Friday, May 30, 2008

Kengkawan Yang Berduit

Hari tu aku layan filem ni: 'Friends with Money' (2006). Menarik dan simple. Dan, kadang-kadang watak lakonan Jennifer Aniston tu macam terkena batang hidung aku sendiri. Hehehehe..Err, tang mana? Heh, tang pokai la apa lagi? (Nota: Jadi kemungkinan kecik la aku turun konsert Sweet Charity bulan depan :-P).

Hmm, maybe aku patut ulang layan filem 'The Pursuit Of Happyness' dan 'Cinderella Man' lagi kot?...

Thursday, May 29, 2008

Hikmah

Kata Yatt, Bandar Mahkota Cheras kecoh lagi malam semalam. Kecoh pasal tembok penghalang yang sekat jalan masuk ke area tu (tak payah lalu tol Grand Saga). Kalau la aku still duduk kat Bandar Tun Hussein Onn, tak dapat aku bayangkan betapa jemnya area tu masa kalut-kalut macam tu. Dah la semalam ada pasar malam kat Cheras Perdana. Mau jem dari Phoenix kot? Haiya...

Hmm, anyway, ingat lagi tak dulu aku pernah cerita hari aku nak beli rumah kat Bandar Mahkota tu lah Yatt dapat berita dia kena transfer ke Alor Star? Well, hari ni aku dah nampak hikmahnya. ;-)

Biarlah aku telan air liur je bila orang sibuk-sibuk bercerita pasal nak beli rumah. Belum rezeki. Lagipun setakat ni, aku still happy. Hehe.

But sometimes, I do miss this.
(Location: Bandar Tun Hussein Onn)

Wednesday, May 28, 2008

Apa Ini Ribut-Ribut?

Ribut 1
Ketua Pengarah Istana Budaya kata dia bagi AF buat konsert kat Istana Budaya "untuk memikat orang muda datang ke sana". Huh?! Bukan semua orang muda hadap sangat AF tu, brader. Daripada AF, baik la bagi Search, Wings & May but konsert 'rockestra'. Haha, korang yang tak rock tu, jangan marah haa...

Ribut 2
Awie Wings bising-bising. Kata dia, dia tak suka istilah 'rock kapak'. Kononnya bunyinya negatif, rock tak jadi. Okey la kan, daripada dikutuk 'rock leleh' yang patut dikapak saja penyanyinya bang oi!... Yatt kata dia nak menyiasat siapa la punye kerja, memandai-mandai labelkan rock Melayu 'rock kapak' nih. Haha, worait gak tu.

Ribut 3
Zubir si wartawan yang gila 'meneropong' kata band Hujan bodoh sombong pasal satu isu yang berkait dengan AF. Hmm, aku tak tau cerita sebenarnya, dan aku bukan 'fan' kedua-duanya. Tapi aku harap Hujan will come forward dan counter statement itu, especially tentang pandangan dangkal Zubir tentang band-band indie dan underground. But first thing first, harapnya band tu ada la fakta-fakta dan bukti-bukti bernas. Kang kalau fight buta je, alamat jadi la macam kes Pulau Batu Putih. Hehe.

Tuesday, May 27, 2008

Pour Mon Père

Into the flood again
Same old trip it was back then
So I made a big mistake
Try to see it once my way

Am I wrong?
Have I run too far to get home?

"Would?"
Dirt; 1992


Monday, May 26, 2008

Puisi Buat Mereka

Ilham datang ketika makan aiskrim di Taman Tasik Taiping,
25 Mei 2008.

Pixs: Aku
Location: Bukit Wang, Jitra

Sunday, May 25, 2008

Indy

"Archaeologists, in general, are very excited whenever a new Indiana Jones film comes along, because usually it provokes a dramatic increase in the enrollment in our courses."
Brian Rose, Presiden Archaeological Institute of America

Malam tadi, kitorang tiga beranak pegi tengok filem 'Indiana Jones & The Kingdom of the Crystal Skull'. Not bad (Indy survived a nuclear blast this time, terer melampau tak?). Cuma aku kureng berkenan tang aliens tu. Heh.
Apa pun, aku rasa 'Temple of the Doom' lagi worait kot?

