Monday, June 30, 2008

Viva Espana!

(Pix: AP Photo/Keystone, Laurent Gilleron)

Viva Espana!
Okay, enough about EURO 2008 (and that lame rambut biru commercial). Time for me to apply the eye treatment film (thanks for those sleepless nights). Heh, kalau dah perempuan tu, perempuan jugak la kan? Hehe.

Next countdown: The Dark Knight lah, apa lagi?

Saturday, June 28, 2008

Ada Apa Pada Deena?

Heavily-pregnant Dio menempek pada Deena several days before dia 'meletup'.

Slash (nampak ekor je) pun sibuk nak lepak dengan Deena gak.

Yatt beli drawing block dapat free makhluk ni ke pun? Hehe.


**Nota (takde kena-mengena dengan entry ni) :

Harian Metro, 27 Jun 2008 (m/s 28)
Tip Untuk Mengurangkan Tekanan Perbelanjaan
(ada 5 tip, tapi yang ni paling menonjol)
1. Merancang keluarga.

;-)

'Demam' Hampir Kebah

Just want to say that I'm supporting Spain tomorrow (itu la satu-satunya team aku pilih yang berjaya pegi jauh dalam Euro kali ni). Kepada yang tak minat bola tu, jangan risau. Tinggal lagi beberapa jam je untuk aku pokpek pasal Euro 2008 dalam blog ni. Lagi dua tahun (Insya Allah), aku start pokpek pasal World Cup pulak, worait? Hehe.

Btw, Turkey's veteran goalkeeper, Rustu Recber, announced his retirement from international football on 26 June 2008. Sigh. Tiba-tiba teringat Chilavert dan Barthez yang aku kagum (dan insiden punggung Barthez terexposed secara live on tv! Ehh..ke situ pulak..Hehe.).

The world's gonna miss you, Rustu!

(Pix: www.worldfootballers.com & http://cache.day/fe.com)

Thursday, June 26, 2008

Road Trippin': Cameron Highlands (Part II)

Sebenarnya, aku dah pegi Cameron Highlands several times. Tapi trip aku tiga beranak hari tu best sikit sebab kitorang tidur kat sana dua malam. Ingat kot tak sejuk, rupa-rupanya, makk aii! Boleh tahan jugak menggigilnya, especially time malam.

The only thing that I regret about this trip is that I forgot to bring a book to read. Anyway, here are a few pictures taken during the trip. Klik itu gambar la kalo mau kasi musat, worait?

Waterfall ni sebenonye kotor. Sayang betul.

Yatt kata Deena bukan fotogenik, tapi "fotogedik".
Tak caya, tengok la aksi-aksi dia kat atas ni. Hehehe.

Makan sayur baguih, elok untuk kulit. Tengoklah kulitkuuu...;-)
Haha, perasan la pulak!

Mencabar jugak nak naik ke Boh Tea Centre ni. Kitorang dah rasa macam Po (Kungfu Panda) time nak naik ke Jade Temple je dah. Semput!

Salah satu misi aku pegi Cameron Highlands ni ialah nak carik scones mana paling sedap
(dey, sape punya tangan tuuu?)

Yeahh, scones lagi. Sorry, gambarnya biru sebab kitorang makan di bawah atap lutsinar berwarna biru. Hehe.

Burppp!

Nampak tak Cik Deena nak enter frame dengan payung strawberrynya? Cis!

Kat sini letih la melayan soalan-soalan Deena. She's crazy about butterflies, dan asyik tanya aku connection butterflies dengan 'Mariposa'. Adus!
Lagi satu, selain tengah gila lagu "I Don't Wanna Miss A Thing", Deena suka sangat lagu "Rama-Rama". Bayangkan la, semua album Ella yang ada kat rumah aku ni dia suruh pasang sebab dia ingat semuanya ada "Rama-Rama". Padahal, aku mana la ada album yang ada lagu tu. Uhuk, uhuk. Letih nak explain.

Lorong-lorong tinggi dan restoran yang dipanggang/terpanggang (?).
Amusing. Btw, "pick your own strawberries" lah.

On the way nak balik Ipoh, and later, Kedah.
Sepanjang jalan tu, telinga aku dan Yatt 'masak' melayan "I Don't Wanna Miss A Thing", "Three Little Birds", "Iron Man" (dan entah apa lagi) versi Deena. Hehe.
(In this sweet shurrenderr eghhh..)


All pixs: Yatt & Aku

Whatever. Turkey, You Rock!

(Pix: AFP/Getty Images)

Unite Against Racism

(Pix: Getty Images)

Pagi ni dua kali aku rasa nak nangis.

