Fuhhh! Anyway, syok dengar cerita diorang gerun nak jadik backline Search pada mulanya.
Deena yang malu-malu kucin nak cakap dia lapor gile. Hehe. Anyway, sorry ha peminat Search. Aku takde t-shirt Search. Wings ada. Tapi bak kata reporter Empayar, "Tak kisah la. Janji pangkalnya huruf S." Hehe.Insya-Allah, til we meet again, Search, on Aug 2 @ KL. ;-)
Lepas tu, 'Wings Di Laut Biru' kot?
Ayor Dan Api
Lately I was assigned to tackle political issues in my work - Which I abhor. Kurang gemor. Dan untuk mengurangkan tension apabila disuruh, aku suka melagukan ini dalam hati:
Air Dan Api (NAIF)
"Bukan maksudku, bukan maksudmu untuk selalu meributkan hal yang itu, itu saja..."
Wednesday, May 27, 2009
Lembut Hati Kering
Kata member aku, aku kena beware dengan orang-orang yang baik dan lemah lembut sebab selalunya diorang ni lagi hati kering compare to orang-orang yang brutal, kepala metal atau rock kapak (part ni aku tambah). Kata member aku tu, yang brutal-brutal ni, dalam diam selalunya lebih halus dan mudah tersentuh jiwanya (cewahhh!). Tapi rasanya betul kot?...:-)
Tuesday, May 26, 2009
I'm Happy Cuz...
Aku happy hari ni. Satu, sebab bos aku tolong hantarkan aku balik rumah yang 18km jaraknya dari ofis (mana la pernah bos-bos aku hantar balik sebelum ni, brader. Yang ada takat ni, bos yang dulu tolong repairkan PC kat rumah..Hehe. Terharu betui aku!).
Satu lagi sebab aku happy? Sebab my darling muse balik rumah kejap lagi. Yahooo!
Ek ele..Ni pun mau blog ka deyyy? Hehe, over tul. :-P
Sunday, May 24, 2009
I Am The Sky, I Am The Night
I AM THE HIGHWAY
(Audioslave; Audioslave - 2002)
Pearls and swine bereft of me
Long and weary my road has been
I was lost in the cities
Alone in the hills
No sorrow or pity for leaving I feel
I am not your rolling wheels
I am the highway
I am not your carpet ride
I am the sky
Friends and liars don't wait for me
I'll get on all by myself
I put millions of miles
Under my heels
And still too close to you I feel
I am not your rolling wheels
I am the highway
I am not your carpet ride
I am the sky
I am not your blowing wind
I am the lightning
I am not your autumn moon
I am the night
What Is and What Should Never Be
Malam semalam aku sempat membaca satu bab lagi daripada 'Hammer of the Gods'. Aku baca cerita di sebalik lagu "What Is and What Should Never Be" dan kaitannya dengan forbidden love antara Robert Plant dengan seseorang. Kata Stephen Davis si penulis, Plant bercinta dengan adik isterinya. Sumber lain yang aku pernah baca, 'seseorang' itu ialah seorang groupie.
Tapi itu bukan soalnya.
Soalnya sekarang, hidup aku sekarang ini semakin hari semakin tidak sunyi didatangi dengan kisah-kisah forbidden love. Cinta-cinta terlarang berbagai versi yang memang diundang, atau mungkin terundang tanpa dirancang. Tanpa sedar.
Aku bukannya moralist untuk menimbang salahnya itu, betulnya ini. Saat ini yang aku mampu hanya mengiyakan hakikat bahawa naluri manusia sememangnya ghairah pada yang forbidden, taksub pada yang dilarang. Hakikat yang mungkin memualkan, tapi tak mampu aku menidakkan.
Dan saat ini juga (selain "What Is and What Should Never Be") di fikiranku untuk mereka dan versi-versi forbidden love mereka hanya dua: "Dia" (Wings & Hattan) atau lebih tepat lagi, "Mungkin" (Ajin).
Saturday, May 23, 2009
Saigon Kick?
Mon amour is in Saigon now.
Sigh. :-(
"Hold on to love, that is what I do..."
P/s: Betul la kata Abang Dan, Dolores ni hampeh time nyanyi live. Whatever lah...Hehe.