Wokeh. Next: Kungfu Panda & Hancock.


Saturday, May 24, 2008

Mama Tak Cantik!

Deena kecik, Deena besor.


(All pixs by Ahmad Riadz Mohd Radzi)


Ada satu hari tu Deena tak nak pegi nursery. Jenuh aku pujuk, tapi dia tak nak jugak. Aku tanya dia, kenapa? Dia jawab,
"Deena tak nak pegi sekolah sebab Kak Na kata Mama Deena tak cantik!"
Laaaa...

Aku tak tau macam mana nak react. Terharu ada jugak sikit sebab dia protes (cara dia lah) orang lain kutuk Mama dia. Heh.

Tapi, "Mama Deena tak cantik??!"

Kak Na tu budak umur 6 tahun; dan budak kecik selalunya sangat jujur bila bercakap pasal cantik vs tak cantik. So, yang ni aku tau macam mana nak react...

Tak cantik? Huwaaaaaaaaaaaa!!! ;-P

Friday, May 23, 2008

Menyedut Semangat Red Hot Chili Peppers

Aku sedang membuat research tentang lagu-lagu Red Hot Chili Peppers (RHCP). Antara lagu-lagu RHCP yang aku suka ialah "Suck My Kiss". Beberapa adegan yang ada dalam klip video lagu ini dirakamkan ketika RHCP 'bertapa' dalam sebuah mansion (berhampiran rumah-rumah mereka) untuk menyiapkan album 'Blood Sugar Sex Magik'. Keseluruhan sesi rakaman ini turut dimuatkan dalam sebuah dokumentari bertajuk 'Funky Monks'.

Bila menonton klip ini, aku teringat aksi-aksi nakal RHCP mengusik seorang 'boomgirl' dalam 'Funky Monks'. Teringat juga kisah Chad Smith yang tidak turut serta bertapa di mansion itu bersama Anthony Kiedis, Flea dan John Frusciante sepanjang sesi rakaman album tersebut. Menurut cerita Anthony dalam buku 'Scar Tissue', mansion itu berhantu dan kerana itu, Chad enggan bermalam dan sanggup berulang-alik menaiki motosikal dari rumahnya ke situ setiap hari! Heheh.

So, here it is. Hit me, you can't hurt me...Suck my kiss! (sila buat-buat tak dengar je kalau terdengar sebarang unsur carutan dalam lagu ini, wokey?).


Is she talkin' dirty?...

Never Give Up

Read this several weeks ago...

The comedian behind Mr Bean, Rowan Atkinson, had a very bad stutter as a young boy and had problems pronouncing the letter "B". He overcame this by over-enunciating his words, which then turned into a comic element in his performances.
(Patut le dia sebut "B" pelik sket bunyinya..Heheh..Tetiba teringat mamat ni dalam klip Boyzone "Picture of You." ;-))




Football star David Beckham suffers from obsessive-compulsive disorder (OCD), which causes him to be obsessed with constant cleanliness and perfection around him. For example, everything around him has to be in pairs, so if there are three items on the table, one has to be removed, or another added.
(Patut le dia ada lebih daripada satu BMW dalam koleksi kereta-kereta mewahnya kot?..Heheh).

Thursday, May 22, 2008

Kataklysm

Ahah! Kataklysm's latest album 'Prevail' will be released tomorrow. Honestly, after discovering this Canadian death metal band through the song "Rays of Ra" in 'Death...Is Just The Beginning IV' (Part 2) compilation (that was in 1997..lama gile tu!), I never thought that I would listen to them again.

Anyway, after listening to the sweltering "Prevail" posted on their MySpace, I was hooked.

Hati pun dah start meronta-ronta, tak nyabor-nyabor, nak sambar album ni (ekspresi yang over, seperti biasa. Hehe!) Hmm, mungkin sesuai untuk dilayan sambil aku mula membongkar dan menulis tentang lagu-lagu Red Hot Chili Peppers nanti.