Satu, aku rasa nak nangis sebab Turki main memang sangat sempoi, tapi sayang, kalah 2-3 dengan Jerman. Sebelum ni, orang kata Turki memang banyak bergantung pada nasib, tapi tadi, memang jelas dan nyata, Jerman sangat-sangat 'bergayut' pada nasibnya pulak. Just imagine, the Germans were against a so-called 'ailing' team (without key players etc), but they just managed to win with just one goal difference. Sigh. Honestly, Turkey was better.

Dua, yang paling buat aku rasa nak nangis ialah bila 3 KALI live telecast terblackout!! Tak pasal-pasal termiss 3 gol. Weyyyy, kejam betul! @##$%$!!%$%*

Apa pun, macam aku kata semalam, Euro 2008 sudahpun menjadi 'milik' Turki kerana semangat diorang yang terus berjuang, pantang menyerah kalah sehinggalah ke wisel penamat.

Dan bila tengok keadaan padang di St Jakob Park yang 'compang-comping', teringat pulak kat scene bolasepak kita. Kalau kalah, dah tentulah kita ada alasan. Boleh salahkan padang tu maaa....Hehehe. Jangan marah haa.

Whateverlah. Turkey, you rock!

Wednesday, June 25, 2008

Malam

Malam Semalam
Aku tengok Yazid (Lovehunters) dalam 'Down Memory Lane' kat TV1. Tapi malangnya, aku tak berapa dengar dia nyanyi apa (but rasanya dia cover lagu-lagu Bread) sebab Deena memekak sepanjang program tu - Dia bengang sebab aku tak bagi tengok channel favorite dia. Isyy. Anyway, aku suka Lovehunters, dan kalau tak silap dulu ada reporter yang kata Yazid tu macam Jon Bon Jovi. Hehe.

Malam Ini
Malam ni (pagi karang sebenonye) aku nak tengok Jerman vs Turki. Turki takde 9 players sebab injury & kena kad, sampaikan coach diorang, Fatih Terim mungkin terpaksa turunkan third goalkeeper untuk defend or jadik attacking midfielder. Woah, this I really gotta see. Tak kisah lah kalau Jerman menang pun. Bagi aku, Euro 2008 sudahpun jadi 'milik' Turki.

Happy 'Birthday' Blog!

Excerpt:
What's actually a blog?
Oon Yeoh, The Star, 19 June

"Blogs weren't originally meant to detail activities of a person's daily life of musings. They were originally used by geeks to share with other geeks the various interesting articles, postings and tools that they found on the web. The general formula used involved three key components - an extract, embedded links and personal commentary.


The ethos of classical blogging is very different from that of online diary blogging. The former is designed for the reader to come in, read what the blogger has to say about a particular topic and then move on to the original source of the story (which can be found by clicking on the embedded links). Such blogs are not meant to be sticky but to inform you about something the blogger discovered and wants to share.

The latter is designed for you to come in and hang around for a while. To read the witty or irreverent stories and to enjoy the pretty or funny pictures that accompanies them. In other words, they are meant to be sticky, not to send you away to some other site."


I think, I would like to define my blog as "classical, and meant to be sticky." Okey tak? Hehehe. Anyway, hari ni genap tiga tahun dah aku blogging. Kinda proud jugak to be among some 500,000 bloggers in Malaysia. Bolehlah.

Whatever it is, to my fans (cewahhh), terima kasih sebab selalu singgah sini. And to those who just hate me/disagree with me, but keep on coming back to read my blog, well, this song is especially for you. Enjoy!



The more you ignore me,
The closer I get
You're wasting your time.

Heheheheh!;-P

Song: The More You Ignore Me, The Closer I Get
Artist/Album: Morrissey (Vauxhall and I; 1994)

Sunday, June 22, 2008

Another One Bites The Dust

Holland was beaten 1-3 by Russia?! Adusss, bungkuih lagi team favorite. Anyway, with that kind of perseverance and superb pace, Russia definitely deserved to win.

"And another one gone, and another one gone
Another one bites the dust."

Pagi esok aku rasa Spain macam okey nak masuk semi-final. Tapi jauh di sudut hati ini, (cewahhh), aku masih menaruh harapan pada Italy. Semoga ada magik nanti!

