Wednesday, April 29, 2009

What A Mess!

Reaching into the feminine side...

At The Cemetery Gates

I was at a Christian ceremony this morning to bid farewell to a fallen hero, Ungkok Anak Jugam. (maleh nak cite details..hehe). Anyway, I told Yatt about it, and he asked, "Ada terngiang-ngiang lagu 'Master of Puppets' dak masa kat sana?" Hmm, not really. Tapi rasanya lagu INI .

Sunday, April 26, 2009

It Ain't So

"Say it ain't so
My love is a life taker..."



Say It Ain't So - Weezer (Weezer aka 'The Blue Album'; 1994)

Young Gun

I went to cover an event at MCA's office in Alor Star. One of the ladies who work there asked me:

"Are you new?" Yes.
"Are all the reporters from your side as young as you? Saya tengok semua muda-muda la.."

Muda?! Who? me? ;-) Ace cehhh... Terus di awang-awangan aku sekejap. Haha, jangan jeles ha. (Sure ada geng PhD naik berbulu baca entry perasan aku ni...Argh, pedulikkk!)

P/s: Btw, I just watched 'Confessions of a Shopaholic' last night. Personally, I enjoyed reading the book. Baik aku tengok 'Fast & Furious', got Sung Kang some more maaa...Aisehhh...(See pix below).


Friday, April 24, 2009

Feel Alright

Who could have thought that "gelegate" (read: ge-le-ga-ter) and "sopakgaram" carry the same meaning? Hehe.

Anyway, have a great weekend, people. I know I will enjoy mine with my two darlings.
And this song is for you guys. Enjoy! "....See the sights, feel alright..."

Little Miss

Rambut Deena dah pendek dari ni. Last week dia curi-curi amik gunting dan modified rambut dia. Nasib baik tak tokak or tobek sana sini!

Sejak aku kerja balik ni, masa paling mencabar bagi aku ialah masa nak tunggu Deena bersiap pagi-pagi. Dah la nak kejut dia satu hal, lepas tu ada je la karenah dia. Nak suruh bukak baju tidur satu hal, nak suruh masuk bilik air, mandi, satu hal lagi. Dah sudah mandi kang, nak tunggu dia pilih baju apa nak pakai pulak (dia dah tak suka apa yang aku pilihkan). After that, tunggu dia sikat rambut dengan apa 'pesen' (read: fesyen) ntah, berbedak, pastu nak sembur perfume pulak lagi. Hisss. Anak dara aku sorang ni! Ni baru 5 tahun!

Yang lagi aku tension bila satu hari tu dah nak masuk kereta, tiba-tiba dia kata "Mama, Deena belum siapkan homework la!" That was a Sunday, and the homework was given on Thursday before. Haiyaaaa.

Bila aku cerita kat Yatt, dia kata, "Ehh...bukan tu semua ikut perangai awak ke masa kecik-kecik dulu?" Yeah, right. Tapi rasanya aku lagi teruk sebab aku suka sambung tidur dalam bilik mandi! Hehehe.

Pagi tadi Deena cakap, "Mama, Deena dah tak suka la kaler pink sebab Kak Na (kawan dia) tu asyik pakai pink jugak. Skang Deena suka kaler purple."
Yahooo! No more pink obession! Check sukaaaa! ;-)


Engkabang



I took these pics in the car while I was on the way to a function at the Airforce College in Kepala Batas, Alor Star last month. Helikopter ni buat lintas hormat ke apa ntah. Jenuh aku kontrol keterujaan aku masa aku sampai sana, bukan apa, aku memang minat tengok apa saja yang ada kaitan dengan pasukan beruniform, tambah-tambah pulak airforce. Heh. Disebabkan excited tak tentu hala, aku termiss tangkap banyak lagi gambo. Cisss! Takpe..Maybe next time.

Monday, April 20, 2009

Ugly Yang Comeyy!