Friday, May 22, 2009
Advencer Seorang Aku Si Cacing Buku
Selepas berminggu-minggu aku cuba menelaah Kasut Biru Rubina di dalam bilik membuang toksin setiap pagi, akhirnya aku berjaya juga menghabiskannya tengahari tadi. Tapi kali ini bukan di bilik itu. Kali ini sambil menikmati apple crumble versi Tesco Mergong. Walaupun situasi ketika membacanya jauh berbeza, pendapat aku masih yang itu. Pendapat yang sama semasa aku berhenti sekejap menelaah buku yang nipis itu kerana tiba-tiba disapa rasa teragak-agak.
"Stoned, maybe?" Tanya aku pada A.
"Bukan....Psychedelic!" Jawab A.
"Entah la. For sure, rasa terkejutnya sama macam I baru lepas tengok 'No Country for Old Men'!" Jelasku.
"I rasa u tak payah habiskan. Hehe." Kata A.
Tapi, aku habiskan juga. Degil. (Argh, Colin si anjing yang keji!).
Teringatkan buku AweksKL di antara timbunan buku-buku lain yang masih belum terusik. Pilihanku agak sesak. Namun, rasanya mental yang ada kalanya prejudis ini lebih bersedia melayan Kemilau Peribadi Nik Aziz, atau mungkin Motivasi Memburu Kejayaan yang dihadiahkan sendiri oleh penulisnya, Datuk Maznah Hamid (Nota: Katanya, aku segak! Ah, tak payah baca buku pun aku sudah termotivasi. Haha. Perasan!)
Atau mungkin juga mental ini akan melayan A Potrait of the Artist as a Young Man yang menurut kata Ewan McGregor: "A truly extraordinary novel."
Mungkin. Tapi yang tak mungkin ialah untuk memilih sesuatu yang mengingatkan aku pada rasa terkejut selepas menonton 'No Country for Old Men' itu.
Maaf. Aku memang olskool lagi penakut.
Update! 24 Mei 2009
Okey, I've made up my mind. Next on my reading list is Azizi Hj Abdullah's Sangeetha instead. ;-)
Feel BareNaked
Okey, harini takde lagu rock kapak (whatever 'kapak' means to you) cuz today I feel just like this song...
"Sometimes it feels so good to let it all fall..."
Tuesday, May 19, 2009
Monday, May 18, 2009
Office's Bowling Tourney
Awal bulan ni ofis kitorang buat bowling tournament. Budak kecik kat atas ni takde psycho aku pulak this time sebab dia sibuk main dengan anak-anak colleague aku. Lega. Tapi dia tak psycho pun, aku tetap 'terer'. Top 3 losers. Dapat la hadiah satu set bowling plastik untuk kanak-kanak riang. :-P Deena konfiden gile aku dapat hadiah tu sebab aku memang terer. Hehe.Bukan Trekkie Tengok Star Trek
Watched 'Star Trek' with my two darlings and Adib, my colleague. I'm not a Trekkie, so I guess the movie was okey la kot. Ada review yang kata in terms of prequel, yang ni lagi okey daripada 'Wolverine'. Entah la. Kalau tanya aku yang fanatik Wolverine ni , paham-paham je la jawapan aku. Hehe. Anyway, last nite banyak pulak soalan Deena masa tengok 'Star Trek'. Tapi dia bisik je la semua soalan dia tu. Nasib baik. "Ma, nape telinga dia tajam macam tu?" (Spock la tuuu)bla..bla..bla..
And yes, rasa macam best je bila dengar "Sabotage" in the movie. Itu la satu-satunya lagu Beastie Boys yang aku suka. Kewl sangat!
Sunday, May 17, 2009
Dari Paradise City...
Aku baru je balik dari salah satu daripada tiga 'Paradise City' aku: KL. Ada orientasi kerja, and aku lepak kat sana for five days. Orientation habis at 6pm, lepas tu? Dah la aku disuruh stay kat Cititel area Mid Valley. Apa lagi, beb? Muahahahaha! Memang totally Olskool Rockamomma's weekdays out la. Sempat layan 'Wolverine' for the second time lagi (aku sukak itu Taylor Kitsch). Huhu. Paling best, aku dapat jugak jumpa Nasir Jani untuk kolum Lacuna aku tu. ;-) Gile teruja, tapi seram jugak nak pegi jumpa dia sorang-sorang. Buatnya aku silap tanya, dia bantai jerit kuat-kuat 'Mangkuk ayun!' kat aku ke apa macam dalam lirik "Bikin Filem", naya...Nasib baik la ada member temankan. Hehe.