**********

Aku & 'Sentuhan' Russia


Cakap pasal Russia ni kan, teringat cerita Erbol, salah seorang translator yang ikut aku dan tiga lagi colleagues masa kitorang buat market visits ke Astana, Kazakhstan dua tahun dulu. Syok jugak sembang pasal bola dengan dia sebab dia pun kaki bola. Erbol ada bad experience masa dia pergi tengok bola dengan orang-orang Russia ni. Ada sekali tu time World Cup, dia saja travel ke Red Square, Moscow (kalau tak silap) sebab nak layan tengok bola kat skrin yang besar. Erbol kata, walaupun dia kulit putih, dia tetap dianggap bangsa asing dan teruk jugak kena harassed dengan skinheads Russia. Even kalau berdarah Kazakh+Russian, atapun Russian yang tinggal kat negara luar pun dikira bangsa asing. Tak tau la betul ke tak, tapi extreme kan?

Apa pun, ada satu benda pasal Russia yang aku suka. Ni ha, kereta Lada ni. Kereta buatan Russia ni nampak je kecik, tapi sempoi. Walaupun masa tu aku duduk bertiga kat belakang, memang tak terasa sempit langsung.

Aku naik kereta ni masa kat Almaty, Kazakhstan. Actually, ni lebih kurang macam teksi perebet sapu la. Kat Kazakhstan memang banyak teksi macam ni. It's their culture. Kalau takde transport, pergi tepi jalan, tahan je mana-mana kereta. Sure ada yang nak tumpangkan. Pandai-pandai la kaw-tim tambang dengan drivernya. Kitorang dulu merasa naik macam-macam 'teksi' - Dari jenis Lada ni sampai la ke Mercedes. Drivers pulak? Dari yang stailo habis (aku ingat lagi sorang mamat tu, siap dengan kasut Prada merah menyala! Fuhh) sampai la yang ke muka gangster tumpangkan kitorang. Hehe.

Btw, kebanyakan orang di Kazakhstan bercakap dalam bahasa Russia. Masa aku on duty (pix) kat satu trade fair kat Almaty, ini la yang aku dok hafal lebih kurang: "net" (sebut: nyet; maksud: tidak), "da" (maksud: ya), "spa sibo" (sebut: spasiba; maksud: terima kasih) dan "Ya ne govo'ryu po russki" (sebut: ya nyegavaru paruski; maksud: I don't speak Russian). Tapi kadang-kadang tu, kalau diorang datang booth aku dan banyak sangat tanya, aku bantai jawab cakap Perak dengan sebutan yang gila-gila piau! Hehehe!


Saturday, June 21, 2008

And I Love Her

I give her all my love

That's all I do

And if you saw my love

You'd love her too

I love her.


Pixs: Ahmad Riadz Mohd Radzi
Lyrics: And I Love Her (The Beatles - Album: A Hard Day's Night; 1964)



The Never-Say-Die Turks

(Pix: Getty Images)

Pagi ni, sekali lagi prediction Euro 2008 aku kantoi. The match between Croatia and Turkey was not that entertaining, especially in the first half. Dua-duanya liat nak mengalah. However, the whole affair suddenly turned dramatic in the final moments of the 30-minute extra time (gile betul semangat Turkey ni). Finally, Croatia was shown the exit, thanks to a great save by Rustu in the penalty shootout. Tak tau la macam mana Turkey bila jumpa Germany nanti. Kalau Rustu yang turun, aku harap dia tak buat silly mistake macam gol free yang dia bagi kat Croatia tu.

Hmm, anyway, lepas ni Holland vs Russia dan Spain vs Italy pulak. Tak tau la nak cakap. Teori yang mengatakan team yang ada banyak rehat between matches akan jadi lebih fit memang tak boleh pakai kali ni. Tengok saja Portugal. Dah la over-confident, kena titik habis je dengan Germany!

Yang nyatanya, musti syok tengok Holland vs Russia. Agak-agak Andrei Ashavin (Russia) dan Roman Pavlyuchenko (Russia) boleh lepas tak defence Holland. Hehe. Italy? Rasanya diorang macam baru bersemangat balik after their poor performances earlier. Tapi kalau good finishing masih takde dan sloppy, lepas tu main rentak slow-mo nak lawan Spain yang laju, hmm, alamat babai la jugak.

Well, anyway,
Go Rusty Rustu!
Adios Slaven "Rocker" Bilic!

Friday, June 20, 2008

Weezer & The Wonders Of YouTube

Supercool geeks, WEEZER released their sixth studio album dubbed 'The Red Album' earlier this month.


According to an article by Michelle Quinn (Los Angeles Times) :

"Three days after Weezer posted its music video "Pork & Beans" (a single from the album) on YouTube, 2.2 million people had watched it. And 65% of them were men.

