"You are never too old to learn something, and you are never too old to start over."
Got this from Elly Rocker today in my FB. Ganeh..ganeh, but I like it! Hehe.
Anyway, thanks for all the birthday wishes, dearies. You guys rockkkkkkkkkk!
Tuesday, March 31, 2009
Thirty-Two
Sunday, March 29, 2009
Merepek
Nothing much. Just notice this in the news just now:
"Girl with a future avoids man with a past.."
Hmmm...dengo tu pompuan-pompuan yang bijak lagi berwawasan? ;-)
P/s: 15 pencalonan di Bukit Selambau? Aiyaaa...Kesian my bebeh! And kesian kat aku jugak...Huwaaa...
Friday, March 27, 2009
Comin' Chaos & That Stupid Ceria
Start esok sampai 8 April, hidup aku akan chaos sikit. Semua by-election punya pasal. Dan first time jugak aku kena kerja takde off for quite a while. Ehhh, boleh ke aku buat ni ha? Isk..
Tapi yang nyatanya, takde la nak enjoy sangat masa birthday aku & wedding anniversary nanti...:-P Ah, tak kisah lahhh...
Ohh, esok teringin jugak nak join kempen Earth Hour. Tapi 8.30-9.30pm tu boleh ke aku nak pujuk Deena suruh tutup 'C-e-r-i-aaaaa'? Yatt dah lock that stupid channel, tapi semalam Deena tunjuk kat aku macam mana cara nak unlock it...Haiyaaa!
Tuesday, March 24, 2009
Off-Colored, Off-Mood
Off-colored. Tak sihat, batuk teruk (tapi time batuk-batuk ni la teringin nak minum ayor tebu! hisyyy!). Anyway, aku memang takde mood nak buat apa pun, tambah-tambah pulak lepas dengar bebelan doktor yang aku jumpa semalam. Ni pun tengah dok berehat kat rumah sambil layan ni:
Sempoi jugak layan lagu Exists yang lama-lama. Dan aku rasa lagu baru diorang, with Joey as the vox, okey jugak. Except lagu cover Metropolitan "Di Sebalik Rahsia Cinta" tu. Tak payah record pun takpe sebenonye.
Anyway, bila layan lagu "Rahsia Pohon Cemara", teringat zaman aku ngan Dedek main rekod-rekod suara. Lagu ni kitorang dua beradik bantai nyanyi dalam loghat Perak, Parit mari...Pekat, piau semua cukup! Hahahaha.
Sunday, March 22, 2009
Aku Memang Penakut!
Ada satu benda yang memang aku fobia dan takut nak buat.
Aku sanggup lagi buat bungee-jumping, paragliding, terjun paracut banyak kali daripada buat benda yang satu ni.
Tapi sekarang, aku kena buat jugak.
Terpaksa. Dipaksa. Kritikal!
Bukannya aku tak pernah buat dulu.
Tapi...arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Tension siot! :-(
Sah, aku memang penakut.
P/s: Takde kena-mengena dengan doktor gigi, wokeyyy?
Friday, March 20, 2009
Smile Upon Me
Nothing. Just teringat this video...Happy 'birthday', dear "Butterfly"...
P/s: Anyway, aku rasa Janet ialah antara makhluk yang paling manis. ;-)
Tuesday, March 17, 2009
Sunday, March 15, 2009
Tikus, Musang Gigit Wayar?
Wiring telefon kat rumah aku ada masalah sikit. Orang TM yang datang check tu kata diorang tak boleh repairkan sebab itu kena panggil kontraktor buat. Kata orang tu lagi, mungkin musang atau tikus dah gigit wiring tu sebab kes macam tu pernah jadi kat Jitra ni. Tapi aku rasa, anai-anai la. Anai-anai yang ada kat rumah aku ni brutal sikit, so, tak mustahil.