Ntah berapa kali dah aku mention pasal diorang, tapi arghhh, pedulikkkkkkk! I just love them (and Whitfield!) ;-)



Btw, Yatt dah balik dari KL. Dia ada singgah ke Pesta Buku kat PWTC tu kejap. Walaupun aku tak dapat turun sana, Yatt ada bawak balik 'habuan' untuk aku. Ni hah!... Thank you, bebeh! ;-)


Saturday, April 18, 2009

Aku, Deena & Cicak 'Kobain'

Pagi tadi time aku tengah sidai baju kat luar rumah, Slash selamba je masuk bawak sekor cicak kobain yang still hidup. Apa lagi? Menjerit-jerit chaos la aku ngan Deena. Lari masuk bilik. Dah la bisul-bisul kat badan aku ni belum baik lagi..Adeh! (bisul? don't ask!). Yang aku bengang dengan Slash tu, dia bukannya nak bunuh cicak tu. Tapi dia pegi buat main-main. Cicak tu pulak kan main ranggi lagi. Bila Slash cuit dia, dia hagham nak nguit (read: bergerak). Siap angkat kepala, ternganga dengan ganas macam nak ajak fight (ni semua aku intai dari dalam bilik la..hehe). Aku dah siap ambik penyapu, konon nak hayun cicak tu ala skill pemain hoki yang nak score. Tapi tahap keberanian aku belum sampai tahap tu. Huwaaaaa...

Lagipun, bila aku nak try je, Slash kacau. Dia pun nak join sama. Nanti lagi la cicak tu lari ke mana ceruk pulak. Deena pulak asyik ngekor belakang aku. Alahaiii. Tapi betui la, last-last cicak tu berjaya jugak lari menyorok belakang kabinet tv kat hall. Pueh hati! Aku memang ngeri when it comes to creepy-looking creatures like cicak kobain. Tang ni aku tak brutal. Aku surrender. Aku menjerit tak ingat punya. Haha.

Yatt pulak pegi KL til esok. Nak harap aku halau cicak tu, sorry la. Nampak gayanya, terpaksa la aku dan Deena berkurung dalam bilik, dan 'bertemankan' sekor cicak kobain kat hall malam ni. Arghhhhhhhh! Ngeri siot! But the best thing about this is, takde la Deena boleh tengok tv dan layan Ceria dia! Yabedabeduuuuuuuuuuuu!!!

Now, Slash. Mana ko hah?


UPDATE! 24 April 2009 - CICAK KOBAIN IS DEAD!

The cicak kobain was dead! Bangkai Encik Cicak dijumpai Selasa lepas dalam keadaan terlentang dengan perutnya terburai, yang mungkin berpunca daripada gigitan Encik Slash si kucing ganas. Encik Cicak dipercayai mati ketika cuba mencari jalan keluar kerana bangkainya dijumpai di belakang almari buku, berhampiran pintu dorong (sliding door?) di ruang tamu rumah.


Friday, April 17, 2009

Another Poser

Ehh, nanti aku pun nak berenti keje jugak untuk sambung Pasca-Siswazah sambil tumpukan perhatian pada keluarga, bolehhh?

Aduhhh, another poser. Jangan la Yatt dan aku kena lagi tempias kes poser ni, nanti hidup kapey kagham lagi weyyy! Sigh. Terngiang-ngiang lagu "Master of Puppets". Tapi versi Whitfield Crane (Ugly Kid Joe), dengan gorengan ganaz lagi brutal Rocky George (Suicidal Tendencies).

M. Karathu Olskool?

Semalam, aku cover opening kedai Al-Ikhsan kat Jalan Teluk Wanjah, Aloq Staq. Yang rasmikan kedai tu coach Azraai Khor ngan players Hijo Kunin. Masa pc, ada yang bertanyakan pasal siapa yang dia rasa layak untuk jadi pengganti B. Sathianathan, dan dia kata maybe Irfan Bakti or Wan Jamak.

Ada press tanya, what about M. Karathu?
Azraai kata, "Karathu dah lost touch. Dia punya coaching stail lama. Football now is not about kita lanyak players habis-habisan. Kena la ada tactical sikit, small-sided training (?) semua...".

