Friday, March 28, 2008

Of AWOL Players & FAM

(continued)

Ooops FAM did it again!


Case 1
27 March 2008 (The Star)
Delayed action by the FA of Malaysia (FAM) disciplinary board has left both Terengganu and Perak seeing red ahead of their FA Cup second-round second-leg matches today (27 March). The disciplinary board met on March 13 but they only informed the teams in a fax on Tuesday (25 March) of additional punishments on players who were red-carded in Super League matches last year.

Case 2
27 March 2008 (The Star)
Four Selangor players are in hot water and may face the wrath of the FAM for leaving camp before final session of a three-day clinic for strikers conducted by Liverpool legend Ian Rush on Wednesday (26 March). They left the camp prematurely to train with the Selangor team, who have a FA Cup second-round second-leg match against Perak tonight (27 March).

Well, well. No wonder Malaysia's FIFA ranking dropped to 165 last February.

Looking at these two cases, I personally think that it all can be traced back to FAM and its 'efficient' management with respect to game-scheduling and instilling the appropriate focus and goals in the minds of players, coaches and other parties who are directly involved in improving the Malaysian football scene.

The scene cannot afford another year of catastrophic schedules (it's already March, by the way). And it definitely cannot afford to see another bunch of players to be sent for skill-improving clinics or trainings, when they are already cuddled up in their comfort zone, or rather, seasoned. Just set up more programs which are tailored to the young blood instead (still boleh dilentur).

Notes:-
  • Ooohhh...purak-purak bingung ya, Cik Dollah? Or maybe you were just being REAL?
  • And you, my dear! Yes YOU up there! Stop that devilish grin on your face. We don't want to see you bringing in Chelsea (and God knows which teams are next) to belasah Malaysia again! Start weeding out the roots of the problems, savvy? Kerja! Kerja!
And as for moi, I must stop being swooned by the fact that Rooney can afford a three-million pound wedding. Haha. It's time to pack, nak balik kampunglah.

Ipoh, here I come!



Err..ni kat Batu Gajah nun. Yatt punya kampung daa.


Til later, dudes. Have a nice weekend!


Adios, FA Cup 2008!

Hmm, nampaknya Perak takde rezeki nak tapau FA Cup tahun ni. Takpe. Sebagai seorang penyokong beremosi profesional (cewahhh!) aku anggap kalah memang ni biasa je. Macam aku selalu tulis, bola sepak ni realitinya selalu kejam. Hehe. Bak kata The Beatles, let it be. Rileks. Sejak aku tengok betapa bughuk bebenonye perangai seorang penyokong lawan berpangkat makcik tua ghenta (anak-anak dah beso) dan bertudung terjerit pekik kutuk penyokong Perak (termasuk aku yang lalu tepi dia) dalam satu game dulu (Perak kalah in that game), dan sejak aku baca sms yang macam bebudak hingusan dalam newspapers, aku nekad. Aku tak nak jadi macam diorang. Aku seorang penyokong beremosi profesional. ;-) Aku cuma akan menangis sebab gumbira atau sedih dalam mana-mana final je. Hehe.

Tapi, heran jugak. Ikut komen-komen geng-geng kat Yob4Ever, stamina Perak kureeeng sikit malam tadi (sori sebab tak follow from the radio ke apa time game tu sebab aku satu family tengah syok melantak kat Old Town Kopitiam. Aloq Staq). What happened? Dulu, ye, ada several players yang memang tak boleh bertahan 90 minit, tapi ada la strateginya. Takde hal. Boleh menang jugak. Tapi, lately ni? Hmmm...Musykil. Letih sebab jadual padat sangat? Ntah la. Who's to blame? It's either the game strategy, or the players themselves - considering the ailing standard of football in the country lah kan? (coach-factor is very subjective, I think).

Heh, sure ada yang kata, aku ni cakap je pandai. Well, of courselah. If not, buat apa aku blogging? Kalau aku terer sangat, for sure aku dah ada kat padang. Tapi, err..takat jadi ball-picker je kot? Heheh. ;-P Jangan marah aaa.

