Friday, January 30, 2009

Relevant



"....I don't know if I've ever been good enough
I'm a little bit rusty and I think my head is caving in..."

Thursday, January 29, 2009

Bola Everywhere

(Pix: AFP)

For the news, click HERE ...Hehehe...! ;-)

This piece
is equally interesting. Check it out.


P/s: Khabarnya Trezeguet memang confirm tak nak main untuk Perancis lagi. Alahhhh....

Wednesday, January 28, 2009

Untuk Si Pencuri Basikal @ Tmn Tunku Sarina

Semalam, aku dan Yatt melalak kat karaoke jamban lagi. Memang la tak best macam berkaraoke kat Pusat Nyanyian Keluarga (dekat Kompleks Hijau Kuning, Alor Setar) yang kitorang pegi minggu lepas. Anyway, aku ni kalau ikutkan memang la teringin nak nyanyi lagu rock, ke punk ke, "Oh Bondage, Up Yours!" ke (gile ko??!), tapi suara aku ni macam budak kecik sikit. Hehe. So, kena la cari lagu yang comel-comel macam "Manisnya Senyumanmu". Ala, lagu Elite tuuu...Elite? Hehehehe..Jangan tak caya!

Apa pun, nak story sikit. Haritu lepas aku anak beranak lepak kat Pusat Nyanyian Keluarga tu, balik je rumah, tengok-tengok basikal kesayangan Yatt kena cilok. Kalau nak kira salah kitorang jugak. Lampu porch bukak terang benderang, tapi pintu pagar tak kunci. Ye la, sebelum tu bukannya tak pernah kitorang biar je pintu pagar ternganga time kitorang keluar rumah. Sebab? Sebab memang takde benda berpotensi untuk dicilok kot?

Hmm, tapi tu la. Ada jugak mangkuk hayun berminat dengan basikal Yatt tu. Untuk pencuri basikal tu, TAHNIAH sebab berjaya curi basikal yang bodynya dah berkarat sana sini, dah berbunyi "ngekk...ngokk...ngekkk.." dan harganya yang sebenar hanyalah RM350. :-P. Kalau kitorang ada basikal mahal, dah tentu kitorang simpan dalam rumah, bongok! (tapi basikal Yatt tu memang nampak mahal. Nampak je la..haha).

Dan terima kasih jugak wahai pencuri sebab sekarang Yatt dah ada alasan kukuh untuk beli basikal baru yang lagi sempoi tanpa rasa ralat! Selama ni, kalau nak beli baru rasa membazir pulak; Haaaa, sekarang? Hehe. Boleh la aku tumpang sekaki jugak! Yeayyy!

Monday, January 26, 2009

Work Trippin': Kedah 2008

Ni cerita trip Kembara 4WD Agro-Tourism Kedah/Perlis yang aku join hari tu (tapi aku tak pegi Perlis sebab aku join trip tu lambat dua hari). Aku tulis sempoi-sempoi je dah la, worait? Dulu, aku pernah ajak Yatt buat trip pusing satu Kedah ni, tapi belum kesampaian. So, kira trip ni macam satu rahmat la jugak. Dan, kalau tengok laluan trip kat peta ni, kira banyak jugak la daerah kat Kedah ni aku dah sampai.

14 Disember 2008

Pagi-pagi tu kitorang pegi area Alor Setar je. Gambar kat bawah ni, antara motor besar yang jadik marshall sepanjang trip tu. Yang kaler kuning tu namanya Spyder roadster, yang lelain tu motor KTM. Teringin betui nak naik, tapi bukan takat duduk belakang la of cuz! Tapi, memandangkan macam kena naik tangga je kalau nak naik (sebab aku ni 'tinggi'), berangan cukup la kan? Haha.

