Friday, May 29, 2009

Sembang Search Lagi

Minggu lepas aku tiga beranak pegi wedding member kitorang ni, Maliah & Razak, kat Kulim. Teringat apa Deena cakap masa tengok kad kawen diorang yang kreatif dan ada gambar diorang berdua: "Ma, sapa sebelah auntie rock ni? Yang kacak ni?" Kacak? Sungguh standard perkataan itu, Irdina! Terkejut Mamamu ini. Hehehe! Mana hang blajaq? ;-)

Anyway, kalau korang nak tau, sesungguhnya aku sangat jeles dengan couple ni. Sebab apa? Sebab ini:



Gile best kawen kalo macam ni! Cayalah korang! ;-)

Anyway, cakap pasal Search, haritu aku & Yatt terjumpa dengan Aru kat Aloq Staq (AS). Lepak jap. Dia ada la bercerita pasal konsert Search kat AS yang patutnya on hari ni. Aru kata, orang yang disuruh propose konsert tu kat kerajaan sini tersilap approach orang. Tersilap approach Exco. Sepatutnya boleh jumpa direct dengan MB je. Tapi belum sempat proposal sampai kat MB, dah kena reject siap-siap dek Exco tu. Ciss! Kelantan boleh lepas, takkan kat Kedah sangkut pulak? Alahai.

(Adus...Nampaknya tak mustahil la nelayan kat sini akan terus stone mr.hero @ stone 'ketumin' dulu sebelum turun ke laut).

3 sudah komen:

zan said...

Er..
sumber2 kuat mengatakan kelantan juga kansel.
Alasan kerana yang diberi perkenan oleh MB ialah Amy sorang, bukan satu band.
Alasan kedua pula pasal sultan tengah gering..

Dengar2 khabar Kangar destinasi seterusnya kalau tiada aral. 13/6 tarikh sasaran..tungguuuu

mizmaleya said...

kacak suami kan kan kakak? hahahaa
dan ya, kelantan mereka cancelkan sebab sultan gering.
kangar, perlis,tempat baru dituju.
kita menanti di kuala lumpurrrrr. horeey

N a d i a said...

zan,
thanks for the info.

mizmaleya,
haha..kacakk!
yea, jumpa di sanaaaaaaaaaa!

 
The Olskool RockaMomma © 2009 Designed by eddvedder