Kejor je la apa-apa pun, Yop! Teman tetap support! ;-)

(to be continued)



Thursday, March 27, 2008

Kata-katanya Mengesankan


"Jangan jadi kiri dalam tulisan; kanan dalam kehidupan."

Ayat ini seolah-olah terlompat keluar dari mukasuratnya dan hidup tiba-tiba.

Memang payah untuk patuh kepada falsafah ini. Tapi, intinya relevan, walaupun subjek-subjek yang aku tulis berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh A. Samad Said ini.

Yang aku pasti, aku tak mahu hidup sekadar tahu meneropong, kerana itu satu keberanian yang dungu.



Ugly Kid Jane Loves Ugly Kid Joe

"Is this some sort of hip music that I don't understand?"

Dua tiga hari ni, Yatt asyik layan Ugly Kid Joe. Tak tau apasal. Kata dia, sekarang ni susah nak cari band species macam ni. Ha ah, agreed. Memang payah nak cari band yang lama boleh melekat dalam kepala. Tapi tu mungkin simptom biasa bila generasi baru pulak yang take over. Untuk Generasi-X macam aku dan Yatt, yang makin matang, memang payah la nak termakan dek band-band yang ada sekarang ni. Tambah pulak kalau liriknya tak mencabar sampai pening kepala nak fikir maksudnya ("Black Hole Sun?", anyone?), ataupun muziknya macam 'kosong' sangat (no solo meh? Aiseh, cannot lor...).


Anyway, berbalik pada Ugly Kid Joe. Aku memang suka EP diorang 'As Ugly As They Wanna Be' (1991) dan lagu favorite aku ialah "Madman". Lagu ni jugak buat aku tak teragak-agak nak beli album 'America's Least Wanted' yang keluar pada 1992. Dan album ni jugak la yang ada lagu kegilaan ramai tu, "Everything About You" dan lagu-lagu lain yang tak kurang mantapnya macam "Neighbor", "Goddamn Devil", "Busy Bee", "So Damn Cool" dan "Mr. Recordman" (juga antara lagu favorite untuk jamming bebudak kolej/sekolah zaman dulu).


Back then, rasanya siapa yang tak perasan populariti lagu ni memang la ketinggalan kapal terbang. Sebab lagu ni ada jugak keluar kat radio, tapi rasanya versi yang bersih dan selamat la. Dah la tu, lagu ni ada jugak dilambakkan dalam kompilasi ni: 'Hit Wave' (1992). Satu kompilasi yang agak kejam, tak ada belas kesian. Kejam? Haha, kenapa pulak?

Sebab, first tracknya, Ugly Kid Joe dan "Everything About You" dan lepas tu terus ke track kedua, "I Love Your Smile" (Shanice). Hahahaha! Itu belum kira lagu Ce Ce Peniston, PM Dawn, Amy Grant, Boyz II Men dan Vanessa Williams yang dilambakkan sekali. Aku beli jugak album ni sebab kesian tengok Ugly Kid Joe terkontang-kanting dalam album tu (you guys have no idea how crazy I was about Whitfield Crane and the band that time!) Heh, takdelah. Aku beli sebab rasa selesa sikit nak dengar dalam kereta Mama. Ye la, when everything was mixed or dumped together like that, Ugly Kid Joe seemed safe. ;-)

But then again, it's just a compilation album where selling is everything. Kalau la itu mix tape, memang fail punyalah! Dah I hate everything about you semua, tiba-tiba lepas tu, I love your smile pulak? Haha, mungkin tidak!

Anyway, Ugly Kid Joe's glory days were rather short-lived. Sad but true. Huwaaa! Lepas release 'Menace to Sobriety' dan 'Motel California' diorang berpecah pada 1996. Tapi Whitfield Crane (yang cun) still rockin' dengan band Another Animal.

P/s: Their version of Sabbath's "N.I.B" pun sempoi!!

Wednesday, March 26, 2008

Insane In The Membrane

Kak Sya forwarded an e-mail to me which contained several photos showing how pissed off some women can be when cheated by their spouses/boyfriends.
(Klik itu gambar aaa kalu mau kasi busat..)


This way is cheaper (to do), but the impact is not that bad. It's just a car, anyway. Replaceable.