Lepas singgah kat satu kedai jual kuih tradisional kat Pumpong, kitorang terus ke Muzium Padi kat Gunung Keriang (kampung kucing aku si Slash). First time pegi muzium tu, dan memang aku kagum habis. Aku memang suka pegi muzium pun sebab aku mencintai sejarah. Cewahh! Hehe. Anyway, kat muzium tu la baru aku tau macam mana rupa jelapang padi, bahasa kerbau, dan macam-macam lagi la pasal padi termasuk la jenis perangkap tikus yang macam kat bawah ni: "Kucing Bodoh", namanya. Aku memang tak setuju nama ni. Patutnya "tikus bodoh" la kan sebab tikus yang diperbodohkan dalam kes ni. Heh. Paling best, dah tentunya rotating platform yang mana kita boleh lepak dan tengok mural yang besar gila. Mural tu ada gambar pemandangan sekitar Gunung Keriang tu dan siap dengan pemandangan musim-musim padi. Real habis, wa cakap lu!

Dari muzium, kitorang terus ke Kampung Raga, Yan, salah satu homestay top kat Kedah ni. On the way nak ke sana tu, kitorang punya konvoi lalu ikut main road, tapi masuk kampung, lalu tepi laut bagai (tak sure jalan apa la). Jauh oi, tapi syok gak sebab banyak pemandangan menarik macam kat bawah ni.

Lepas lunch kat kampung tu (said to be the only homestay yang ada sungai mengalir melalui kampung), kitorang singgah kat tempat proses ikan bilis dan kilang arang kat Semeling, then terus pegi river cruise kat Sungai Merbok, nun kat Sungai Petani. Not bad, dan kalau nak tengok sunset atau hutan paya bakau kat sini la tempatnya. Eagle-feeding pun ada jugak, tapi helangnya macam malu-malu lagi nak makan umpan. Haha. Maybe baru lagi, tak biasa.


15 Disember 2008

Dari Sungai Petani konvoi kitorang gerak ke Hutan Lipur Bukit Hijau dan Hutan Lipur Sungai Sedim. Jauh gile. Tapi dua-dua tempat ni memang cantik.

Kat Bukit Hijau tu sempat la nature walk jap. Tapi not that grueling macam kat Karambunai dulu tu. Nasib baik. Anyway, perasan tak gambar Profesor Serba Tau tu? Haa..Kat trek pejalan kaki kat Bukit Hijau tu ada macam-macam karakter kartun top. Kartun Lat, Ujang etc. pun ada. Macam best pulak tengok.

Next: Hutan Lipur Sungai Sedim. Kat sini macam-macam aktiviti boleh buat, dan antara yang famous mesti la Tree Top Walk yang terpanjang di dunia tu. Nak try white-water rafting pun boleh jugak, dan dikatakan antara top 'port' untuk buat aktiviti tu di Asia Pasifik ni. Hah, kalau korang tengok gambar atas ni, perasan tak orang kuat bola Kedah? Adus, terseksa la jugak telinga dan jiwa raga aku ni dengar dia bercerita pasal ke'power'an Kedah sepanjang trip tu (tapi Datuk, now, sori la kot? Hehehehe...Jangan marah haa...). Apa pun, Tree Top Walk tu memang sempoi.

Lepas tu, kitorang ke Baling. Mak aiiii! Bertambah jauh! Yang seronoknya bila lalu kat tempat-tempat dan kampung-kampung yang aku tak pernah tau kewujudannya. Kampung Bandar pun ada (how confusing kan?). Kat atas ni ialah gambar Ulu Legong Hot Spring. Tempat ni kat Mukim Siong. Masuk je sempadan mukim tu, ada satu pintu gerbang siap dengan dua siong besar menyambut kedatangan. Fuh. Ganas. Hot spring ni not that bad. Bukak 24 jam. Masalahnya lokasi jauh sangat. Selain mandi air hangat, antara tempat menarik kat situ ialah sekolah tempat berlakunya Rundingan Baling dan kampung orang asli suku Kensia. Orang kata the only one of such tribe in the world.

After that, konvoi kitorang ke Muda Resort, Sik. Yang ni lagi adventure jalannya sebab lalu ikut highway TEKIH yang tengah buat. Aku syok dengar brader yang bawak pajero yang aku naik tu bercerita macam-macam pasal Pedu. Pedu tu kira macam area dia la. Dia bercerita pasal memburu la, hutan tempat Mat Komando lari masa diburu polis la, tempat helikopter askar Malaysia kena tembak komunis la etc.

