Tuesday, November 25, 2008

Ain't Lookin' For Nothin'

Minggu lepas aku layan filem 'The Rocker'. Cerita seorang drummer veteran sebuah band rock yang join band budak kecik (band anak sedara dia). Lawak jugak. Tapi setakat ni kalau filem yang ideanya berkisar tentang rocker otai, aku paling suka filem 'Still Crazy' (1998). Lagi superlawak.

Anyway, berbalik pasal 'The Rocker'. Salah satu soundtrack filem ni ialah lagu Poison, "Nothin' But A Good Time", salah satu lagu band ni yang aku suka. Lagu ni ada dalam album kedua diorang 'Open Up and Say...Ah!' (1988) dan 'Swallow This Live! (1991 - album Poison yang paling aku suka). Dalam 'The Rocker', lagu ni dinyanyikan oleh Teddy Gieger, penyanyi/komposer yang memegang salah satu watak utama filem ni.

Apa pun, of cuzlah aku suka versi originalnya. Bila tengok klip video kat bawah ni, hmphhh...punya la huru haranya glam rock dulu-dulu kan? Hehehehe. Entah apa la yang membuatkan aku gila kat Poison dulu?! Must be Bret Michaels' lips, kot? Agaknyalah...Kuikuikui!



Ah hah, yeah. It was Bret's "bibior" (aka bibir), indeed. ;-)


Okeylah, aku nak berehat jap dari blogging dari esok sampai minggu depan. I'm off to KL and Sabah. Adios!

P/s: Oops, before I forget, E , this song is for you. Go f**k yourself, you f**ker!

Some say I got a bad attitude,
But that don't change the way I feel about you,
And if you think this thought might bring me down,
Look again cause I ain't wearin no frown!...

Monday, November 24, 2008

Whatever Tomorrow Brings...

Masih ingat entry aku yang ini: Aku, Jimi Hendrix & Breakfast At Tiffany's? Well, walau apa pun, apa yang aku akan buat selepas ini, semuanya mirip apa yang tertulis di dalam lirik lagu Incubus ini.

DRIVE
(Make Yourself; 1999)


Sometimes I feel the fear of uncertainty stinging clear
And I can't help but ask myself
How much I'll let the fear take the wheel and steer
It's driven me before, it seems to have a vague
Haunting mass appeal
Lately I'm beginning to find
That I should be the one behind the wheel

Whatever tomorrow brings, I'll be there
With open arms and open eyes yeah
Whatever tomorrow brings, I'll be there, I'll be there

So if I decide to waiver my chance to be one of the hive
Will I choose water over wine and hold my own and drive, oh oh
It's driven me before, it seems to be the way
That everyone else gets around
Lately, I'm beginning to find
That when I drive myself, my light is found

Whatever tomorrow brings, I'll be there
With open arms and open eyes yeah
Whatever tomorrow brings, I'll be there, I'll be there

Would you choose water over wine
Hold the wheel and drive

Whatever tomorrow brings, I'll be there
With open arms and open eyes yeah
Whatever tomorrow brings, I'll be there, I'll be there

High Enough?


"Can you take me high enough

to fly me over yesterday?"

High Enough
(Damn Yankees; Damn Yankees, 1990)

Pixs by: Nadia

Sunday, November 23, 2008

Inquietude

Malam semalam Slash mengerjakan seekor katak kecik yang tersesat masuk rumah aku. Yang aku geram tu, mamat ni dok main-main katak tu dalam rumah. Dia tak nak bawak keluar. Hisyy! Apa lagi, aku dan Deena lari masuk bilik le. Hehe. Bukan takut, tapi geli. Tang katak, makcik tak brutal, wokeh? Nasib Yatt berjaya jugak halau Slash keluar. Tapi Slash pegi bawak pulak katak tu, panjat tingkap dan tunggu kitorang bukak pintu bagi dia masuk. Siap dengan muka sekupang dan dengan sebelah kaki katak terjulur keluar dari mulut dia. Aiyaaa!..

Anyway, cakap pasal Slash, semalam aku baca satu artikel pasal tabiat kucing. Kucing ni akan menggelabah dan risau kalau dia dapat rasa tuannya nak pegi travel atau outstation. Bila dia tengok tuan dia start kemas beg semua, haaa...Time tu lah dia start risau. Lepas tuan dia balik, confirm dia akan merajuk. Memang betul pun. Kucing-kucing aku dulu pun semuanya perangai macam tu rasanya. Sekarang Slash pun sama jugak. Asal kitorang nak balik kampung, mula la dia aku tengok libang-libu satu macam. Entah macam mana la 'kerisauan' dia nanti bila tengok aku start berkemas beg lusa.