Pastu ada la dia cerita pasal prestasi Kedah di awal musim ni. Kata dia ramai players dia masih baru, belum ada rentak. "Our previous success semuanya sebab combination of players. Ada import lagi, komitmen dan semangat juang yang tinggi. Lagipun cuba you all tengok, players saya takdak stail sangat. Depa pakai simple ja, tak la macam players negeri lain yang stail rambut kaler kunin bagai. Tapi, kalau atas padang, time main, depa ada stail."

Tapi, semalam aku tengok players Kedah sekarang dah ada yang stailo. Hmm, anyway, Karathu olskool ye? We'll see about that. :-)

Aku cerita kat Yatt aku tak setuju komen coach tu. Dia kata aku emo. Hehe, memang pun. Mungkin sebab aku diehard fan Perak kot? Hahahaha. Tapi takde la emo sampai nak terbalikkan trak polis, brader (woooops!). Argh, pedulikkkkkkk! Janji cita-cita (jangka pendek) aku nak tulis pasal bola dan byline aku ada dalam sports section tercapai jugak walaupun story kecik je, hehe.


Wokey, hari ni dan esok aku off. Aku nak lepak rumah, baca buku and hope that the unberable pain of six 'volcano' madness will go away soon. Tak larat dah aku nak telan painkillers! Arghh!
Have a rockin' weekend, dearies!

P/s: Aku tengah cari rumah sewa kat Alor Star. Kalau la ada sesiapa nak sewakan rumah, atau tau pasal mana-mana rumah sewa, habaq mai no? Macihhh.


Tuesday, April 14, 2009

On Writing

Personally, I think there is much difference when comparing writing in English with writing in Malay. I know, because I can write in both languages for established publications. The only common thing in both is that it's not as easy as some people might think. And that's why I'm quite irritated when people (who does his/her work in Malay) started 'sniffing' on my work (in English) and said things like "laa...slownya ko buat keje," or "ko baru buat satu keje? aku dah nak masuk tiga keje ni ha" or the motherf**ka of all: tried to sound smart and made fun of the English words that I used to create a sentence.

Okay, I admit. I'm slow for now. Aku tak bagus mana pun. But that's okay, dude. Satu hari nanti, aku akan berdiri sama taraf dengan otai-otai bilingual Malaysia ni. Insya-Allah. Tuah ayam nampak kaki, tuah minah rock..? Haaaaa...Ko tak tau maaa...Heheheh.

P/s: A friend asked me why I sounded so annoying lately? Well, blame it to the 6 boils of 'volcano' madness!!...Arghhhhh!??

Sunday, April 12, 2009

Macam Bagos, Perasan Bagos!

Ada species manusia yang aku tak berapa gemor, or, getik, tapi aku tau aku akan tetap jumpa species ni walau kat manapun aku pergi sepanjang hidup aku ni. Bezanya aku maybe akan jumpa diorang selalu, jarang-jarang atau kadang-kadang. Ehh, macam pelem P.Ramlee la pulakk...Heh.

Species #1 - Manusia yang berlagak macam bagos, tapi dia memang bagos.
Manusia yang ni memang eksyen habis, dan dia bukan perasan bagos sebab dia memang terer. Kalau dia cakap besar mana pun, atau kita nak argue lebih-lebih pun kena fikir dua, tiga kali jugak sebab selalunya dia betul. Dia bukan tong kosong. Tapi tong drum yang branded. Kalau dia hidup kat Amerika ataupun Britain, aku rasa egonya tu boleh diterima sebagai 'confidence'. Berkeyakinan diri yang tinggi. Tapi kalau di sini, dalam masyarakat dan budaya kita yang tradisinya bersopan santun (walaupun kadang-kadang tak kena tempat!) sikapnya tu memang confirm akan dianggap tak sedar diri. Walaupun tak berapa gemor, aku boleh terima lagi manusia semacam ni. Boleh lagi bagi dia fake smile. Kalau jumpa species macam ni, 'mantra' aku dalam hati, "Sabor..sabor...Dia ingat dia kat Amerika kot?" Hehehe.