Malam tu stay kat resort yang dalam hutan banat tu la. Olskool betul. Resort tu asalnya tempat tinggal engineers yang buat Empangan Pedu dan dah wujud sejak zaman 70an ke 60an entah. Punya la tak best. Line telefon memang takde. Orang resort tu kata kalau nak try call, kena pegi kat satu tiang. Eh, jenuh la pulak nak cari tiang keramat tu malam-malam buta aihhh! Time nak tidur, kena berperang pulak dulu dengan encik-encik lipas yang berkeliaran atas tilam dan bawah bantal. Sigh.

16 Disember 2008

Pagi tu kitorang ke Empangan Muda dan Empangan Pedu. Fuh, memang macam bagak macam raksasa. Sebenarnya tu kawasan larangan, tapi kitorang dibagi can masuk.

Next: Tasik Pedu. Sebelum sampai tasik tu, ada satu kawasan ternakan rusa. Tengok gambar atas ni. Okey, kalau kelmarin naik bos kat sungai, hari ni naik bot kat tasik pulak. Kaki-kaki pancing maybe rasa tempat ni heaven, tapi bagi aku, tak tau apsal, aku rasa Tasik Pedu ni menggerunkan satu macam. Dah la tu, ada sekali tu bot kitorang tiba-tiba rosak (ada seorang brader tu mulut dia agak celupar).

Ni antara view kat tasik tu. Gambar ikan tu ditangkap kat satu projek ikan sangkar kat tasik tu jugak.

Haa! Yang ni lagi menggerunkan! Gambar atas ni antara resort yang dah tutup kat Tasik Pedu tu. Piring-piring Astro pun tak tanggal lagi. Brader yang bawak bot tu tanya kitorang nak singgah ke tak? Heyy, no way jose!

Balik dari situ, konvoi kitorang ke Tobiar, Pendang. Aku dengan seorang lagi member terpaksa naik 4WD lain pulak sebab pajero rosak. Brader yang ganti ni pun banyak knowledge pasal tempat-tempat yang kitorang lalu sepanjang jalan, so, tak boring la kan? Brader ni dok highlight nama tempat/kampung yang unik dan pelik: Seladang Rebah, Naka Nambua, Kebun 500, dan segala macam tempat yang namanya ada nama Pong. Hehe.

Gambar kat atas ni masa kitorang singgah lunch kat ladang mempelam/ladang ternakan kerbau. Malangnya, time kitorang datang, dah takde mempelam dah. Sigh. Kalau tak, boleh merasa mempelam Chok Anan. Tempat paling last kitorang singgah ialah Pusat Kraf MADA, Tajar. Anyway, aku suka betul area Tobiar dan Tajar tu. Kat sana la aku nampak pesawah still guna cara olskool nak tanam padi. Kalau nak buat painting sawah padi or tangkap gambar, aku rasa sini la paling sesuai nak cari ilham.

Last sekali, konvoi gerak balik ke Darulaman Suites. Dekat sangat dengan rumah aku. Lega rasa. Letih siot! Hmm...agak-agak nak proceed tak trip pusing satu Kedah macam aku cakap kat Yatt tu ye? ;-P

Sunday, January 25, 2009

Kambing Black Metal

Read this: Kambing Black Metal?

Weird! Sama weird macam perasaan malas tahap kronik, tapi dikata terkena santau! Haha. But that's a different story. ;-)

Friday, January 23, 2009

Kurdt

"That legendary divorce is such a bore."
Serve The Servants - Nirvana (In Utero; 1993)

Hey, bukan! Aku bukan maksudkan diorang tu la! (Ye la tu...*Bosan*). Sekadar teringat apa yang aku baca dalam buku yang baru habis aku khatam: 'Heavier Than Heaven - The Biography of Kurt Cobain'. Ya, buku tu dah publish lama, back in 2001, tapi baru sekarang aku dapat baca. Tapi tu tak penting. Ni memang antara buku paling best yang aku dah baca setakat ni.