Tapi, Slash satu hal la. Aku lagi risau pasal Deena nanti sebab minggu depan aku dan Yatt terpaksa tinggalkan dia untuk beberapa hari dengan kakak-kakak Yatt dan anak-anak diorang. Aku dan Yatt ada kerja, kena pegi outstation la pulak. Aku ke timur, Yatt ke barat (lebih kurang la). Argh, boleh ke Deena tu? First time tinggalkan dia without either Yatt or me around. Sekarang ni dah macam-macam la kitorang 'ayat' dia. Dia macam orait je, tapi dia letak syarat la. Nak plastic swimming pool la, baby doll yang boleh bercakap la..Bla..bla..Hmmph!

Apa pun, I know she'll be okay. Mungkin, mama dia je yang tak berapa okey kot nanti? Teringat masa first night aku kat Kazakhstan dulu. Teghoyak sorang-sorang dalam bilik hotel! Rock ke mana, kapak ke mana! Tinggal blues je dahhh...Hehehehe.

Saturday, November 22, 2008

Politik Telah Membunuh!

Skuad Seladang virtually doesn't exist at all til today, dan deme ada seminggu je untuk form team baru. Meghaban teben! Arghhhh! Jangan komen atau cakap apa-apa lagi pasal bola sepak Malaysia pada aku buat masa ni. Semuanya akan ku gampangkan! :-/

Hmm..by the way, Liverpool ok tak? Heheh.

Friday, November 21, 2008

Apples To Oranges

Pagi tadi aku baca paper pasal isu tindik bahagian tubuh badan sebagai trend. Tapi, ada satu komen seorang awek menarik perhatian aku:

"Bertindik sama seperti memakai aksesori seperti gelang atau rantai. Mengapa pandang hina kami yang bertindik? Ia sama saja dengan orang lain yang pakai gelang hingga ke siku."

Hmph, that's like comparing apples and oranges, kiddo. Kesan Hepatitis B atau C logik ke dibandingkan dengan kesan kena libas dengan parang perompak? (But, 'kesan ultimate' for both cases tetap sama). Tapi, lantak ko, lah labu. Bukannya ko mintak duit aku nak tindik itu ini, kan? Haha.

Btw, malam semalam aku tengok satu friendly match Itali lwn Greece. Aku rasa goalkeeper Itali yang ganti Buffon tu macam kena kerja lebih je. Heh, payah nak cari ganti Buffon tu. Masa tengok game tu teringat pulak kat iklan Dolce & Gabbana tahun 2007. Iklan? Adalahhh...Heheheeh...;-)

Thursday, November 20, 2008

RĂªve Utopique

It has been six years, mon ami.
In memoriam.



"Scars are souvenirs you never lose,
The past is never far."

Lagi-Lagi Kucing!

Goatee senget tu lah yg buat aku geram tengok si Slash ni...Isk.



Wednesday, November 19, 2008

Smart's Sexy

I found this in the Reader's Digest that I read while watching Deena playing outside the house with her friends this evening:

"I could be dressed up in the sexiest outfit for a photo shoot...but it's nothing as sexy as when I'm home surrounded by the kids or reading books, educating myself." - Angelina Jolie.

Ah, yes. Sometimes I do feel sexy (fuhhh) when reading books, educating myself. And I find smart individuals sexy too. ;-) (Tapi bukan bijak pandai yang melingkupkan haa! That's 'ceghodik buah' namanya..Hehe)

But, 'sexy when surrounded by the kid(s)'? Hm, berlemuih ada kot? Hehe.

Morning Bliss

I just came back from sending Deena to the nursery and going to the grocery shop to get my daily morning fix: The natural vitamin D and newspapers. I'd a pleasant walk too. The weather's just nice. Just another perfect morning for me to do some reading and working up the creative juices later.