Apa pun, hail Kataklysm!

Ke Moscow

22 Mei 2008
Tengah malam/pagi buta

'Terbang' ke Moscow bersama Yatt untuk menonton Champions League Final. Tak kisahlah sama ada MU atau Chelsea yang menang pun. Yang penting, sambil-sambil tu dapat membiasa-biasakan fizikal dan mental untuk menghadap EURO pulak.
Heheh.

Opps, sebelum terlupa, kalau rajin, sila ke SINI dan pilihlah apa yang patut ye?
Macihhhh! ;-)


Tuesday, May 20, 2008

Kasut Rasmi Rockers Malaya

Kapakkk tak? Heheh.
Nak lagi cerita & gambo, sila klik: HANYA RAWK N ROLL

Aku Mahu Oven!

Apabila ditanya tentang tubuhnya yang voluptous, Nigella Lawson dengan penuh yakin menjawab:


"Well I know I'm never going to be a size zero, nor do I want to be...I've got a small build but a lot of flesh on it, so if I eat less, I would probably be a smaller person. But one makes choices in life - I once heard (model-actress) Elizabeth Hurley say 'You make a choice, either jeans or the cookie jar'. Well, she has chosen jeans and I've chosen the cookie jar and we're both happy with our choices!"

Aku suka jawapan si English Muffin ini. Dan gaya kerjanya yang penuh passionate ketika di dapur membuatkan aku teringinkan sebuah oven. ;-) (macam mana la gaya dia ni time buat cekodok gamaknye ye? heheheh).

Spring Cleaning

"More than kisses, letters mingle souls."

Aku baru je habis buat spring cleaning kat rumah. Habis stor aku punggah. Punya la banyak benda mengarut aku simpan rupa-rupanya. Hehe. Diari-diari sejak sekolah rendah (banyak rahsia tu oiii!), kotak-kotak kosong (tak tau apsal aku simpan!), skrip drama yang aku tulis, proposal tesis, cerpen-cerpen, puisi, fanzines, even teks pidato masa aku masuk pertandingan pidato piala diraja tahun 1994 (kot) pun ada lagi. Lunyai habis! Dan paling banyak, kad-kad raya dan surat-surat masa aku dok berkoresponden dengan pen-pals sejak sekolah rendah sampailah bila aku bergerak kencang (?) dalam dunia 'bawahtanah' dulu (Ya, aku memang kaki tulis surat, dan surat aku pulak panjang berjela semestinya!).

Mula-mula aku ingat nak buang je semua ni. Tapi tak boleh la. Aku sayang sangat. Especially surat-surat tu semua. ;-P


Monday, May 19, 2008

Was Hurt


And I feel that time's a wasted go
So where ya going to tomorrow?
And I see that these are lies to come
Would you even care?

And I feel it
And I feel it

"Plush" - Stone Temple Pilots
(Core; 1992)

Friday, May 16, 2008

It Ain't Love If...

"...I smell your skin on the empty pillow next to mine..."


HM still reigns, so my other half is having
a vacation in Jakarta & Bandung.
Sigh. Miss him already.
Jiwang karat?!
Haha, well,
"It ain't love if you don't feel that way."


Another Brain-Exercising

I find the book 'Lords of Chaos', which I'm currently reading, quite a drag. Last night, I placed that book back in the rack and switched to 'To Kill A Mockingbird'. I started to read the first few pages while 'mentally' singing The Boo Radley's "It's Lulu". It gelled.


Thursday, May 15, 2008

Smells Like Teen Spirit vs Rayuan Di Puncak Genting



I just finished writing the sequel to the article on Nirvana's songs which I was working on since last month (last month??). As always, when it comes to writing a piece on one of the greatest bands on earth, I would strangely feel an unexplained kind of chill. (Pressure tau tulis pasal band yang gempak-gempak nih!)