Apa pun, ada satu perenggan buku ni buat aku terkedu:
"...Kurt killed a neighbor's cat that year. In this incident of teenage sadism - that would be in striking contrast to his adult life - he trapped the still-alive animal in his parents' chimney and laughed when it died and stunk up the house."

'Dajei' bebeno tu Kurt! Pelik jugak sebab dia sebenarnya sayang kucing. Argh, teremo aku.

Anyway, after reading this book, I'm having second thoughts.
And best words to describe Kurt: "Self-destructive!"

P/s: Mungkin aku akan cuba baca biografi Kurt Cobain karya Michael Azerrad pulak. Tapi aku kena baca dengan caution sebab yang itu versi 'authorized' dan Kurt ialah seorang yang enjoy mereka-reka dan exaggerate cerita. Hehe.

Master (s) Of Puppets

Kata seorang orang kita di negara sana: "Dia JFK generasi kita."
Err..Tapi jangan lupa, JFK ditembak kerana dia JFK (ingat apa yang dia cuba nak buat).
Apa pun, selagi ada Master (s) of Puppets... Hmm, entah. Susah nak cakap.

Still 'Staq' What?...

Star ke, Setar ke, it is still "Staq". Sounds good enough, and I just want a Jusco. :-) (sebab yang paling dekat ialah di Bandar Perda, Bukit Mertajam @ Queensbay, kot?)

P/s: Kelmarin, kitorang tiga beranak gi karaoke kat Aloq Staq. Just imagine, si bapak dan anaknya tibai "Lagu Untukmu". Arghhhhh! Chaos habisss! Hahaahaha...

Nama 'menatang' ni Spyder roadster.
Half-superbike, half sports car.

Wednesday, January 21, 2009

Dialah Gadisku II

From yesterday's celebration

Tuesday, January 20, 2009

Dengan Lidah Terbakar...

"...Ku suarakan keresahan..."
(Entry ni diilhamkan selepas membaca satu komen kat blog orang)

Dialah Gadisku

Happy 5th Birthday, Irdina Riadz!
May Allah bless you always.



Ya, Deena makin obsessed dengan kaler pink. Dan foto-foto kat atas ni hanya sebahagian koleksi barang-barang kaler 'samo' tu yang dia ada. Heh, kalau pegi shopping lain kali tak nak la bawak dia. Nanti bertambah lagi koleksi dia tu. Arghhhhhhh! Peningggg!!

Anyway, this song's for you, baby.

Monday, January 19, 2009

Negative Creep I Am

The local actress says:
Do you know that lately I've been doing a lot of housewife stuff like baking cupcakes and doing cross stitch?

I say:
What housewife stuff?! That's moronic generalization, doll! I'm a housewife and I don't do cupcakes or cross stitch, and I don't think that all housewives do that either. There's nothing wrong about cupcakes or cross stitch, but mind you - You don't have to be a housewife or even a woman (for God's sake) just to bake cupcakes or make cross stitch!

Woah, woah...What a nag! Period?
Nahhh...Just feelin' bitchy today.
(And OD'd on Sex Pistols' "Anarchy in the UK").

Thursday, January 15, 2009

Budak Setan The Movie

"Andainya cinta ini layu
Karamlah bahtera kasih
Anai-anai meroboh istana sayang
Serindit menyanyi pilu
Hujan menangis sayu
Andainya cinta ini mekar
Hanyutkah Kasyah dan Ayu
Ke syurga indah...?"
- Budak Setan II

Fuhh. Tu dia jiwang maut! I read in the news yesterday about Ahadiat Akashah's 'Lagenda Budak Setan' will be made into a movie. The film maker is negotiating with Maya Karin to take up the leading role. As Ayu, I supposed. Ok ke? But hopefully, she would not be forced to wear a silly-looking wig or trying-too-hard-to-look-like-a school girl (untuk scene zaman sekolah). On the other hand, the role of Kasyah should not be given to another hero yang makin senja.