The heavily male demographic surprised the band's marketing team, which three months ago wouldn't have been able to find out about the gender, or much else, of the people clicking on one of Weezer's videos. A feature called YouTube Insight, introduced in March, gives YouTube account holders who have uploaded videos to the site a range of statistics, charts, and maps about their audiences.

The data bring a little science to what has been the art of viral marketing and the potential for big changes in how bands, television shows, movies, and consumer products are promoted on the Internet."

(Click HERE for the full article.)

Refreshing and useful insights, right? (Satu lagi marketing tool yang bagus dan murah). Anyway, here's "Pork & Beans". Seperti biasa, lagu-lagu Weezer memang sentiasa comel.

Road Trippin': Cameron Highlands (Part I)

Kitorang tiga beranak tak jadi turun KL, tengok Sweet Charity. Bajet sure burst gila-gila kalau turun jugak (especially duit minyak la). Kitorang lepak Cameron Highlands instead. ;-)
More pixs of the trip coming soon.

Thursday, June 19, 2008

Lu Rocklah, Slaven!

"With the greatest respect to women,
football is the most beautiful thing in the world."
Slaven Bilić

Pix: www.skysports.com

Aku cakap kat Yatt, aku suka tengok coach Croatia ni. Nampak macam rugged je.
Rupa-rupanya dia memang mat rock! Haha. Check this out:-
Hanya Rawk N Roll

The Last Entry: Here Comes The Russians!

Russia is the last team to reach the Euro 2008 quarter-finals after beating Sweden 2-0.

Anyway, out of the eight team which I picked to qualify for the quarter-finals, only two (Czech Republic & Greece) didn't make it (Itali tu kira nasib baik ajelah..Haiyaaa..).

I predict these teams to advance to the semi-finals (sebab diorang ni berjaya buat aku kompom ternganga kekaguman dek kerana skill, speed, strategi dan jugak magik yang diorang ada):-
  • Portugal
  • Croatia
  • The Netherlands
  • Spain
And I hope to see Portugal and The Netherlands in the finale on 30 June.
(Spain vs Portugal pun worait jugak, tapi tak tau le..Holland tu kuat semacam la. Isk..iskk).

As for now, this kaki-bola is going to take a nap before letting herself 'glued' to the tv again in a few hours. Next: Brazil vs Argentina, South African World Cup 2010 qualifying match. ;-)

Til later, people. Hwaffghff...Zzzzzz...

Eh jap, jap. This Saturday, final FA Cup between Kedah & Selangor, kan? FAM, yennadey?? Ada worang ka mau turun stadium? Hehe.


Updated! 20 June 2008
Portugal's out?! Off goes my prediction. Sigh. ;-(


Friday, June 13, 2008

Bulan Jun, 12 Tahun Dulu...

PANGKOR 1996
Come Out And Play!

Jun, 1996 - Some of the guys & girls kelas aku masa ESL kat PPP/ITM
buat trip pergi Pangkor. Ini antara trip paling happening masa zaman muda-muda dulu. Hehe.
(Azrul, ingat lagi tak?...;-))

Kitorang punya batch ni tersangat la sensitif pada lagu "I Believe I Can Fly" (R. Kelly).
Sebab? Hahahaha, hanya batch ADP 3 (1995-1997) saja yang mengerti.

Azie, Lin, Aiza, Ridzuan, Zizie, Din, Imran, Khairy...Mana la korang sekarang ye? Harap-harapnya ada la yang terbaca blog aku ni. Especially si Nik (mamat berbaju merah corak kotak-kotak tu). Bukan apa, tengah demam Euro macam sekarang ni, aku sure teringat kat Nik sebab dulu, dia la yang paling rajin layan aku bergaduh pasal bola (dan juga banyak meng'cover' aku kalau aku ponteng kelas). Heheh...

Err, cakap pasal Pangkor ni kan, rasanya tahun 1996 tu la last sekali aku pergi sana. Woah, sudah berkurun lama tu. Kena repeat ni.

Don't Look Back In Anger

Okey, okey. The rockin' mood's back. Aku ni bukannya boleh emo lama-lama sangat. Nanti aku rasa bersalah pulak lepas meluahkan apa yang aku rasa tak betul dan buat aku marah. Heh. Selalu macam ni tau. Ehek, ehek. Boring betul. ;-P


Malam semalam aku sembang dengan Mama jap. "Jangan suka pendam-pendam ni; Kita ni kena selalu maafkan orang," kata dia. Ehh, Mama ni macam tau-tau je gejolak dalam dadaku ini (Wacehhhh! Gejolak gitu! Hehehe). Padahal bukannya aku story apa-apa pun kat dia. Macam biasalah. Itu memang perangai aku.