To get over that feeling and to ensure that my mind stay focused, I would usually listen to a totally 'opposite' type of music while I write. A music that I could just ignore at that moment. (Lagipun, aku tak boleh nak concentrate sangat kalau layan lagu Nirvana sambil menulis pasal diorang sebab nanti aku asyik sibuk menyanyi pulak! Hehe!).

And yesterday, I wrote while listening to Alleycats' '30 Tahun Bersama' (Vol.2) CD (bukan album seperti dalam gambar di atas!). Writing about "Smells Like Teen Spirit" while "Rayuan Di Puncak Genting" blaring out loud?... Yep, that's my way to stay focused.

I guess I share this way with Cyborg, a friend of mine - He likes to do his paperwork while listening to Hindi atau Tamil songs.

"Aku tak boleh buat kerja dalam suasana senyap sunyi la. Itu pasal aku pasang lagu kuat-kuat." He said.

Apa pasal lagu Hindustan pulak?

"Aku nakkan muzik yang aku boleh ignore dan tak kacau konsentrasi aku. Tu je." He added.

Samalah kita, Borg. ;-)

***

Nota: Btw, satu kedai muzik di City Plaza, Alor Star ada menjual koleksi album-album Alleycats yang agak rare (bagi generasi aku la kot?). Salah satu yang aku dan Yatt jumpa di situ ialah sebuah album yang menampilkan Alleycats bersama salah seorang line-up berbangsa mat saleh.

Wednesday, May 14, 2008

Siapa Lagi Lanun?

"Cetak rompak adalah kerja orang dalam salah"
"Cetak Rompak" - M. Nasir
(Lagu-lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan; 1986)


Sejak tinggal di Kedah dan menjadi surirumah yang ayu (wacehhh!) dengan dompet yang agak nipis (hehe), aku semakin setia menjadi penyokong lanun cetak rompak. Maaf, tapi nak buat macam mana? Harga beras dah naik oi! Hahaha, ye la tu! Dan sejak tinggal di sini jugak, baru aku perasan betapa parahnya masalah cetak rompak di negara kita ni (dulu aku buat-buat tak perasan ke, atau tak ada masa langsung nak meninjau dan berfikir? Hmm, well...).

Anyway, ketepikan isu memuat turun lagu secara haram, dan fikirkan yang ini:
SIAPA LAGI LANUN?

SATU
Mereka yang menjual CD cetak rompak di mana-mana saja secara jujur dan tanpa berselindung. CD ini boleh dipilih melalui katalog dan boleh dibeli dengan harga hanya RM5 sekeping. Tanpa kotak, tetapi jika dibeli lima keping CD sekaligus (yang pastinya ada 'bonus track'), untung-untung boleh diberikan harga istimewa: RM20 sahaja. Dan ya, tak mustahil untuk mendapat CD yang menghimpunkan lagu-lagu Hujan dan Meet Uncle Hussain serta di'rojakkan' pula dengan "Ketahuan" oleh Matta.

Atau

DUA
Mereka yang menjual CD cetak rompak yang dipakej semula dengan memberikan 'ilusi' ianya tulen: Lengkap dengan sticker pengesahan 'asli' (yang sebenarnya dicetak rompak juga), kotak plastik serta dibalut pula dengan plastik di luarnya. CD ini dijual sebagai CD yang 'asli' dengan harga di antara RM9-15. CD ini juga disusun cantik-cantik pada rak, dan dijual di kedai kaset/rekod di pasar raya atau pusat membeli-belah ternama.

Tuesday, May 13, 2008

Come Back And Haunt Me


I'm watching you
Watch over me
And I've got
The greatest view from here.

"The Greatest View" - Silverchair (Diorama; 2002)

Bengong To Normal



Hari ni mood bengong aku dah kembali normal; Kembali happy dan comel macam lagu bebudak *MUCK ni ha (klip di atas). Aku ingat nak menulis sambungan artikel "Nikmati Nirvana" (part 2) untuk kolum 'Lacuna' aku tu. Mesti siap dalam masa dua hari, kata Abg. Rom. "Okey, bos!"--->Macam Deena selalu cakap kat aku bila aku suruh dia buat apa-apa. Hehe.