This is another cheaper alternative, and better, because it is likely to get more attention from more people. (But, easily forgotten)


And if ready to burn a hole in the pocket, these two alternatives are perfect:-

The soon-to-be ex-wife should've put her spouse's fullname lah!


And this, the Mother of all!...Muahahahaha!


The impact? Priceless.


Tuesday, March 25, 2008

Mood Jiwang

"Love is knockin' outside the door."

Encik Ahmad, it's 11 more days to 'that' sixth year. Just feel like listening to this song. (Look at those hair!*drooling*..Hehe). Yes, this band's still around. They'll play at the Sweden Rock Festival in June.

Take it away, Tesla!



"Love Song" ('The Great Radio Controversy'; 1989)
Versi ini dipetik daripada album live 'Five Man Acoustical Jam' (1990) yang dirakamkan di Philadelphia, Pennsylvania.

Lil' Child

I saw an advertisement about child safety by Les' Copaque Production Sdn Bhd on TV1 the other day ("Biarkan anak anda menangis. Jangan kita menangis.."). The ad is tailored both to children and parents, and I must say that it delivers well. It's short and cute, and most importantly, it's easier to understand, particularly for a pre-schooler like my Deena. I don't think kids of Deena's age will easily remember and get the intended message from an ad filled with a mouthful of words (and rules... like the other ad shown on TV lah!). Anyway, kudos to Les' Copaque!

Talking about child safety, I read about the 'Hamtaro watch'. It's a child locator/alarm (Click here: Ultra Consulting ). Well, it may come in handy especially when we go shopping with our kids. But, I just wish the alarm is available in more designs and colors.

Apa pun, ni semua hanyalah devices, yang penting, mak bapak jangan la menganga je walau kat mana-mana pun, ye tak? ;-)

P/s: Err, aku rasa macam kenal je orang kuat Ultra Consulting tu. Rasanya line-up band underground: Seasonal Abyss. Aku pernah interview diorang dulu. Hmm.


Monday, March 24, 2008

Tak Ada Negara Utk Lelaki-Lelaki Tua


Layan filem ni a few days back. Bila teringat stunner yang macam tangki oksigen kecik tu, otomatik aku rasa nak muntah!
Nape la aku gatey beli cite ni?..Haiyaaa...

Tapi Yatt kata Rambo 4 lagi ganeh gile!

Heiii...tak kesior teman nak nengok!...

Entah Apa-Apa!

Ohhh, dulu diorang tak boleh!
Dah tu, sekarang korang boleh pulak?!
Pelik, pelik.
Korang yang kononnya Melayu tu dah terbalik!

Senario yang memualkan ini membuatkan aku terasa nak mengulang baca kisah di Sauk (kerana itu ada kaitannya dengan 'konsep' yang sama: derhaka), sambil mendengar "Symphony of Destruction" berulang kali. (We dance like marionettes, swaying to the symphony of destruction...)

Tapi bagi aku, ini tak penting bagi aku hari ini. Hanya untuk hari ini. Kerana apa? Kerana malam ini yang lebih penting bagi aku hanyalah perhitungan di Stadium Darul Aman.

Mungkinkah resultnya sama seperti Manchester United vs Liverpool malam tadi? Mari kita tengok siapa yang kenaaaaa! Muahahahaha!

P/s: Terima kasih Ustaz Azizan kerana malam ni masuk free. Tapi errr...aku tak, err.. ehem..kurang berani nak tengok live. Kat sini? Heh. Kurang berani..kurang berani..

Update! Malam, 24 Mac
1-5??...Tidakkkkk!!! Huwaaaaaaa...


Sunday, March 23, 2008

Petang Sabtu, Selepas Hujan


Di balik kumpulan awan yang berarak
Ada cahaya yang terpancar
Mencelahi warna yang tadinya kelabu

Setelah Hujan - Search
(Di Pintu Sepi; 1988)





Petang Sabtu, 22 Mac 2008 (lepaih hujan)
Aku, Yatt & Deena menghabiskan masa meronda-ronda naik kereta di sepanjang jalan Kodiang-Kangar sambil layan Radiohead dan Pablo Honey dan pekena goreng pisang pekan Tunjang.