And please, jangan la ada adegan cuit-mencuit pinggang sambil naik basikal lepas sekolah, atau adegan lepak dengan member sambil bertepuk tampar dan kecoh tak tentu hala dengan over (Heyyy! Whatssup my mann...bla..bla..Sengal!), ataupun pelakon-pelakonnya pakai mekap berkati-kati macam dah takde stok untuk hari esok. And yes, kalau ada watak gemuk, get pelakon yang memang semulajadi gemuk atau paksa dia jadi gemuk; paksa dia tambah berat badan. Boleh, kan?

Anyway, instead of 'Lagenda Budak Setan', I would prefer to see 'Bunga Jantan' on the silkscreen. Musti lagi syok!

And another novel which I think worth to be adapted and turned into a TV serie is Faisal Tehrani's 'Tunggu Teduh Dulu'. The theme song: "Dalam Kenangan" (Wheels), of course. Siapa yang dah baca mesti tau kenapa lagu ni, kan? :-)

Wednesday, January 14, 2009

Jay Jay Pulak?

Semalam aku baru jumpa klip video kat bawah ni, dan ni antara lagu Jay Jay yang aku suka.

Kiranya Kau Mendengar Ketika Ini

Lagu ni top masa aku darjah satu. Tapi masa tu, aku dengar gitu-gitu je la. Mana faham, tajuk lagu pun tak tau. Heyy, Jay Jay pulak Mama Rocker? Hah, apahal?? Aku suka suara dia. Masa berhingus dulu, aku rasa dia antara yang aku fancy. Heheheh. Tapi masa dia still dengan Carefree, aku tak tengok dia sangat. Aku lebih suka tengok salah seorang mamat rambut afro dalam band tu. Nama dia Nana, kalau tak silap (kata bapak aku la). Bukan apa, kagum tengok gumpalan rambut tu. Macam boleh sorok macam-macam je. Hehe.

Anyway, hari ni story aku pegi kembara agro-tourism ada keluar dalam paper NST hari ni. Version 'rock' kembara tu nanti la aku cerita kat sini, worait? Klik link bawah ni kalau nak baca (klik isu January 09).

Zoom! Malaysia

Tuesday, January 13, 2009

Mengejar Mimpi II

"Dream on, Dream until your dreams come true."
Dream On (Aerosmith - Aerosmith; 1973)

Dia si belahan hati, cerminan jiwa
Makin pasti mendakap mimpinya
Untuk digubah menjadi nyata.
Aku
Masih bermimpi
Mimpikan yang mirip
Dan takkan jemu-jemu aku berharap
Untuk mendakap.



Selain versi dengan orkestra, aku suka jugak tengok versi MTV unpluggednya. Kagum tengok Steven Tyler main piano sambil menjerit "Dream On! Dream On!" Cayalah!

Joker & The Sex Pistols

"After Heath passed, you saw a hole ripped in the future of cinema."
- Christopher Nolan (Director, 'The Dark Knight').

Semalam Heath Ledger menang Best Supporting Actor di Golden Globe untuk watak Joker. Menurut Nolan, karakter Joker diinspirasikan daripada Johnny Rotten (vokalis Sex Pistols). Katanya, sama seperti attitude anggota band punk tu, watak Joker digambarkan sebagai seorang anarchist yang begitu komited untuk menghuru-harakan.

Kata Christian Bale (watak Batman) pulak, Ledger banyak menonton video Sex Pistols dan memerhati Sid Vicious (pemain bass Sex Pistols) semasa mencari ilham yang dapat membantunya menjiwai watak Joker.

22 Januari nanti genap setahun kematian Heath Ledger.
Gone but not forgotten.

"The day I'll stop having fun, I just walk away."
- Heath Ledger

(All pixs: http://handson.provocateuse.com)

P/s: Cakap pasal Sex Pistols, aku tengah bertungkus-lumus buat research lagu-lagu diorang untuk ditulis dalam Lacuna.