Although I don't know how long I would still have such a luxurious morning (for me lah), one thing for sure, I'm enjoying every moment of my life as a fulltime homemaker. ;-)

Tuesday, November 18, 2008

'Transvision Vamp'

Aduhai..Tetibe ada banyak work assignments nak kena buat. Dah la tu, aku kena study pulak lagi (ada test..uhuk..uhukk). Nampaknya aku kena jadi 'vampire' la 2,3 malam ni. Tapi malam ni mesti kena break sekejap untuk layan 'Gilmore Girls' & 'Ghost Whisperer'. Kalau tengok cite ni, time hantu nak pegi ke cahaya tu, aku sure ternangis bila tengok si Jennifer Love Hewitt nangis. Haha, ntah hapa-hapa! Aku ni bukan boleh tengok orang nangis. Tersentuh hati kudusku gitu. Cewahhh! Rock ayu sebenarnya aku ni, bukan rock kapak. Muahaha!

Apa pun, harapnya aku dapat settle semua kerja sebelum aku terbang ke sana minggu depan. Ke sana? Ke mana tu?... ;-)

Monday, November 17, 2008

Malas

Tengah malas nak tulis, and I've some reading to do. Btw, I've watched 'Madagascar: Escape 2 Africa' last Friday with Yatt and Deena. Enjoyable, and more penguins yang brutal tu! Hehe. Next to watch: 'Antoofighter'. Main reason: Awie lah, apa lagi? Hehehe...Takdelah. Of cuz I want to see the first movie directed by Azizi 'Chunk' Adnan', the Supergrassjelly guy. Mesti cool.

The forthcoming 'Bedtime Stories' pun macam best jugak. Ada Russell Brand. Aku suka tengok dia dalam 'Forgetting Sarah Marshall'. Lawak betul. Ha, cakap pasal lawak, ada lagi satu cerita lawak aku baru tengok: 'The Rocker'. Sempoi gak. Aku tak nak tulis review or komen banyak-banyak pasal filem tu sebab kan aku dah cakap awal-awal tadi, aku tengah malas? Hehe.

Wokeylah, later dudes. ;-P

P/s: Kat Alor Star Mall dah ada panggung wayang baru. Tapi, panggung Lotus Five Star jugak, macam kat Jitra Mall. Hmm, bolehlah, daripada panggung purba kat City Plaza nun. Hehe.

Thursday, November 13, 2008

Padang Hang? Gertak Sanggui? Naga Lilit?

Dulu aku ada baca satu story pasal asal usul nama kampung or nama tempat kat sesetengah negeri. Memang menarik, antaranya asal nama Mambang Di Awan.

Anyway, semalam masa aku tengah baca paper Sinar Harian versi utara, aku mula terfikir nak tulis story asal usul nama tempat kat Kedah ni. Dalam paper tu, setiap wartawannya ditugaskan untuk buat liputan berdasarkan kawasan tertentu yang dinamakan 'unit'. Paper tu publish nama/no telefon wartawan dan nama-nama tempat di dalam unitnya.

Dalam unit tu lah, aku terbaca nama-nama tempat yang unik dan pelik-pelik. Antaranya Padang Hang, Haji Kudong, Naga Lilit, Gertak Sanggul, Batang Tunggang Kanan dan Batang Tunggang Kiri. Woah, Batang Tunggang Kanan?! Just imagine macam mana agaknya aku nak susun ayat dan tanya ketua kampung or whoever asal usul nama tu tanpa aku disalah anggap secara tak sengaja? Hehehehe..

Kalau Sinar Harian sampai Perak nanti mesti lagi banyak nama-nama yang pelik-pelik. Mungkin ada cerita best di sebalik nama Chenderong Balai, Changkat Belingkor atau Menglembu? Tapi aku rasa Menglembu tu ialah singkatan untuk 'mengembala lembu'. Hahahaha...Pandey-pandey je aku ni!

P/s: Apa pun, kat Kedah ni aku cukup suka nama Tongkang Yard. Bunyik macam hip gitu! ;-)

Kekasih Gelap?

Ini cerita kawan aku (aku namakan dia E). Cerita biasa. Cerita cinta. Cerita rumahtangga. Sebetulnya aku memang malas nak bercerita kat blog ni, tapi aku tak dah tak larat nak layan dia. Ye la, kalau dah selalu sangat sms aku tak kira masa dan mengacau time aku tengah layan dvd, baca buku, menulis atau nak bermanja-manja dengan anak dan laki, aku mula rasa bengkak!