Nampaknya buat sementara waktu ni aku tak boleh nak blog dari rumah. Nak blog kat ofis tak sempat (ni pun curi-curi blogging kejap dari ofis). Lagipun feel dia lain la. Sigh. So, kalau aku senyapppp je tu, faham-faham la ye? :-)
Thursday, March 12, 2009
Nak Cari Ilham...
Hari ni dan esok, aku off. Just want to spend my time at home alone reading 'Hammer of the Gods - Led Zeppelin Unauthorized', and listening to BOTB and 80's rock kapak stuffs. Carik ilham daaa...Ada yang cun mari kalu, boleh sambung lagi projek batu. Yeahhh! Til later folks. :-)
Wednesday, March 11, 2009
Konsert Search
Tak lama lagi Search nak buat farewell tour.(Klik
Tapi kan, konsert Search nanti musti paling best kat final venuenya la. Aku dan Yatt dah terfikir dah, kalau terlebih rajin, dan takde benda menghalang, belasah je turun dua venue. Hehehe. Ye la tuuu...Lupa pulak teman baghu setat keghoje, wehhh.
Monday, March 9, 2009
Bukan Seteru
"Jika kau seteru pena ini pedang untukmu
Puisiku ini hanya racun dalam madu..."
- Sutera Atau Rayon (Search)
Aku bukan seterumu
Dan tak ingin aku menjadi satu
Tapi kau harus tahu
Aku resah dibelenggu
Menunggu, memerhati dalam diam
Dengan harapan, lara ini dapat ku kuburkan dalam-dalam
Tanpa dendam.
Aku bukan seterumu
Tapi aku juga bisa menjadi satu
Kalau hatiku terus didesak memendam marah
Kalau aku diasak, dipaksa menonton tingkah lakumu
Yang enak-enak menyulam mimpi
Tanpa peduli, terus mengguris hati.
Aku bukan seterumu
Dan pergilah,
Aku mohon.
(Nota: Got the idea to write this poem after reading a heart wrenching tale of a mother and her only son, Ferhad...)
Deena & Cerita 1,2,3
CERITA SATU
Pagi ni...
Deena: Mama, Babah dah pegi keje ke?
Aku: Ha ah. Ada fire.
Deena: Fire? Babah keje bomba ke, Ma?
Aku: Ehh, bomba apa pulak! Keje reporter la.
Deena: Ohhh. Tulis bitre ye?
Aku: Ha ah. Bitre. Dia tulis bitre fire tu.
"Bitre" tu "berita" la. Dunno why minah kecik tu takleh cakap "berita". Tapi bunyi macam chic lak. Hehe. Dan dia jugak tak boleh cakap certain words yang start dengan huruf "d" macam "dukung" dan "depan". To her, it's "lukung" and "lepan". :-P
CERITA DUA
Aku: Atuk keje apa, Deena?
Deena: Polis.
Aku: Apa keje polis? Polis buat apa?
Deena: Tangkap orang jahat, tangkap orang gila. Tapi, atuk tak.
Aku: Ehh? Dah tu, atuk tangkap apa?
Deena: Atuk tangkap gambar je. Dia suruh kawan-kawan dia yang tangkap orang jahat.
Aku: Heheh. (Atuk Deena tu polis pencen yang memang hobinya tangkap gambar. Mana-mana pegi pun kelek kamera. Hehe...)
CERITA TIGA
Ada satu hari tu aku dan Yatt bawak Deena pegi ofis. Salah seorang colleague kitorang tanya Deena dia makan apa hari tu. Mama masak apa. Aku tak dengar sangat apa Deena jawab, tapi kata kawan aku tu, Deena jawab "Mama masak kari. Semalam pun kari. Hari-hari Mama masak kari, kari, kari!" Arghhhhhh! Bunyi macam aku tau masak kari je. Hehehe. Sebenonya ada satu masa tu Deena gila kari. So, satu hari tu aku hangatkan je lauk kari semalam sebab tak nak membazir, lagipun aku tau dia sure tanya lauk tu. Kang kalau takde, mengamuk pulak sebab kefanatikannya pada kari tengah memuncak masa tu. Haha. Time tu aku maleh nak masak, so, apa lagi, recycle la. Agaknya tu yang Deena dok ingat aku masak kari hari-hari tu kot? Hehe.