Hmm, dasat kan naluri seorang ibu? Dari dalam telefon pun dia boleh baca isi hati kita. Heh.
Okeylah, sudah-sudahlah. Jangan ambik port lagi dah.
Don't look back in anger ye, Puan Nadia? ;-)

Anyway, today is Mama's 55th birthday. Happy birthday, Mama. You'll always be my strength, and the reason for me to live and move on.

Mama's holding my bro, Dedek.
And moi? The one yang kepala besaq & berbaju pink tu..Hehe. Pink??

"Mama I just want you to know,
Loving you is like food to my soul."

Thursday, June 12, 2008

Of Cromok

Petikan 'Ke Mana Hilangnya Cromok?' (HM, 12 Jun 2008)

"Dua tiga hari ini, pejabat SS kerap dikunjungi pemuzik 'otai' seperti Butterfinger (memang dieja macam ni) dan Putra. Tertanya-tanya SS ke mana hilangnya Cromok kerana bagi SS, aliran muzik dibawa Cromok itu jika digabung dengan pemuzik indie seperti Hujan dan Meet Uncle Hussein, boleh bertambah meriah dunia hiburan kita."

Thanks for the publicity. But, Cromok is a class of its own. Cehh, sungguh bongkak kipas-susah-mati Cromok yang sekor ni ye? Hehe.

Anyway, cakap pasal Putra (otai?), teringat lagu "Kain Cinta Putih" yang sampai sekarang aku tak faham liriknya.

Kain putih yang ku berikan padamu
Kini pudar warna-warnanya

Haaaa? Ada berapa shades of white on the kain? Hehe. Jangan marah haaa..

Sambung, sambung...

Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api

;-)

Go Portugal!

Pagi tadi aku tengok Portugal vs Czech Republic dengan Deena & Yatt. Deena macam biasakla...Sure pok-pek tanya itu ini. Adehhh..

Mana Nuno kawan Mama tu?
(Yess, Nuno memang kawan Mama pun. Hehe)

Nape yang hitam tu tak menang? Dia tak main pun?
(Hitam tu jersey goalie, Cik. Pastu tempat di memang kat situ, kat tepi. Dia jaga gol. Mana boleh lari jauh-jauh).

Nape Atuk tu ada kat situ pulak?
(Atuk?)

Time ni aku dah gelakkan Deena. 'Atuk' yang dia cakap tu sebenonya coach Czech, Karel Brueckner. Memang otai macam atuk pun. Hehehe.

Ala, Mama ni suka gelakkan Deena!! Tak nak kawan Mama! Pegi la kat kawan Mama tadi tu!
(I wish I can! Haha)

Apa pun, GO PORTUGAL! Harapnya Czech menang masa lawan Turki nanti.

P/s: Siapa perasan kaum kerabat yang dok kat Platini tu? Husyy, best kan jadik diorang. Heh.


Anyway, ni gambo-gambo latest Deena & Slash.
Baikkk punya port, ye Encik Slash?


Wednesday, June 11, 2008

To The Shallow Hater

(WARNING: Ini entry super EMO)


"Jangan kau pandang hina
Terhadap diriku ini
Aku juga manusia sama sepertimu
Walaupun kita berbeza, penampilan diri ini
Aku juga punya hati, jiwa dan perasaan."

Orang Planet - Republic of Brickfields (Ganjaran; 2006)

***************

Betty's SMSes:
- Ko bkn pakai bj nampak bra pun.
- Aku rasa malaun ni ada masalah konfiden diri, sbb dia nampak salah ko je.
- Kalu x suka jgn le tgk. X suka tapi nak tgk gak. Aargh! Sekor je yang mcm c****a.

Yatt said:
- Ala, jangan layan. Orang macam tu dia naik syok kalau kita layan. Buat tak tau dah.

***************

Normally, I do not let myself to dwell so much on what other people think or say about me ("Tak peduli kata orang terhadap dirinya." Remember?). But not this time because it involved my dignity. I would be very unfair to myself if I choose to remain silent and let it go. (Tak payah la aku cerita apa kesnya dengan detail. It was just a dakwah gone wrong, I think).

I am not saying what this particular person wrote to me was wrong. But, I was just appalled by the way the message was conveyed. The feeling of being judged for what I wear, was bad enough. And being judged by someone so unknown (with a name too hideous to be revealed, I supposed) was even annoying. Or maybe, this 'unknown' person was actually someone I knew; Someone who finally found a tiny space to spill the grudge against me that he/she has been holding up for so long.