Yatt bawak kitorang singgah tengok rumah-rumah yang baru lepas kena ribut kat Kampung Kodiang Dalam. Hmm, menengokkan jalan-jalan yang ada, dan rumah-rumah yang masih lagi beratap dan berdindingkan nipah, aku rasa ada banyak lagi benda lain yang lebih sesuai dan mungkin diperlukan di kawasan ni dan sekitarnya - daripada pembangunan sukan air. Rasanyalah!... (Mukhriz kena kerja keras ni...).

Nota: Gambo Yatt tangkap di ateh tu hanya hiasan semata-mata. Itu gambo kat tempat lain. Hehe. Tak banyak view best petang semalam, bendang pun tengah dibajak. Later la ye, lepas kitorang pegi menjelajah Gua Kerbau kat sana nanti mungkin akan ada banyak gambo. ;-)


Friday, March 21, 2008

Jin Pakai Toncet?

Arghhh! Ada jugak di kalangan famili aku sendiri yang masih tak kebah-kebah 'demam'nya. Sigh. Buat aku teringat Faisal Tehrani berkisah tentang jin-jin di negeri Fantasia dalam Advencer Si Peniup Ney.

"Lihat sahaja senarai jin yang mahu jadi artis. Sudah terlekat dalam kepala mereka itu, jika jadi artis duit pun banyak, muka pun glamor, maklumlah muka tersiar dalam akhbar dan majalah hari-hari. Kadangkala apabila bergambar itu, mereka dapat berjalan ke sana sini dan direndam di dalam lombong atau bergayut di pucuk jering sambil didedahkanlah sana sini sedikit-sedikit. Haram sedikit tak apalah, buat-buatlah hukumnya harus.

Dan untuk menjadikan cita-cita itu tampak murni, atau nampak macam sejalan dengan agama, maka sebutlah niat masuk pertandingan menyanyi itu adalah untuk menolong ibu bapa, atau kerana nak sara anak, atau kerana minat dan sudah ditakdirkan berbakat. Jadi, kalau Tuhan sudah beri bakat begitu besar, kenapa tidak mahu digunakan? Atau diberikan pula alasan mahu hantar nenek dan datuk naik haji, dan ada juga yang ada hati mengaku dengan menyanyi di konsert itu memberi sumbangan kepada bangsa jin sejagat.

...

Maka lupalah remaja akan tujuan hidup di muka bumi, seolah-olah yang dilahirkan ke bumi ini ialah jin-jin yang hanya tahu ronggeng saja sampai mati. Hanya tahu bergelek bergedik sampai ke hujung nyawa. Selagi tidak tergedik, selagi itu tidak tercapai matlamat hidup.

Tengok sahajalah senarai yang masuk uji bakat, maka adalah jin lembik longlai, jin gagah menerjah, jin rambut kuning tercacak-cacak, mak jin beranak dua, bapak jin beranak tiga, jin banyak bulu lagi seksi, jin tidak ada jantina, jin muda berhingus, jin perasan entah apa-apa, jin perasan jadi penyanyi superstar, jin botak, jin perasan kacak, jin rambut cecah lutut, jin banyak bulu ketiak, jin miang, jin tayang alat sulit, jin suka genyeh hidung, jin suka korek tahi telinga, jin suka sesama jantina, jin nyanyi macam kartun Jepun, jin tak ada pusat, jin pakai rantai emas sepuluh kati, jin buasir, jin banyak tahi lalat, jin banyak bulu hidung, jin suka tagih simpati, jin buta warna, jin ada halkum, jin tak ada halkum, jin bebal di sekolah, jin panas baran, jin warna hijau petola muda, jin ada tocang, jin mata kuning, jin tak ada pinggang, jin perangai mengada-ngada, jin suka meminta-minta, jin ada masalah mental, jin ada uban, jin pakai tudung, jin bernafsu, dan jin-jin yang tidak tersangka-sangkalah oleh kamus hidup jin."

;-p

Memories Unwind

We are reasons so unreal.


Yesterday, you should have been thirty-three, my friend.

P/s: "Well, no one knows, where our secrets go..."

Err..ada sesiapa akan pergi V Festival 2008 di Australia minggu depan? Sampaikan salam peluk cium aku pada Billy Corgan ye?..Huwaaaa...