Ceritanya macam ni. Si E ni ibu tunggal dan dia ada 'kekasih gelap'. Kenapa 'kekasih gelap'? Sebab, balak dia tu suami orang (aku namakan dia X). Dulu masa zaman muda rumaja, E dan X was a couple. Tapi E tinggalkan X bila famili E tak berkenan dengan X, kononnya tak sekufu (ya, macam drama tv yang tipikal sikit). Tak lama lepas tu E kahwin dengan pilihan famili dia. Malangnya, marriage dia tu ada problem sikit dan dia bercerai (tak tau pasal apa, but they should've been happy for a while, if not, takkan dapat jugak anak sorang).

Nak jadi cerita, X ni pun contactlah E tu tak lama lepas tu. Konon nak hulur simpati sebagai kawan kot, ye lah, nak lebih-lebih pun, dia dah jadi suami orang. Tapi last-last, diorang berdua ni macam tercouple balik semula.

Yang buatkan aku runsing, si E ni selalu la cerita perkembangan terbaru dia dan X. Asyik bergayut kat telefon atau berbalas sms sebelum masing-masing balik kerja, sebelum nak tidur, bangun pagi, masa X outstation ataupun masa X keluar rumah (pegi kedai ke, exercise ke etc). Dah la tu, si E ni memang agak open dengan aku, dan dia tak segan-segan bercerita isi sms nakal dan penuh fantasi biru (aka miang) dia dengan si X tu. Adoi laa, gelinya aku!

Yang aku extra runsing dan meluat tu, bila E kata dia jeles bila baca blog X. Kata E, X tulis betapa sayangnya dia kat isteri dia, tapi dalam masa yang sama, X dok call dan sms kata dia sayang E. Macam-macamlah dia maki X. Loserlah, apalah. Hmm, dalam hati aku kata, takkan la X nak tulis pasal E pulak dalam blog dia kan? Nak jeles apa ke benda pulakkk? Dah 'kekasih gelap' kan? Kang kantoi! Lagipun, bukannya diorang ni tak pernah kantoi dengan isteri X?

Yang lagi buatkan aku superextra meluat bila E kata dia tak sabar nak tunggu isteri X outstation tak lama lagi. Adus, entah apa la diorang nak buat? Bergayutan ibarat beruk-beruk di hutan?

Tak taulah. Bagi aku ni semua kes cinta kencing! Bak kata Ella, "Cinta Dusta". Ewahhh! Dah banyak kali dah aku cakap kat E suruh dia cari lain, lagipun ni macam kes 'dah ludah jilat balik'. Dulu, dia yang blah, buat hal. Lagipun, takkanlah antara banyak-banyak lelaki kat luar sana, takde langsung yang betul-betul available (bukan MBA-married but available- yang teringin nak kahwin sebab sesaje gatal), straight dan normal seleranya, bertanggung jawab dan boleh diharap (bukan jenis masuk rumah, 'cuci kaki' je). Takkanlah nak mengadap balik cinta purbakala, dan runtuhkan sebuah masjid? (put aside masalah apa pulak masalah isteri atau famili si X tu sampaikan X syok balik bercinta).

Sekarang ni isteri X macam cool je walaupun dah tau, tapi tak mustahil kalau satu hari nanti dia akan buat tindakan yang di luar dugaan kan? Setiap manusia ni ada batas-batas kesabaran dia, sister!

Nak kahwin dengan X? Memang akan jadi complicated. Jodoh memang Tuhan yang aturkan, tapi dalam dunia ni, jarang sangat perempuan macam E ni dipandang mulia. Confirm akan dilabel perosak rumahtangga, walaupun mungkin dia masih ada sifat-sifat yang baik atau mungkin lebih elok perangainya daripada perempuan yang ingin dikongsi kasih sayangnya itu. Aku tau dan aku faham sangat, sebab dalam hidup aku ni dah banyak kali aku jumpa dan terkena dengan species ni - Species manusia yang suka bina kebahagiaan atas keruntuhan orang lain (aku dah cerita kot, kisah famili aku yang dulu porak peranda disebabkan marriage-wrecker?!...).

Tapi itulah. Ini cerita cinta. Impaknya sangat misteri dan selalunya lagi kronik daripada gila meroyan kot?

Kalau korang kat tempat aku, in my shoes, apa yang korang akan nasihat pada kawan aku E tu? Hah, jangan nak suruh aku stop layan sms atau call dia. Sebab aku dah try buat, dan the next day lagi teruk si mangkuk ayun tu bom aku dengan sms/calls.

Heh, kalau la E terbaca blog aku ni, bagus jugak kan? Aku tak pedulilah kalau dia nak putus kawan ke apa! (Jimat kredit aku! Hehe). Anyway, korang tolong aku ye? Pleazzeee? Aku dah tak tahan jadi Cik Sri Siantan!