Whatever, whoever! The feeling was definitely worse than some friends coming up to me and say, "Ko semakin debab" straight to my face! (Serious? Waa..sungguh emo kan? Haha.)

Anyway, dear Hater. Stop being shallow. Stop judging me from what you see or what you read in this blog of mine.

I know, I am too irresistible to be ignored, right? Hehehe.

Pathetic?

Well, I can be pathetic. Just like my t-shirt says here:

Muahahahaha!
"Don't damn me, when I speak a piece of mind.
'Cause silence isn't golden, when I'm holding it inside."


So, Hater. Kalau tak suka tengok apa yang ada kat sini, sila tutup mata anda.

I'll sulk no more.


Tuesday, June 10, 2008

Strange Sangat Ke Kamu?

Aku tengah menyiapkan sambungan bahagian pertama artikel tentang lagu-lagu Red Hot Chili Peppers untuk kolum Lacuna (Read: LaKUna). Dalam bahagian kedua ni, aku kena 'bongkar' kisah lagu-lagu yang ada dalam album 'One Hot Minute' sampailah ke 'Stadium Arcadium'. Masa menulis tentang "Around The World" dan ternampak-nampak Flea dengan aksi lawaknya membelasah bass memainkan intro lagu ni, baru aku teringat balik satu benda.

Masa lepak dengan Abang Dan kat kedai dia dulu, dia pasang lagu Budgie yang ini: "Breadfan". Dia suruh teka lagu apa, aku dengan konfidennya jawab "Lagu Red Hotlah!" Haha! Tapi memang riffs pada intro "Around The World" tu sebijik dengan "Breadfan". Bezanya, dalam versi Budgie, intro tu dimainkan dengan lead guitar. Ceh, dah berkurun lama baru aku nak perasan.

"Breadfan" versi Metallica pun sempoi jugak. Tight! Masa aku baca salah satu biografi Metallica dulu, kalau tak silap aku, Lars Ulrich yang suka sangat Budgie. Tapi kenapa Ulrich dan Metallica pilih "Breadfan" untuk 'dicover' (??), aku tak sure. Sebab? Sebab sampai hari ni aku still belum habis baca biografi tu. Hehe, macam yang pernah aku cakap dulu la, "sayang" nak habiskan. Sayang?? Heii, strangelah Cik Nad ni. Cehh, strange sangat ke kamu? Perasanlah. Kamu bukan strange, tapi macam bagoss je. ;-)

Anyway, here it is: "Breadfan"
(Album: Never Turn Your Back On A Friend; 1973).



Hmm, teringat kata-kata A. Samad Said:
"Sukar untuk memperoleh sesuatu keaslian (originality) yang sepenuhnya. Setiap karya adalah bayangan atau kilatan karya lain, baik secara sedar, mahupun tidak."

Dan aku rasa, this applies to music as well.


T-Shirtku Yang Superego

Hey you!

Okay?

Well..

Oh whatever.
It's...


Got it, punk?
I'm still...


And you still suck!

;-P

All pixs: Nadia
All t-shirts: Nadia (except the first one: itu Yatt punye).

Got the idea while I was moody last evening. Heheh. So, lain kali buat la aku jadik moody lagi. Kompom keluo sume idea aku. Haha.


Hallo Oranje!

The last time the Netherlands beat Italy they
went on to reach the 1978 FIFA World Cup final.


Hmm, sebenonya aku maleh nak pok-pek pasal games pusingan awal EURO 2008 yang tengah hot ni ha. Sebab? Maleh nak memboringkan those non-kaki bola. Heh. Tapi game between Italy and The Netherlands pagi tadi aku memang tak boleh nak ignore. Memang wajib aku tulis jugak kat sini. Tambah pulak dua-dua team ni memang pilihan aku untuk ke next round. Heyy, gile ko? Itali kena 3 bijik??! Haiyaa. Memang nampak kesan Cannavaro takde. Midfield, defense semua hampeh. Second half okay sikit, tapi tu lah. Moral down kot? (Aku punya moral lagiii down sebab Cannavaro takde. Heheh). Maybe dengan barisan yang ada, the Italians have become very predictable to the Dutchmen. Kena buat something oi, Encik Donadoni!

Anyway, The Netherlands was great and brilliant from the beginning! Just look at those players at the front - Kecik-kecik molek semuanya (kecuali Ruud Van Nistelrooy ye?), tapi sangat cargas! Aku rasa gol paling best, gol Sneijder. Hasil set-piece yang sangat bijak.

And yes, Italy vs The Netherlands is the best game so far.

Monday, June 9, 2008

Holier Than Thou, You Are.