Species #2 - Manusia yang berlagak macam bagos, tapi dia perasan je bagos.
Manusia ni haa...Memang aku getik. Berlagak, cakap berdegar-degar, dan bagi dia, dia saja yang betul, dia saja yang dasat. Orang lain semua bodoh. Tapi hakikatnya, dia perasan lebih. Tong kosong yang seeloknya digelek saja dengan steamroller. Aku rasa dia jadi macam tu sebab terkial-kial nak tutup kelemahan dan kebodohan sendiri. Yang lecehnya, species yang macam ni la yang lagiiiiiiii banyak aku jumpa. Aku memang payah nak ngam dengan orang macam ni, dan kalau aku jumpa jugak, aku iyakan saja apa dia cakap walau betapa merapunya fakta dia, atau betapa meluatnya aku dengar cerita dia yang over. Nak bagi fake smile? Hmph, wish aku boleh bagi evil grin ala The Jocker instead. Kalau jumpa species macam ni, 'mantra' aku dalam hati, "Sabor je lahhh!" :-P

Bila aku bercerita dengan Mama pasal dua species manusia ni, aku dah tau sangat apa dia akan jawab. "Jangan getik kat orang over sangat, nanti kita yang stress, lagipun satu hari nanti mesti kita akan terpaksa mengadap/dihadapkan dengan dia dalam satu situasi yang sangat-sangat awkward". Takpun, Mama akan cakap, kalau getik macam mana pun, "keluokan la kamben, jangan keluokan ghimo." Yeah, I know. Tapi kamben tak brutal macam ghimo, Ma. Err, apa kata Nana keluokan kamben black metal instead? Hehe.

Apa la aku merapu ni? Haha. Bukan apa, aku ter'inspired' (??) lepas terjumpa lagi manusia Species #2 dalam hidup aku. Arghhhhhhhh! Kalau la aku ada steamroller...

Anyway, untuk manusia Species #2 yang aku jumpa (tu pun kalau dia reti nak tengok YouTube la..haha), the swearing part is just for you, crappola! ;-)

Thursday, April 9, 2009

Emo Psycho

Thought that you would be 'insaf' after that 'ban seumo hidup' tapi rupa-rupanya...Hampeh jugak! Pencen je la, takyah main lagi, emo psycho! :-P

Wednesday, April 8, 2009

Cheers to Pipi Tembamku!

Read this in the NST yesterday (the folloing is an excerpt).

WHEN YOUR CHEEKS TELL THE REAL STORY

Women who go on diets may get trimmer bodies but it can also give them older faces. (Tepat! aku pernah tengok real cases: Body lawo, tapi muka sagging tetibe). Research shows that being thin is what ages women most, while plump cheeks and soft features make them look younger. (Ohh, really? ;-) Aisehhh...). So strong is the link that the loss of 22kg -around a dress size- can age a woman by four years. (4 years? Aiyo..that's scary lah!).

An official of the British Association of Aesthetic Plastic Surgeons said while most people find their cheeks losing plumpness from around the age of 38, extreme dieters have the most to worry about.

Those who are trying to get thin, lose weight on the face sooner than they would otherwise and this is extremely ageing. (Oh, ni yang tak best ni!). This volume loss can be compounded by yo-yo dieting (where facial supporting ligaments are stretched due to repeated facial volume gain and loss), which causes deeper nose-to-mouth lines and jowls.

Thus, the more fat preserved on the face, particularly the cheeks, the more a person will preserve the facial proportions of youth. (Cheers to pipi tembamku!..Hehehehe....).

Tuesday, April 7, 2009

It Ain't Over Til It's Over

"Malaysia has to publish 27,000 book titles for general reading annually to become a knowledgeable nation on par with other developed countries, Malaysian Book Contractors Association president Hasan Hamzah said." (NST, 6 Apr)

Tapi, dah dua kali proposal buku aku dan Yatt (yang boleh dikatakan untuk general reading) kena reject. Mungkin takde market kot? Tapi satu publisher tu ada buat counter-offer untuk kitorang. Hmmm. See how lah. Apa pun, buku kitorang tu akan disiapkan jugak.