Yang nyatanya, cerita Deena & "Kari, kari, kari!" nya sekarang memang famous la di kalangan reporters Aloq Staq ni ha. Hehehe. Legend sungguh makcik Deena! Tak pasal-pasal aku pun terkena gak tempiasnya. Ciss!
Deena dengan rambut barunya. Pendek sikit. Masa Kedah tengah musim kemarau, memang kesian tengok dia. Rambut panjang, bergulung pulak lagi sana sini. Berpeluh sakan la kepala dia. Aku tengok pun runsing. Tu yang potong pendek tu. Sekarang ni dia dah heboh nak simpan panjang balik. "Deena nak rambut princess balik la." Rambut princess? Hei, macam-macam. Friday, March 6, 2009
Books, And More Books
Still struggling to finish reading this book. Kinda drag lah. Dah lebih tiga suku buku baru nak cerita pasal Appetite for Destruction. Letih! Anyway, I'll try to finish it by today because I want to extract some info (from the book) on GN'R's version of "Knockin' On Heaven's Door" for an article that I'm writing.
Btw, I saw Slash's book back on the rack when I was at Kinokuniya last few weeks (apa la agaknya yang dah dicensor?). But that book can wait. I'm planning to complete my Shopaholics collection with my first pay check soon - and claimable: Aku ada book allowance now, bebeh! Yahoooooo!
I just love Sophie Kinsella's books especially that Shopaholics series. Kelako! Can't wait for the movie 'Confessions of a Shopaholic' end of this month. ;-)
Sarjana Beatles, Sarjana Rock
Universiti Tawar Kursus Ijazah Sarjana Beatles
Petikan Harian Metro, 5 Mac 2009
LONDON: Sebuah universiti di sini menawarkan apa yang disifatkannya sebagai kursus ijazah Sarjana Kesusasteraan pertama mengenai Beatles bagi mengkaji pengaruh kumpulan itu terhadap muzik popular dan masyarakat. Pelajar yang mengambil kursus lepasan ijazah itu di Universiti Liverpool Hope akan mengikuti empat modul 12 minggu dan dikehendaki menulis tesis.
"Terdapat lebih 8,000 buku mengenai The Beatles tetapi belum ada kajian serius dari segi akademik dan itu yang kami akan tumpukan," kata ketua kursus, Mike Brocken, pensyarah kanan mengenai muzik popular.
Kursus itu yang berjudul Beatles, Muzik Popular dan Masyarakat - yang juga dibuka untuk pelajar separuh masa-akan bermula September ini.
Menarik ni! Kalau la kursus tu ada kat Malaysia ni, nak jugak aku apply. Ye la tu. Tapi, dulu masa amik degree, tesis aku pun pasal muzik jugak walaupun aku major marketing. Aku memang suka memeningkan kepala dan stresskan diri sendiri buat research pasal benda-benda yang aku minat macam musicology. Teringat kata salah seorang 'sifu' (yang jarang puji orang) pasal aku: "Research is your strength." Aiseyyyy.
Anyway, bila terbaca lebih 8,000 buku dah orang tulis pasal The Beatles, kat Malaysia ni sekarang, harammmm ada satu buku pun pasal band-band rock, takpun band-band pop yeh yeh. Ini la yang buat aku rasa tercabar nak meneruskan buku rock aku & Yatt tu. Tapi not that easy la nak siapkan. Masa, komitmen kerja bla..bla.
Lagipun teringat brader Pyanhabib yang bagi semangat kat aku & Yatt untuk terus tulis dan siapkan buku tu masa kitorang lepak dengan dia. Kata Kak Ana wife dia pulak, "Buat je. Nanti sorang demi sorang legend ni dah tak ada lagi dah.." Betul tu, kak. Tak diorang, kita yang pergi dulu. So, siapa lagi yang nak tulis?