Tuesday, March 18, 2008

Tinggal Kenangan

(Nota: entry yang sangat payah untuk aku habiskan...)


Yatt: Awak tau kan apa nama yang Spawn guna kat forum lama?
Aku: Tau, Flowerhorn kan?
Yatt: Ha ah, time tu dia ngan geng-geng Yob4Ever tengah gile ikan tu!


Masih aku ingat, Ahad lepas aku dan Yatt berbual-bual dan bergurau tentang nickname ahli-ahli forum Yob4Ever.Com, satu komuniti kelab penyokong pasukan bolasepak Perak di alam siber yang mana aku, Yatt dan Cik Cor (sepupu aku) adalah antara ahli-ahlinya. Antara ID atau nickname yang menjadi bualan kami ialah "Spawn", satu nama yang digunakan oleh salah seorang pengasas Yob4Ever yang paling komited, berjasa dan penuh passion dengan apa saja yang perkara yang dibuatnya. Namanya Ghazali Mazlan.

Spawn adalah antara mereka yang suka mengusik aku ketika aku masih lagi baru dalam dunia Yob4Ever. Dia juga antara mereka yang aku hormat dan ku anggap 'tai lo' di dalam forum. Setiap kali nama Spawn disebut, aku pasti akan teringat kepada arwah adiknya, Fizah. Fizah adalah antara teman baik yang pernah hadir membawa warna ke dalam hidup aku. Pertama kali aku mengenal Fizah adalah melalui sahabat karibku sewaktu di sekolah rendah dulu, Anim (mereka berdua tinggal di satu kawasan perumahan yang sama, Kampung Sri Ampang, Ipoh yang terletak tak jauh dari rumahku di Taman Desa Indah).

Fizah tua setahun daripada kami. Walaupun aku tak begitu rapat dengannya, kami mesra dan Fizah dikenali kerana sikapnya yang ramah dan gila-gila dan sentiasa memeriahkan suasana. Dia juga pernah menjadi 'posmen' antara aku dan seseorang (lucu pula apabila mengingatkan tugasan tak rasminya itu).

Persahabatan aku dengan Fizah terputus selepas aku mula bersekolah di KL pada 1993. Namun, daripada teman-teman lain, ada aku menerima berita tentang dirinya yang tiba-tiba terlantar sakit. Dan sekitar 2002 (kalau tak silap), Fizah dijemput Tuhan dalam usia yang begitu muda.

Sepanjang persahabatan kami, seingat aku, Fizah pernah menceritakan tentang salah seorang abangnya. Aku tak pernah bersua muka dengan abangnya yang diceritakannya itu, cuma yang aku ingat kata Fizah, abangnya yang bernama Ghazali itu sedikit garang. Dan, siapa sangka, Ghazali yang dimaksudkan itu adalah Spawn.

***

Petang 18 Mac 2008, aku dan Yatt dikejutkan dengan berita pemergian Spawn. Dia meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Klang.

Sebak! Tiba-tiba memori aku dan Fizah serta memori aku dan Spawn bercampur baur, terentang depan mata. Terbayang senyuman si abang dan si adik yang mirip. Teringat-ingat saat berkongsi suka duka ketika menonton Perak beraksi di stadium, terdengar-dengar suara Spawn yang merdu mendendangkan lagu ketika YobEver mengadakan annual dinner. Dan, paling aku tak boleh lupa, aku dan Spawn pernah begitu banyak berkongsi cerita dan rasa pada satu ketika. Berkongsi kenangan indahnya tentang padang bola berdekatan rumahku yang menjadi port lepak kegemarannya. Berkongsi kenangan indah kami bersama Fizah, sambil masing-masing cuba menyembunyikan rasa sebak yang berbuku.

Mungkin aku tidak seakrab mana dengan mereka. Dan mungkin juga memori aku bersama mereka seketika cuma. Tetapi, apa yang nyata, semuanya meninggalkan bekas.

Tiada lagi kelibat Kinta Warrior yang tangkas.

Buat Yop Spawn dan adiknya Fizah, Al-Fatihah.
Semoga roh kalian ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.