For now, aku tak nak fikir sangat pasal tu. I just can't wait for the Bukit Selambau by-election madness to be over. Walaupun aku tak involve dengan by-election, tapi tempiasnya terkena jugak. Dah dua minggu kerja takde cuti ni. Huhu. Tak sabo nak off. Badan pun dah start rasa lain macam...:-(

Sunday, April 5, 2009

7 Years of Wedded Bliss

(Warning: Aku nak over jap ye...Hehe).


Gedebak, gedebuk, pasang surut, panas sejuk, tujuh tahun dah aku kawen dengan Encik Ahmad. Heh, tak tau nak cakap apa la (*ehhh...malu lakkk*). Apa pun, I just want to say that, I'll be with you forever, Encik Ahmad. All through the ups and downs. Insya-Allah.

And this year, takde lagu rock kapak untuk awak tau, cayang. This olskool rocka momma goes really olskool. Here goes one of the most beautiful love songs ever, just for you:

Thursday, April 2, 2009

Tak Ada Apalah!

One of my favourite songs which would linger in my head when I'm missing my other half..Ehek..ehek..Jiwanggggggggggggggggg! :-P

Hidupku Chaos, Kapey Kagham!

Masuk hari ni cukup lapan hari dah aku kerja takde cuti. Sejak lapan hari lepas rumah aku macam kapal karam. Tak dan nak kemas (kalau la Slash tu boleh diharap kan ke best?). Dan sejak lapan hari lepas tu la aku dapat kawan-kawan baru: Pak 'Ad, Pak A'q dan Wak. Diorang ni la yang setia bawak aku pegi dan balik kerja dengan teksi-teksi olskool diorang sebab aku still takde kereta sendiri. Kalau la ofis-rumah dekat, dah lama aku kayuh basikal. Heh, ye la tuu. Kena cuaca panas terik kat sini pun takut rentung, nak pitam, nak kayuh basikal kunun!

Semua ni kes Bukit Selambau punya pasal. Bukan WHINING, tapi ni satu pengalaman baru untuk aku. So, memang letih gila la. Mainly letih otak buat story. Tambah pulak aku ni baru sebulan kerja tulis story untuk surat khabo. Masih lembab dan bodoh lagi la. Dah la kejap-kejap tengok dictionary, pastu terkial-kial pulak nak familiarkan dengan house-style la, grammar la, apa la, nak ...Adehhhh.

Masa birthday aku lagi 'best'. Kunun nak celebrate tiga beranak, since Yatt nak lari balik jap dari 'kampung' baru dia kat Sungai Petani nun. Aku plan nak balik rumah awal, kemas-kemas apa yang patut, make sure Deena dah cun semua, then Yatt sampai je boleh terus gi happening. Last-last pukul 6.30pm kena buat satu story. Pukul 9pm baru siap semua. Arghhhh! Otak dah letih, nak celebrate pun dah takde tenaga. Haha.

Chaos kan? Hm, ni baru sikit kot? Kesian kat Deena. Dia pun terkena jugak bahana chaos ni sikit-sikit sebab aku terpaksa amik dia dari nursery lambat. Pastu masak dinner untuk dia pun lauk lebih kurang (nasib baik la dia tak mintak KARI). Walaupun dia bebel, tapi mostly dia selamba je. Rilek Deena, all this madness will stop and everything will be back to normal. Insya-Allah.

Apa pun, tak kisah la. Pelan-pelan kayuh. Janji hari-hari aku tau/hadap benda baru/muka-muka baru. Gajinya pun orait banyak dari dulu. Hehe.

Habis je semua ni, aku nak shopping, jalan-jalan sana sinun dan pi 'masat' badan la, apa lagi! Yeayba! ;-)

 
The Olskool RockaMomma © 2009 Designed by eddvedder