Anyway, cakap pasal Nirvana, baru aku perasan. Macam manalah aku boleh tak kupas cerita di sebalik "Even In His Youth" hah? Antara lagu favorite aku tu!

*Nota: Petang semalam aku bersms dengan Ducktoi, bertanyakan tentang album debut MUCK yang bakal muncul tahun ni. Kata dia, diorang baru siap record lapan lagu. Hmm, takpe, teman musti tunggu kome punyalah. Steady yop! ;-)

Satu Tip Untuk Meng'cover'...

"A big handbag will make a big butt looks smaller!" So says Carson Kressley, the fashion expert from 'Queer Eye' (Queer Eye for the Straight Guy). There you go. ;-)

So guys, jangan la kutuk awek-awek yang suka kelek beg yang besor-besor tu. It's all for a good reason, and 'fashionably correct', duh!

But, as long as the bag is chic enough la kan? Hehe.

Anyway, girls, please be extra careful when carrying your handbags. Nak bergaya ke, nak cover pungkoq ke, still kena beringat, ye tak? Bumi Malaysia ni bukan lagi tempat yang selamat untuk species kita, sis!

Monday, May 12, 2008

She's Gonna Rule The World!

While I was watching Beyonce's video clip "Listen" on YouTube (ye, tuan-tuan dan puan-puan, saya suka lagu ini), I found this awesome Filipino girl:

Charice Pempengco



Nope! Itu bukan miming, okey? Haha! Dasat kan? And she's only 16. Her talent is made famous by YouTube. Tak caya jugak, try tengok dia perform kat 'Ellen Show' ni pulak:



And Charice will be in Oprah's show today, 12 May 2008.
Gempak tul! Cayalah!

And our talents? Kebanyakannya (tak kira yang dah top, baru nak top atau top suam-suam kuku), nak lepas masuk negara-negara jiran sebelah pun terkial-kial, dan banyak sangat alasan.
Haha, jangan marah ha.

Okay, gtg, people. Gonna be in burzum (?), for a while.

Fille, mon père?

"She once believed in every story he had to tell
One day she stiffened, took the other side."

Nothingman (Pearl Jam; Vitalogy - 1994)


I feel a little bit down these few days. Itu pasal takde mood nak blogging kerana energy yang ada sudah condong ke arah yang negatif saja.

Anyway, to a particular YOU, whom will always make me feel like a loser :

"He who forgets, will be destined to remember."



I know, I'm a nobody, but "..coulda' been something, nothingman.."


Thursday, May 8, 2008

Meghaban

Kita yang kena berjimat-cermat.
Kita yang kena mula tanam sayur.

Gaji minima?! Hahaha. Bila la tuuuuu!

Sigh. Kesian kita.

P/s: Satu lagi nama kampung yang unik aku baru discover kat Kedah ni. 'Kampung Teluk Talipon'. Cool ek? Hehe.

P/s lagi: Ohh hoo, rupanya Meet Uncle Hussain dan Hujan akan menuju ke sini malam lusa. Hah, menarik nih! ;-)

Updated! 11 Mei 2008
Kitorang tak pegi pun tengok dua band tu perform sebab err...entahlah. Terasa tua ghenta! "Out-of-crowd". Kuikuikuiiiiiiii...

Monday, May 5, 2008

Iron Man & Deena The Legend

"He was turned to steel..."
Iron Man - Black Sabbath (Paranoid; 1970)


Another happily occupied weekend, as always. Padat dengan aktiviti-aktiviti tak dok umah. Hehe. Malam semalam kitorang tiga beranak tengok 'Iron Man' kat port biasa. Walaupun startingnya agak slow, tapi overall filem ni sempoi. Heh, tapi kadang-kadang tu rasa macam tengok cite 'Transformers', or 'Ultraman' pun ada jugak. Haha. Whatever it is, it's a fun-to-watch movie, and the music is great too (salah satu track dalam OSTnya dibawakan oleh Suicidal Tendencies). And yeah, kudos to Robert Downey Jr! You nailed it!