Allahyarham Ghazali Mazlan
(22 Okt 1966-18 Mac 2008)

Pix credit: Yob4Ever.Com









Update! 19 Mac 2008

Sebagai menghormati arwah, Yob4Ever.Com telah menutup forum selama seminggu mulai malam semalam.


Monday, March 17, 2008

ROTTW-Feb 2008


Dengar cerita, ramai yang getik tengok band ni jadi cover.
Tak tau la apasal. Haha!
Apa pun, suka ke tak suka band ni,
jangan lupa baca artikel aku sudah -
Aku tulis pasal "Negaraku". ;-)


Hujung Minggu Yang Ditunggu

Hujung minggu yang ditunggu-tunggu dah tiba! Ye la, setelah sekian lama aku dan Deena 'meminjamkan' masa kitorang pada Yatt dan kerja all-outnya untuk PRU12, last weekend kitorang tiga beranak joli katak! Yeeha!

Aku: "Kita nak pegi mana ye?"
Yatt: "The Mall, nak?"
Aku: (Sigh, ini le satu lagi lawak yang aku tak gemor...Huwaaaaaaa. Silap-silap boleh nangis. Haha!)

Sabtu
Lepas misi gastronomi merasa kueteow sup kat satu gerai kat Simpang Empat, kitorang tiga beranak terus pegi Sungai Petani. On the way tu, Yatt ikut jalan lama sepanjang Terusan Wan Mat Saman (yang dulunya takat baca dalam buku teks sekolah - err, kalau aku nak tangkap gambo tepi terusan tu nampak over tak? haha!) dan lalu depan pintu masuk rimba rekreasi Gunung Jerai. Otomatik teringat masa berekspedisi ke sinun masa muda-muda dulu. Heh.

Sampai Sungai Petani, aku dan Yatt bantai gelak gila babas bila ternampak saki baki poster kempen Si Dia tu! Hahahahahahah! No wonderlah 'menang'! Deena pun pelik tengok kitorang gelak, mungkin sebab melampau sangat kot? Hehehe. Lepas lepak Central Square, we were off to Seberang Jaya. Yatt nak jenguk-jenguk Karnival Futsal i-Metro-FAM Zon Utara. Fuhhh! Ramai gila orang join karnival tu! Syok gak tengok, tapi, Deena pulak buat perangai. Tak nak lepak. Cehh! So, kitorang balik Jitra. Sampai rumah, masak lebih kurang, makan dan zzzzz...

Ahad
Deena sekolah, so ini la masa untuk aku dan Yatt bertenet. Hehe. Pagi, lepas breakfast kat merket pekan Jitra nun, kitorang lepak Alor Star - borong DVD/CD/buku, macam biasa. Lepas tu balik Jitra dan tengok '10,000 B.C.' kat Jitra Mall. Hmm, since banyak fakta macam tak betul je, so, cerita ni ok-ok je kot? Special effects dia sempoi la jugak. Apa pun, macam biasa, kalau filem yang macam ni, aku lebih suka perati costume, make-up pelakon etc. Yang nyatanya, ramainya la dreadlock! (dan comel..;-))..


Ok, ok. Enough about the weekend. Ada lebih daripada cukup DVD/CD/buku nak dilayan. Dan err.. artikel-artikel yang terbengkalai, hmm, pun lebih daripada cukup.

Later, dudes!


Friday, March 14, 2008

Maka Berserilah...

Untuk:
Raja Dr. Nazrin Shah &
Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara

Maka dikhabarkan ke rakyat jelata,
Akan kelahiran anakanda putera,
Sekalung tahniah buat tuanku berdua,
Moga bertambahlah seri istana.

Alahai Si Kera

Alahai kera...kera..

Ibarat kera mendapat bunga,
Diberi betis hendakkan paha,
Yang kuning itu jangan dicerca,
Kelak bunga hilang, tinggal baunya!

Wednesday, March 12, 2008

Yang Aku Getik

WARNING: Ini entry skema yang menjengkelkan.

Ada beberapa situasi yang selalu membuatkan aku rasa bengang. Situasi biasa saja, tapi apabila sudah terlalu biasa dan banyak kali berlaku, secara otomatik terdetik rasa geram dan 'getik' dalam hati.