Monday, January 12, 2009

Work Trippin': Sabah 2008

Minggu lepas, dua kali muka aku ter'enter frame' kat TV3 & TV1 RTM1, TV1...ahh...whatever..apsal berita prime time pukul 9mlm??!!...--->selingan jap!). Cerita-cerita pasal trip ke Sabah yang aku join tahun lepas tu keluar. Lepas aku tengok Tv tu, baru aku teringat aku belum blog lagi pasal trip tu. Aku cerita sempoi-sempoi je lah, ye? Malas. Heheh. Anyway, yang organise media trip tu ialah Tourism Malaysia Sabah (bawah program Zoom!), Kids Scuba dan Borneo Divers. Aku disuruh tulis story pasal budak-budak yang terer diving dari Kids Scuba tu.

Sandakan (28-29 Nov 2008)

Excited jugak sebab ini la pertama kali aku sampai Sabah (aku naik satu flight dengan hero 'Rozana-Cinta 97'. Hero? Ala, hero olskool: Helmi Hussaini tuu...).

Ni antara tempat-tempat yang kitorang pegi kat Sandakan. Gambar no.1 & no.2 tu kat Pasar Umum. Kat sini banyak jual foodstuff. Kalau nak borong ikan kering semua, kat sini la tempatnya. Cuba tengok lantai pasar tu. Bersih berkilat! Heh. Gambar no.3 tu Tokong Puu Jih Syh, antara tokong Buddha yang paling otai kat Sabah. Gambar no.4 tu ialah view dari tokong. Gambar orang-utan ditangkap kat Orang-Utan Sepilok Rehabilitation Centre. Tapi, aku layan tengok gitu-gitu je sebab aku lebih teruja tengok kengkawan dari media yang sibuk buat 'stand-upper' kat situ. Macam best je. Dulu kunun nak jadi broadcast journalist..Tapi tak kesampaian la pulak.

Satu kampung air yang kitorang singgah kat Sandakan. Aku tak ingat nama kampung ni, tapi aku ingat sangat ayor bertakung kaler hijo itu!! Arkk!

Ni rumah Agnes Keith, penulis yang menulis tentang Borneo dalam autobiografinya 'Land Below The Wind' (1939). Kalau tak silap, dari tajuk buku tu la asalnya tagline 'Sabah Negeri Di Bawah Bayu' tu.

Pemandangan bandar Sandakan dari hotel tempat aku duduk. Sandakan ni kecik je, dan ada yang kata macam Hong Kong zaman 70an. Ye la kot? How would I know la kan? Heh.

Antara pemandangan kat Rainforest Discovery Centre. Masa kat sini la first time aku dapat tengok Datuk Azalina Othman berucap secara live. Steady je. Banyak off-the-cuff, tapi tak merapu, dan tak boring macam...

Kota Kinabalu (29 Nov-2 Dis 2008)

Kat Kota Kinabalu, kitorang lepak kat Le Meridien. Ada la jugak aku jalan-jalan kat area tak jauh dari hotel tu macam Pasar Phillipines, pastu a few shopping complex yang ada. Okey la. Aku tengok collection Converse kat sana not bad jugak, tapi mahal. (Btw, nampak tak Gunung Kinabalu dalam gambar kanan, kat atas ni?)

Pulau Mamutik, salah satu daripada lima pulau yang terangkum dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Marine Park). Nak ke sana, kena naik bot lebih kurang 15-20 minit dari Sutera Harbour. Kat pulau tu la baru kerja aku start. Sebelum tu semua, jalan-jalan makan angin kot? Hehe.

Cantik kan, Pulau Mamutik? Tengok kaler air laut tu!

Budak-budak ni semua memang dasat diving. Kagum aku tengok. Aku nak try? Heh, kurang berani. Nanti terbayang-bayang insiden kat Ledang dulu. Tidakkkk!