Anyway, tadi aku terbaca story pasal Jeff Ament kena rompak kat luar recording studio, tempat Pearl Jam buat recording untuk latest album diorang. Nasib dia tak apa-apa. Ceh risau kunun. Ye la, kang tak siap pulak album tu weyyy. Aku dah rindu Pearl Jam! ;-)
P/s: Lepas balik ni, aku rasa la kan, I just missed the lifestyle in the city of lights. That's all. Workwise, I guess, sini okey kot? Hehe.
Saturday, May 16, 2009
Gotta Own Up On My Own Somehow
I love these Lemons!
DOWN ABOUT IT
(THE LEMONHEADS - Come On Feel The Lemonheads; 1993)
Gotta own up on my own somehow
Toss the beginning and try to live it down
'N work my way out
I get so down about it
It gets the same every time I shy
Away from the blame and I stand my time
You can understand why
I get so down about it
She's gonna give me all the time I need to finish it
And if I can't I'll sleep over
And out like a light when it's not plugged in
Fading around if it starts again
You just don't get in I get so down about it
I drop you a hint so I hope you don't catch
You fumble your keys and I throw the latch
You'll still worried that
I get so down about it
Out of it so I'd hope she'd be there
Talk to her as I climb the stairs
I told her
Gotta own up on my own somehow
Gotta own up on my own somehow
Gotta own up on my own somehow
Friday, May 15, 2009
Monday, May 11, 2009
Bertahan!
Dalam hidup ini ada kalanya kita akan rasa helpless. Tak ada apa langsung yang mampu kita lakukan, melainkan satu: Bertahan.
Aku tahu, kisah dia dan dua yang di sana masih status quo (kisah ini tak ada kena-mengena dengan kisah silam aku). Dan aku yang helpless akan terus bertahan.
But, "...If I keep holding out, will the light shine through?..."
P/s: Ya, ini entry jiwa kacau. Haha. Kalau nak cerita-cerita yang warnanya pelangi, tunggu aku balik dari Paradise City seminggu lagi.
Friday, May 1, 2009
Kena Psiko, Siot!
Malam semalam, aku tiga beranak pegi main bowling dengan geng ofis yang semuanya tengah gile bowling sekarang ni. Sebelum start game tu, aku & Deena pegi lepak main Daytona dulu.
Aku ni dah bertahun-tahun tak main bowling. Sebelum kawin last kot? Haha. And where was that? Malu nak cakap, tu hah, bowling alley kat Kompleks PKNS. Zaman batu dah tu weyyyy! Hahaha. So, dah tentu la malam semalam memang hampeh gile aku main. Yang buat aku rasa sangat-sangat 'hena' (hehe), sebab yang psiko aku bukannya geng ofis, tapi Cik Irdina Riadz!! Lepas aku baling, ada je dia cakap.
"Apa la Mama ni. Baling kena satu botol (pin) je, pastu bola tu masuk lubang (longkang) pulak. Asyik masuk lubang. Hehe! Tengok Babah, Babah terer. Banyak jatuh..."
"Ma, kalau nak menang, Mama tak boleh duduk-duduk je Ma...Mama kena baling banyak-banyak, kuat-kuat. Nanti kang masuk lubang lagi. Tu yang kalah tu!..Heheh.."
Cesh! Apa lagi? Kena kutuk la dengan geng ofis sebab kena psiko dengan budak kecik.
On the way nak balik rumah, rupanya ada sambungan lagi psikonya. Pok, pek, pok, pek Deena & Yatt kutuk aku dengan balingan 'strike' aku ke longkang yang padu. Siap tersengih-sengih buat muka kat aku pulak tu. Huwaaaaaa! Nak nangis weyyy! :-P
Kalau aku tau la Deena nak psiko aku, tak kesior aku tolong tekankan pedal minyak time dia main Daytona! Kaki dia tak sampai nak tekan, so aku tekankan la dengan kaki aku. Bertuah punya budak!
And now, kaki kanan & tangan kanan aku dah start lenguh-lenguh ni ha. Semua pedal minyak Daytona & bowling punya pasal. Argh, lenguh pun lenguh la. Janji dapat balik Ipoh harini dan turun konsert Search kat Seberang Jaya malam esok. ;-)
Later, peeps! Have a rockin' weekend! And yeah, to those who work their a** off to earn a decent living, Happy Labor Day, dudes!