Listen to me, singing this:

Endless, Nameless...Shameless! Thanks, Anonymous.

"Here it comes again
Straight through the heart!"
Straight Through The Heart - Dio (Holy Diver; 1983)

Sejujurnya, aku suka kalau ada yang sudi nak komen, nak kutuk di blog aku ni. Aku tak kisah. Lagipun, kalau ada komen, bermakna ada jugak yang sudi lepak sini. Tapi, seboleh-bolehnya biarlah berhemah dan berhikmah. Janganlah komen yang bertujuan baik tu sampai mengaibkan si tuan empunya blog. Lebih teruk, berselindung diri pulak sebalik komen tu. Keberanian dan kredibiliti serta bertanggung jawab atas apa yang dikomen, adalah lebih bagus dan dialu-alukan di sini, dan juga dunia blogging secara keseluruhannya. Kerana bagi aku, (kadang-kadang) "anonymous", hanyalah mereka yang pengecut aka tak bertel..Err..Eh, sorry. Aa..nevermind. Hehe. Mintak maaf.

Anyway, terima kasih kepada seorang "anonymous" yang baik hati dan sudi menegur aku yang takde la "strange" mana pun ni (gempak je lebih, hehe). Betul la apa yang dikata tu. My bad. Terima kasih sebab mengingatkan sebab kadang-kadang aku ni terlupa. (Dan jangan risau, aku dah maafkan).

Kata arwah Opah aku, kalau kena tegur dengan ikhlas, maknanya ada jugak yang sayang pada kita. Kalau orang tu tak ingatkan, tak tegur perbuatan tak elok kita, maknanya dia memang nak kita ni melingkup, kata Opah. Ye la kot, kan?

So, terima kasih "anonymous" yang satu! Sayang kat aku ye? ;-)

P/s: Fuhh, lepas ni sure lagi ramai "anonymous" dan species nameless nak belasah aku ni. Hahaha...But sorrylah, no more! My dignity's at stake. Lepas ni aku kena moderate dulu, brader..Kuikuikuiiii..;-P Peace.

Saturday, June 7, 2008

Kalaulah...

Aku baru lepas layan tengok klip-klip festival 'Electric Weekend' di Getafe, Spain yang berlangsung hujung bulan lepas. Mak aii, teruja habis aku tengok Cavalera Conspiracy main balik lagu Sepultura "Territory" dan Metallica main "Creeping Death". Tapi rasanya yang paling buat aku teruja bila tengok Zack de la Rocha rockin' dengan RATM lagu "Sleep Now in the Fire". Gempak, gempak!


Alangkah beshnya kalo aku ada kat Getafe time tu...Uhuk..uhuk..

Btw, kepada kaki-kaki bola, selamat melayan EURO! Dan kepada yang bukan kaki bola, syyyhh...Dok diam-diam. Pergi tengok wayang ke apa. Tak payah susah-susah nak faham kami, ataupun nak faham thrill di sebalik seni dan strategi mengejar sebiji bola ke sana ke mari, wokehh?
Peace. Luv. Respect. ;-)

Sudah bersiap-sedia! Jadual sudah tampey..Hehe

Friday, June 6, 2008

Headbangin' Termites?

I woke up this morning and surprised to see several termites trying to have a super 'breakfast' - They were about to feast on the pages of the book which I put near the wall, next to the mattress that I slept on last night.

I read that termites become more active and chew through wood twice as fast when they 'hear' loud music such as heavy metal. Hmm, I'm not sure how true this is. Anyway, one thing for sure, after we, a bunch of metal heads, moved in this rented house, we started to notice the appearance of these creatures. Heh.

But, termites do not have ears (camno pulak deme nak dengo lagu rock??). They communicate through walls with vibrations (kalau tak silap, by banging on the walls). Maybe the music that we hear everyday in the house is loud enough (or rock habis) to stimulate those pests or create some kind of a vibration that signals to them: Makan laju sket *wah oii!.. Agaknyelah kot? Heheheh...Me and my imagination!

Gambo hiasan semata-mata. Jangan la ada buku aku menerima nasib tragik seperti ni. Especially buku 'Five Against One' aku. Nangis weyy!

* Kalo orang Perak kata "wah" means "sayang", "manja" dan sewaktu dengannya. So, here "wah oii" means "sayang oii" lebih kurang gitu. ;-)

Thursday, June 5, 2008

78 Sen

Malam semalam kitorang tiga beranak lepak kat kedai Kak Teh, pekena roti jala dan mihun goreng. Sambil tu, dok perati queue kereta yang panjang berjela tengah tunggu nak isi minyak kat Shell opposite kedai kitorang lepak tu.