Untuk E, aku rasa, dia patut layan lagu ni. Nyanyi hari-hari untuk diri sendiri tu, E!

Wednesday, November 12, 2008

Go Teh Hijo!

Aku tengah cuba nak tinggalkan nescafe 'O' kaw. Dan sebagai gantinya, aku tengah paksa diri teguk green tea. Sebab apa? Entah. Rasa macam, 'it's about time'. Or maybe jugak sebab kali ni baru aku nak try dengar cakap mak aku dan doktor-doktor yang aku jumpa tiap kali aku sakit kepala atau migraine. Diorang semua suruh aku reduce minum nescafe, dan lebih kejam lagi, reduce makan coklat. So, this time aku nak try. Mana tau, kot-kot nasihat diorang tu berkesan (ya, aku memang degil sometimes). :-P


Aku rasa nak reduce makan coklat tu, maybe lain tahun. Hehe. Tapi reduce nescafe, maybe boleh. Ala, macam aku try reduce minum air bergas dulu. Tapi, that's different. Senang nak buat sebab aku memang tak minum sangat semua tu sejak habis sekolah. Sebab? Sejak arwah Opah dah tak bagi upah fanta grape everytime aku disuruh pegi kedai kot? Heh, takdelah. Sebabnya semua minuman bergas tu will work like laxatives to me. Serious! As if aku baru lepas telan julap or minum slimming tea! Tu pasal aku stop.

Anyway, aku tau. Aku akan terseksa tanpa nescafe sebab aku memang peneguk tegar (?) nescafe 'O' kaw. Aromanya saja memang buat aku rasa fresh satu macam. Nikmat tak keruan! Fuhhh...Ketagihan aku macam perokok tegar kot? Dulu pagi-pagi sebelum masuk ofis, aku minum nescafe 'O' secawan time breakfast dengan Yatt. Masuk ofis, akak tea lady dah siap bancuhkan satu mug (bersaiz agak debab) nescafe susu atau nescafe 'O'. Before lunch, aku buat satu mug pulak lagi, dan lagi satu atau dua mug before balik rumah. Balik rumah, aku bancuh lagi, kali ni dalam mug ni pulak:

Kalau aku tengah menulis, or buat paperwork, entah berapa kali pulak la aku bancuh dalam mug hijau ni. Aku beli masa aku tengah gila 'Gilmore Girls'. Ha, saiz mug hijau ni pernah la buat arwah mak mentua aku terkejut. Aku stop bawak mug tu ke ofis bila salah seorang colleague aku kata mug tu lebih sesuai dibuat cebok mandi. Hehehe..

Anyway, sekarang memang aku make sure botol-botol nescafe kat rumah tu terus kosong. Nasib baik jugak refillnya mahal, tapi bila dah mahal tu lah yang buatkan aku beli satu botol baru selama ni! Ehek, ehek. Selain tu aku make sure jugak everytime ada iklan Hans Isaac tengah meneguk nescafe dengan nikmatnya (ala, iklan yang ada perempuan terlebih gediks menginterviu si Hans tuu..), aku akan tukar channel lain or terus pegi buat green tea atau teh 'O' kosong. Tapi, kalau aku satu family keluar makan, aku akan order jugaklah satu cawan. Ye lah, mana boleh stop terus sekaligus! It won't work. Kena gradually kan? Tapi, aku sengaja suruh diorang buatkan nescafe 'O' kurang manis dan sangat 'nipis' (cayor je kalernya, bior tak sedap).

Hey, boleh ke ni? Hmm, gambate, Nadia! Go teh hijo! ;-)

P/s: Btw, story yang aku tulis ada keluar dalam NST hari ni. Klik sini dan cari, wokey?

Tuesday, November 11, 2008

I Melt With You

Burp! Kitorang tiga beranak baru lepas balik dari pekena roti jala Kak Teh yang buttery dan yummyliciouz dengan kari ayam yang memang tangkap leleh. Kalau mai Jitra, jangan lupa try, na?

Anyway, entry aku ni takde kena-mengena dengan roti jala daa. Heh. Saja je aku nak tulis aku suka lagu ni - "I Melt With You" (Modern English). Antara yang pernah cover lagu ni ialah The Cure dan Jason Mraz (OST '50 First Dates'; ada sentuhan reggae sikit). Versi The Cure tu la yang aku layan sepanjang aku tulis entry birthday untuk my dear Yatt semalam. Ambik feel la kunun. Haha.