So, okey. Bior la aku & Yatt yang stress ourselves, pecah kepala fikir pasal buku rock tu. Asal jangan ada mangkuk makhluk perosak mana yang datang 'menchaos.AD.kan' keharmonian synergy kitorang berdua dah. Kacauuuu! Buku kompom tak jadi. Hehehehe!
P/s: Dengar cerita ada jugak kengkawan yang tengah tulis buku pasal band rock legenda, band metal dan scene muzik kita ni. Cantekk la tu. Good luck, people! You rockkkk!
Minah Port Pro?
Dah dekat seminggu dah aku kerja. Sempoi jugak. First time byline aku semenjak jadi minah port yang pro (hehe) pun dah keluar. Dalam journalism, byline tu is like an honor. Pride. Aku tulis pasal politik (haiyaa). Untuk assignment tu dapat la jugak aku merasa masuk perkarangan istana sultan Kedah. Jakun semacam la aku. Tercangak tengok lampu-lampu je kot? (Aku kan suka tengok lampu?) Haha. Over tul.
Anyway, can't say much la sebab rasanya blog aku ni ramai 'fans' kat ofis tuu..Hehehehe. Perasan! Ahhh, tak kisah la siapa nak baca pun. Pedulikkkk! A blog is meant to be read, right? Kalau tak nak orang baca, tulis la diari! :-P
P/s: Apa pun, just make sure, sambil baca-baca apa yang aku merapu kat blog ni, klik-klik la jugak kat iklan yang mana ada, ye? Macihhhhhh! ;-)
P/s lagi: Bila cakap pasal politik, teringat pulak kat lecturer Political Science aku dulu. Kitorang panggil dia "Daddy-long-legs" sebab kaki dia panjang lagi seksi. Ada satu hari tu, dia tanya aku whether aku dah baca ke belum chapter yang dia pesan suruh baca. Bila aku cakap belum, dia jawab, "Good, read next year, girl!" Dengan penuh sarcasm dan suara yang kuat. Habis satu kelas dengar. Hehe. Tak kisah, and during that class la aku betul-betul start amik tau pasal politik. Terpikat pada sarcasm yang macam tu, or, was it the long legs? Haha.
Sunday, March 1, 2009
Wish Me Luck, Dearies...
Esok aku start kerja. Ingat kot nak lepak, baca buku or tengok DVD je. Tapi tiba-tiba macam banyak kerja la pulak. Ada benda nak kena tulis, ada benda nak kena transcribe (ingatkan diri sendiri: transcribing is not the real writing la, duhhhh!).
Apasal aku start kerja balik lepas nearly dua tahun jadi fulltime housewife? Hmm, dulu masa sekolah rendah ada satu fail (fail peribadi murid ke apa entah namanya). Dalam fail tu ada satu kolum yang cikgu suruh tulis tiga cita-cita. Nak jadi peguam ke, doktor ke, cikgu ke, apa ke kan. Tiap-tiap tahun kena isi, lepas tu tiap-tiap tahun mungkin ada cita-cita yang dah berubah. Antara cita-cita yang pernah aku tulis pensyarah, peguam, PRO, penulis dan wartawan. Dan impian aku nak jadi wartawan tu tercapai jugak kali ni. Alhamdulillah. Akhirnyaaaaa!!
Dulu aku dah lepaskan peluang ke satu agensi berita, so kali ni aku takkan lepaskan lagi peluang yang ada depan mata. Wish me luck, my dear readers. ;-)
P/s: Aku kerja satu ofis dengan Yatt. Kengkawan dia kata lepas ni maybe Yatt tak boleh nak rock sangat sebab bini dah satu ofis. Hahahahaha. Not really! Aku tau sangat, memang ramai yang tak percaya aku ni minah rock tegar when they met me for the first time (and some even thought that I'm quiet). Dan diorang tak tau, yang aku ni lagi over rocknya dari laki aku tu. Rasanyalah. Minah rock tegar kununnnn! Hehehehe.