Err, gomen kata harga minyak naik 78 sen seliter mulai 5 Jun ke, atau minyak akan dijual buat kali TERAKHIR pada 5 Jun? Haha. Kiasu, kiasu.

Apa pun, kepada yang berkereta beso tu, semoga anda lebih tabah ye? Dan kepada marhaen berstatus ikan bilis macam aku ni, well, well... "Ubahlah gaya hidup, tanam sayur, makan ubi kayu, balik kampung naik bas"...Haha, yeah, right! Good luck to us lah! ;-P

Err, btw, golongan yang memimpin, no need to change your lifestyle, okay? We, the rakyat, can manage. Malaysia boleh, maaa...

P/s: Teringat kisah pemimpin-pemimpin agung seperti Khalifah Umar bin Khatab dan cucunya, Umar bin Abdul Aziz yang sanggup hidup sederhana. Umar yang memerintah pada era Daulah Umawiyyah itu, contohnya, rela berbincang dengan puteranya dalam keadaan gelap-gelita daripada menggunakan lampu dan minyak milik kerajaan.


Wednesday, June 4, 2008

Makan-Makan, Jalan-Jalan

Amidst busy attending kenduris di musim cuti sekolah ni, kitorang sempat jalan-jalan & lepak-lepak. ;-)

TAMAN D.R. SEENIVASAGAM, IPOH
(31 Mei 2008)

Nak pose ala kat Abbey Road le kengkunun,
last-last sume jadik macam robot. Hahaha!

"Malam ini kitakan bertemu, tunggu di bawah lampuuuu..." Hehe.
Thrasher bergambo kat Taman D.R.? Cheh! Tapi jangan nak perlecehkan taman ni ye, Tuan-tuan. Kat sini dulu Sweet Charity pun pernah buat konsert & opening actnya SYJ. Kalau tak silap aku la.

Aku pernah kena 'saman' kat spot bertanda merah tu. Saman masa masuk satu pertandingan lalu-lintas & undang-undang jalan raya kat sekolah rendah dulu (masa tu aku bawak basikal). Kalau tak silap Shell yang organize. Anyway, cuba tengok si Deena tu. Patut kena saman jugak tu! Hehe.

Gelungsur paling nostalgia bagi aku. Lepas main kat sini, kalau punggung tak melecet tak sah. Hehe. Balik rumah kompom kena 'berkipeh' depan kipas angin, nak hilangkan rasa pedih.

ZOO TAIPING
1 JUN 2008

Kat dalam train kat zoo.

Yeahhh! We love elephants! Dan gajah yang sekor ni nakal sket, sempat gak dia 'cuit' punggung aku dengan belalai dia. Hehehe... Apa lagi, sampai hari ni Deena kecoh pasal insiden ni. Kuikuikuiii...

(All pixs by: Aku & Yatt)


Cannavaro's Out?! Tidakk!

Pagi ni Yatt sms aku:

"Cannavaro out! X main euro. Ankle injured mase training.
Sad but true. Sabo le ye." --->
ada unsur-unsur nak perangat nih!

Hah! Fabio Cannavaro is out of EURO??!!....Argh, macam mana la boleh berlaga teruk sekali dengan si Giorgio Chiellini tu? Kenapa la praktis beriye bebeno wah oiii? Haiya, this is bad omen. Dah la Itali dalam 'The Group of Death'! Memang la football is about teamwork, tapi kalau kapten yang out camno ni? Argh, tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Tak mungkin! Huwaaa...


Monday, June 2, 2008

Like A Hobo

"Dia tu keras hati. Degil. Very independent. Selama ni pun takde nyusahkan orang."

Hmm. Lepas dengar someone cakap camni pasal aku, aku rasa bersemangat balik lepas rasa macam loser (dan terasa seperti 'seketul' liabiliti) semenjak dua menjak ni.

Et vous, mon père,
"I've made up my mind, I ain't wasting no more time."



Nota: (Rasanya aku pernah mention aku suka lagu Whitesnake yang ni sebelum ni). Anyway, ini versi original "Here I Go Again" (Album: Saints & Sinners - 1982). Iye, mamat bermisai ganas yang main keyboard tu Jon Lord. Hehe. Bagi aku, walaupun versi yang ada dalam album 'Whitesnake' (1987) lebih heavy, versi yang ini lebih jujur dan berjiwa. Tapi tak kisahlah, janji dua-dua versi ada 'pekikan' trademark David Coverdale "Here I Goooo!..." tu. Hensem habis!

 
The Olskool RockaMomma © 2009 Designed by eddvedder