Tapi ada satu cite lawak. Dalam salah satu scene yang agak tensed, dan semua orang dalam panggung tengah senyap sunyi memfokuskan sepenuh perhatian, dengan selambanya si Deena kentut!! Bunyi baikkkk punya! Aiyooo, malunye! Aku tengok Deena tersengih-sengih je. Cis! Jenuh la kitorang tiga beranak kontrol gelak. Hahahaha. Deena, Deena, awak memang legend!

Balik tu, kitorang sambung gelak lagi dan Deena tak habis-habis cakap, "Sorry, sebab Deena kentut dalam wayang. Hehehe!"

Next: Indiana Jones lah!

Saturday, May 3, 2008

Sepak Angin?

Believe it or not, last night I played futsal for the first time in my whole life! Haha! Actually ada several girls kat office tu semuanya tengah busy dengan projek nak kurus, so diorang ni la yang nak main futsal. Aku pun join sebab aku memang dah lama nak try main futsal ni sejak tengok 'Gol & Gincu'. Saje la, nampak macam best. Since tak cukup korum, several guys join la sekali. Kira macam team campuran yang lawak dan lauk la. Aku satu team dengan Yatt. Aku ni mana la reti langsung main menatang ni, hmm..Belasah je lah! Sepak angin banyak la kot? Hehehehe! Oklah, janji tercapai jugak impian aku. Semalam baru la aku faham kenapa kengkawan aku main bola masa kecik-kecik dulu tak nak aku join team diorang. I sucked big time, haha!

Yang nyatanya, habis terkejut beruk semua otot-otot badanku! Ye la, when was the last time I actually played any sports? (kecuali netball, semua aku dah main). Rasanya berbelas-belas tahun yang lepas kot? I stopped playing any sports when lemak semakin banyak and I got stressed out and chickened out as well thinking about segala bentuk 'gegaran' ala gempa bumi yang akan berlaku secara tak sengaja dan yang akan diperhatikan oleh orang lain. Heheh.

And now, argh! Pedulikan gegaran! Futsal, cycling..bla..bla..Bring it on! Fuh, bersemangat betui aku ni. Wakakaka!

Updated! 9 Mei 2008
Malam semalam berfutsal lagi, dan dah terer sikit kot? Ada la jugak score!! Hell, yeahhhh!!..Heheheheh..

Friday, May 2, 2008

Road Trippin': Langkawi

Yatt, Deena and I went to Langkawi several weeks ago. It was a great trip. Among the our best moments there:

  • The three of us holding hands, strolling along the beach under the moonlight (Eh, was there a moon? Ok, oklah, I only imagined there was one. Hehe)
  • I spent my mornings reading on the beach - I read one of Sophie Kinsella's 'Shopaholic' books and several books that I bought in a second-hand bookstore near our chalet. (Thought of putting on my bikini, but segan pulak eh kat lembu-lembu yang melepak kat tepi pantai Chenang tuuuu...Bikini? Gile ko? Habis tersedak rumput lembu-lembu tu kang! Hahahahaha!)
Anyway, here are some of the pixs taken during our trip:

Alien, maybe?

Good morning, Chenang beach!

Senja di Chenang.

Budak kecik dengan rambut ala Slash tu tak lain tak bukan, Cik Deena kita la tu.

Sebenonye aku teringin nak naik menatang dalam gambo ni (is it paragliding? Not sure lah.)
Tapi kang, sure Deena nak ikut punya! Ish!

Patutnya Yatt ambik gambo dari depan.
Baru la nampak aku dengan t-shirt Sepultura ku. Aiseh!