Hari nak balik KL, kitorang singgah kat Nexus-Karambunai. Siap kena nature walk kat area tu, ikut trail panjat bukit bagai, yang boleh tahan tinggi time tengahari rembang. Dah rupa jungle-trekking, bai! Dah la lama tak exercise, so, bayangkan la betapa semputnya bila dah sampai puncak! Habis otot aku semua terkezut. Lagi best, napsack aku berat nak mampos sebab aku terlupa nak tinggalkan barang-barang yang sepupu aku (dia duduk Kota Kinabalu) suruh bawak balik yang aku sumbat dalam beg tu: Beras basmati Mumbai mari 2kg + ikan bilis 2kg. Tu belum campur khazanah aku yang lain yang ada dalam beg tu. Rebeh bahu teman, wah...Huwaaaaaa!
Masa lunch kat hotel tu, aku tak enjoy sangat pun sebab kepala dah start berpusing. Lepas je aku buat kerja aku, interview apa yang patut, terus masuk toilet. Muntah bagai. Aiya, don't care lor! Hahahaha..Teruk betul aku! Lepas tu aku just lepak kat lobi, rileks. So, kalau ada yang tanya, syok tak Karambunai? Bagi aku, yang aku ingat, aku pernah muntah dengan jayanya kat sana. Hehehehe... (Ijan, kalau ko baca ni, tu pasal la muka aku memang nampak toya lagi sememeh kat TV1 tu..Haha).

Antara geng-geng dari Bernama TV, RTM, Utusan Malaysia dan Virtual Malaysia yang pegi trip ni.

Balik je dari trip, hmm..boleh tahan jugak 'cerah'nya kulit aku. Tanned habis. Perut lak, dah tak boleh masuk lagi apa jenis seafood. Ye la, kat sana asyik melantak seafood je. Biasanya kalau makan char kue teow dengan Yatt dan Deena, aku la tukang perabis udang diorang. But not after this trip. :-P

Doa Untuk Palestin

"Moga diresapi semangat dan ketabahan Salahuddin al-Ayyubi"
Itu doaku untukmu, saudara-saudaraku di sana
Yang sedang berdepan dengan kezaliman
Yang buminya resah, tak pernah aman.

Friday, January 9, 2009

Iyolah..

Kata orang tu dengan berkobar-kobar:
(sambil menyeka air liur di hujung bibir)

"Kita jangan pakai kereta mewah!
Kita kena ingat...Kita ni hambat rakyat!"

Haha, ye la tuuuu...

Thursday, January 8, 2009

Kisah Kutubi

Kisah Kutubi I

"In April 2009, the one millionth English word will be coined. Wow! Come to think of it, Shakespeare looks like a primary schoolboy vocabulary-wise. In his entire writing career, he used only 27,870 different words...He used 75 words for sexual intercourse and orgasm, 70 words for male genitalia and another 70 for female genitalia."

Source: Shakespeare will turn in his grave come March; Johan Jaafar, NST, 13 Dec 2008

Aku baru je habis membaca tiga buah buku sejak 1 Jan lalu. Dua daripadanya buku karya novelis tersohor Indonesia, Andrea Hirata. Memang tak dinafikan, novel-novel dia memang sempoi. Idea, plot, gaya bahasa, semua best. Tapi, kalau aku fikir-fikir balik, mengapa perkataan-perkataan bahasa Indonesia makin lama, makin 'pop', atau makin banyak perkataan yang di'Bahasa Inggeris'kan? Sayang betul. Bahasa Melayu kita pun aku rasa, makin lama makin ke arah itu. Memang la, apa kurang Bahasa Inggeris yang banyak juga meminjam perkataan bahasa-bahasa lain kan? Tapi pedulikan la bahasa diorang yang perkataannya dah nak mencapai 1 juta April nanti tu!

Cuma pelik la kalau
"kata hati" atau "naluri" digantikan dengan "insting"... :-P

Kisah Kutubi II

Mamat kat bawah ni antara sebab yang selalu mengacau-bilaukan mood dan masa aku masa membaca. Tak kira la baca buku ke, baca paper ke, apa. Kat mana aku tengah concentrate, kat situ la dia baikkk je landing. Bukan dia sekor je perangai macam ni.