I stop the world and melt with you...Fuhh..

Monday, November 10, 2008

Like Butterflies...

"...Thoughts arrive like butterflies..."
Even Flow (Pearl Jam)

Yatt's

Nadia's

Deena's

Of A B'day & Jiwang

Today is Yatt's 34th birthday. Happy Birthday, Encik Ahmad!
Long live, and may Allah bless you, always.

"Yours is the cloth, mine is the hand that sews time."
All My Love
(Led Zeppelin; In Through The Outdoor-1979)

Gambo zaman tok kaduk yg dulu sentiasa ada dlm wallet.

Updated! Petang 10 Nov

Tadi Malia tulis ni kat 'wall' Facebook aku: "sis bagi abang yat apa? heh? baby baru kah...kesian deena." Hmm, memang aku tak dapat beli apa-apa yang special untuk Yatt tahun ni sebab aku pokai (memanjangnye punnn...heheh). Anyway, jawapan aku kat Malia: "In-the-making, bulehhh?" Hehehe. Insya-Allah.

Btw, kat bawah ni salah satu versi orkestra "All My Love" yang aku suka.



Friday, November 7, 2008

Buruh Gitaris

"Saya bukan artis, Encik. Saya buruh binaan je.."

Kata sorang mamat yang kantoi urine test kat Bukit Kayu Hitam baru-baru ni. Macam manalah si tukang karut tu boleh percaya bulat-bulat kata orang yang mengkantoikan, dan tulis si mamat tu gitaris band rock? Pelik.

Aku pernah menulis pasal band rock tu, dan setau aku memang takde nama line-upnya seperti yang didakwa. Hey, tak pasal-pasal buat dosa kering, dan tak pasal-pasal jugak paper tu kena buat ralat.

Teringat kata member aku semalam:
"Asey rambut panjang, berkarat terus saspek rockers! Wakakaka!"

Tu la paseyyyy!

Countess & The Four Horsemen

Aku tulis cover story tentang Metallica dalam ROTTW terbaru. Yeahhhhhh!
Untuk cerita selanjutnya, sila klik sini: Hanya Rawk N Roll

Thursday, November 6, 2008

Untuk Datuk M

Menggelegak rasa bila tengok dia tu cuba nak menyalahkan pengurusan baru. Argh, buang air liur je kalau berlabun panjang-panjang. Apa kata, dibubarkan saja team tu, Datuk M? :-P Tak payah seksa orang.

Apa pun, aku nak ke Stadium Darul Aman malam esok, Insya Allah. Kedah Vs Ex Brazil. Hehe. Bukan berpaling tadah, tapi gian nak pegi stadium je. Lagipun, nak sokong team sendiri, team pun takde lagi sampai hari ni...Huwaaaaaaaaaaaaaa!! Kenapalah aku ni kaki bola? Huwaaaaaaa...

Updated! 7 Nov

Aku tak jadi turun stadium sebab akaun KFA tak balance. Heh...Acah je...Aku rasa nak demam la. Itu je. :-P

Rawkin' Weekend (Part II)

Hanya ada tiga 'Paradise City' dalam hidup aku: Ipoh, KL & Georgetown. Anyway, I did promise to upload more pixs on Rawkin' Weekend, right? So, here goes...

Location:
Georgetown city centre, Gurney Drive, Padang Kota
& Batu Feringgi, Penang

All pixs by:
Yatt & Nadia

The Riadz
Tunggu posmen?

Beca, beca! Ehh..tidur plak brader ni!

Awan yang terpilu? Huhu.

Deena dalam hitam putih.

Ada nampak kepala Loch Ness? Haha.

Heritage I

Heritage II

Waa, ada jugak jalan aku kat sana.
('Amoi' is one of my nicknames)

Ya, Deena memang tengah gila pink!
Arghhh, silaunya mata aku!;-P

The Riadz di sana sini.

The Riadz di sana sinun.

Tuesday, November 4, 2008

Rawkin' Weekend (Part I)

Start busy dah. Buah hati aku yang berdua tu demam pulak.
Anyway, kasi tengok ini gambar dulu lah, wokehh? Later, people.






All pixs by Yatt, Nadia & Deena
(Deena tangkap gambo tengah-tengah tu)

 
The Olskool RockaMomma © 2009 Designed by eddvedder