At Tanjung Rhu beach. Yes, kitorang meronda satu Langkawi ni. Rasanya semua beach kitorang gi usha. Anyway, bila aku cerita kat member yang aku mandi-manda kat sini, member aku tu terkejut. "Huii! Tak beghani la pi situ! Situ la adik artis tu lemas dulu!" Sigh. What a killjoy, she was. Tak adventure kalu, toksah pi. Senang je.

Aksi gediks semulajadi.

Gediks lagi.

In the background is Langkawi International Airport.

On the way nak mengusha pantai belah Awana Porto Malai nun.

Langkawi cable-car ride. Best gile! Tapi tak puas sebab Deena tak minat nak jalan-jalan bila dah sampai kat Gunung Mat Chincang tu. Dia syok stay dalam cable-car je. Cis! Tak merasa aku nak lepak makan aiskrim kat atas tu sambil melayan angan-angan dan tengok pemandangan indah. Yatt pulak ingat nak bersembang dengan Lee Inas, ex-kartunis Gila-Gila yang bukak gerai karikatur kat salah satu platform kat atas tu. Tapi tu la, Deena ni bikin spoil lah. Takpe, ada alasan nak pegi lagi ni. Hehehe.

Yang pastinya, kitorang akan mengulang lagi ke sini. ;-)
Hmm, anyway, what's next, my dear Yatt? Siam kot? Hehe.

Rimas & Cranky

Ada beberapa benda yang akan buat aku rimas dan cranky tak tentu hala secara otomatik. Satu, kalau aku lapo gile. Dua, kalau rumah aku tak kemas dan lantai pulak melekit-lekit. Husyyy! Boleh bengang sehari suntuk.

Dua tiga hari ni aku ingat nak kemas rumah dan mengemop lantai la konon sebelum aku start rimas dan cranky. Tapi, tu la, dah dua hari berturut-turut aku terpaksa tukar plan. Pagi semalam, aku kena basuh cadar, sarung bantal dan selimut sebab Deena kencing tilam. Pagi ni pulak, aku kena basuh sarung kusyen sebab salah sekor kucing pulak sesuka hati kencing kat sofa. Aiyaaa!

Nak marah, Deena dan kucing tu bukan sengaja. Take a deep breath, Nadia..Breathe in, breath out...

Hey, ni semua bikin aku lapo lah! Baik aku makan cepat sebelum aku start cranky, ye tak? Heheh...


Thursday, May 1, 2008

My First Byline

Yeahhhh! This time, with byline!..Alhamdulillah.
Check this out, my friends: My Story

P/s: Haraf maaf, saya memang sentiasa suka terover teruja begini. Hehe.

'Kasut' Baru, 'Ray-Ban' Baru

Petang semalam aku pegi cover satu function kat Sri Mentaloon. Dah lama aku tak pegi function rasmi, berprotokol macam tu. Ye la, masa aku kerja dulu, kalau function macam tu sure aku kena jadi usherer dengan fake smiles (haha!), takpun jadi emcee. But yesterday, I was in different shoes. Rasa lain, tapi best. Kuih lapis berwarna janggal (not the usual pink and white layers) yang dihidang pun rasa lebih lemak dan manis. ;-)

Lagi manis (this is a different story), spek hitam yang aku dan Yatt tempah dah siap semalam. Sempoi! Bukan apa, aku dah pencen dari pakai contact lens sebab mata aku kering. Dulu, masa aku nyaris tak masuk hospital, doktor mata tu dah cakap, better pakai spek je. Tapi, aku yang degil. Rasa macam tak rock dan tak jambu kalau pakai spek. Hahahahahaha! Perasan..perasan! So, aku belasah pakai jugak contact lens, more particularly kalau aku nak melaram dengan spek hitam. Rasa 'ringan' dan 'lega' especially tang hidung. (Huh?)

But this is it. From now onwards, no more contact lens. Aku sayang mata ku yang hazel. Wacehhhhhh!... (Sila muntah kalau anda terasa mual. Heheheh).

Oh, btw, "Selamat Hari Pekerja" kepada semua yang bekerja. ;-)

 
The Olskool RockaMomma © 2009 Designed by eddvedder