Dulu, kucing-kucing aku yang lain macam Babang, Boyak, Atai, Karyue, Cik Teh, Neng kecik, Neng beso, Tanduk, Cik Kayo, Cik Salmah, Kodah, Blue, Hardcore, Blackie.. bla..bla..dan sekor kucing betina yang namanya sangat obscene (terpaksa dicensored!) pun perangai macam ni jugak kalau tak silap. Kalau tak silap la..Heh. Nak attention la tuuu...

Antara kucing yang namanya aku sebut tu ada kat sini. Tapi diorang ni semua dah 'arwah' dah. Ni zaman tok kadok punya cite daa. Hehe.

Wednesday, January 7, 2009

Auntie?! See You In Court!

Terbaca kolum 'Quote Marks' di The Star Ahad lepas.

"Auntie is the term used in China to refer to old women who yell in the street. So, calling me 'auntie' is certainly an insult."
A 35-year-old Taiwanese woman who is suing her neighbour after he called her 'auntie'.

Alahai. Mungkin perempuan ni nampak matured sangat kot? Dari saman-menyaman, baik pegi buat facelift, sis! Tak pun ikut petua Mr. Os kalau nak nampak muda selalu. Bila orang tanya umur kita, jawab 10 tahun lagi tua dari umur kita yang sebenar. Kalau umur kita 30, jawab la 40. Sure maintain muda. Hehehe...Macam-macam le yop!

Lagi-Lagi Cawat Pendek!

Lagi-lagi seluar cawat pendek!
Heyy, jangan lupa belek-belek
Kain sendiri yang mungkin carik
Perhati jugak anak isteri, kakak dan adik
Kot-kot terbukak, terdedah
Rupa-rupanya yang di sebelah.

Monday, January 5, 2009

Tahun Baru & Ops Anai-Anai

"I have always had the same New Year resolutions: to stop smoking, to start wearing a bra and to stop shopping." - Cameron Diaz

"To start wearing a bra"? Hehe, macam-macam la minah ni. "New Year is the new start for old habits", bunyi SMS daripada seorang kawan. Bagi aku pulak, "The start for repeating old, unaccomplished resolutions". Ah, kalau nak buat azam, tak payah tunggu Tahun Baru, lagi senang, kan?

Whatever it is, it has been only five days in 2009, and the world is already in chaos, don't you think? The continous slayings of the Palestinians are pure madness! And in Malaysia? 1-4 Jan = 30 deaths caused by accidents! (dan punca-puncanya 'sedang sedaya-upaya' dikaitkan dengan peraturan baru yang mewajibkan dua penumpang di tempat duduk belakang kereta memakai tali pinggang keledar). Cakap pasal tali pinggang keledar, salah seorang colleague Yatt kata, appointmentnya untuk pasang tali pinggang keledar dalam kereta Kancilnya ialah pada 2010. Kalau dia 2010, Metallicar kitorang??..

Sekarang ni aku masih sibuk, tapi tangan dah mula gatal-gatal sebab tak menulis blog. Sebenarnya, aku terpaksa buat kerja-kerja menulis diselang-selikan dengan aktiviti (inevitable) 'pembersihan koloni' anai-anai (misi ini aku panggil Ops Anai-Anai. Hehe..) yang sedang bermaharajalela dalam bilik stor rumah aku. Letih siot! Tambah letih bila tengok habis hancur harta benda yang ada termasuk la report cards sekolah rendah dan menengah yang masih aku simpan. Arghhh!

Sekarang ni aku berdoa sangat jangan la anai-anai tu melahap buku-buku, majalah-majalah ataupun kaset-kaset yang aku dan Yatt kumpul sekian lama. Kalau nak melahap jugak, sila la cuba pinggan mangkuk itu, Encik Anai-Anai! Lahap dengan ganas pun takpe. Ehek ehek...

Okey, catch you guys later.

Now, it's time for Ops Anai-Anai.

"Searchingggg...Seek and destroyyy!!"

 
The Olskool RockaMomma © 2009 Designed by eddvedder