Apa dianya? Ini dia...

SITUASI SATU
(Telefon berdering)

Aku: Hello!

Unknown Caller: Hello! Sapa tu?

Aku: Awak tu sapa?

Unknown Caller: Dak, tu sapa tu?! (tak semena-mena dengan suara yang meninggi)

Aku: La, awak tu sapa? Nak cakap dengan sapa? (pun dengan suara yang mula meninggi juga)

Unknown Caller: Hey, tu kat mana tu?! (dengan nada seolah-olah bengang dengan aku)

Aku: (cilakak!) (masih kontrol marah) Ini Taman Tunku Sarina. Awak cari siapa?

Unknown Caller: Oh? (terus letak telefon bila sedar tersalah dail).

Alangkah bagusnya kalau aku tahu siapa yang dicarinya. Dalam kes di atas, si pemanggil misteri itu seorang perempuan. Dari nada suaranya, aku andaikan dia mungkin terkejut kerana seorang perempuan yang menjawab panggilannya. Mungkin dia sedang mencari suami/boyfriend/abang/adik lelakinya. Kalaulah aku tahu siapa, sudah tentu aku akan menjawabnya begini:

"Awak nak cakap dengan cik abang/abang/adik awak ke? Hmm, dia dalam bilik air skang! 'Letih' kot tadi..." (dengan nada yang sengaja dimanjakan - ala kucing purring -). ;-P


SITUASI DUA
Ini juga situasi biasa. Ia terjadi apabila aku log-in ke YM. Kadang-kadang aku agak sibuk juga, tapi dek kerana mesej berkelip-kelip, aku layan juga. Dan bila aku betul-betul bernafsu untuk terus bersembang di alam siber dan idea pula datang mencurah-curah dalam kepala, tiba-tiba saja teman aku bersembang tu lesap. Logged-off! Bukan kerana talian terganggu, tetapi ya, hanya begitu. Lesap!

Dan inilah faktor utama yang membuatkan aku cukup 'bercinta' untuk log-in dan lepak di YM. Dan sebab ini jugalah kadang-kadang aku terbertindak kejam secara tidak sengaja kepada mereka yang tidak ada kena-mengena.


SITUASI TIGA
Ini pula berlaku apabila kita memiliki 'inbox' tak kira di mana saja. Tapi dalam kes aku, 'inbox' aku di beberapa laman web yang biasa aku layari. Kadang-kadang memang teruja juga apabila melihat banyak mesej baru di 'inbox'. Dan nak tau apa yang membuatkan terdetik rasa getik?

Apabila kebanyakan mesejnya berbunyi begini: "Hi!" atau "Wat pe?".

Itu saja? Selepas meluangkan masa yang ada? Pernah tak mereka ini terfikir apa yang wajar aku jawab?


SITUASI EMPAT
Ini juga sangat biasa. Pernahkah anda menerima SMS yang bertubi-tubi daripada sesiapa yang anda kenali yang bertanyakan itu dan ini, tanpa bertanya dulu adakah anda berlapang dada dan masa untuk menjawabnya? Aku pernah, dan lebih malang, soalan-soalan itu pula memerlukan penjelasan dan jawapan yang spesifik.

Nak tau apa yang membuatkan terdetik rasa getik lagi sekali?

Apabila selepas jawapan-jawapannya dijawab, makhluk yang bertanya juga lesap, tanpa menjelaskan langsung apa tujuannya bertanya.

Pernah tak makhluk yang bertanya itu terfikir betapa ruginya SMS si tukang jawab, dan berapa bakul pula perkataan mencarut yang aku hamburkan tanpa sedar?


SITUASI LIMA
Situasi ini sangat spesifik kepada diri aku sahaja. Memang aku tau, ada kalanya kita terlalu teruja bertanyakan itu dan ini dan terlupa menelah sensitiviti orang lain.

Dalam kes aku:

"Bila korang nak turun KL?"
(soalan paling sensitif sejak aku tiga beranak berpindah ke Kedah ni)

Kalau sekali bertanya, boleh dimaafkan. Tapi, kalau banyak kali?
Biasanya aku tersengih saja, tapi dalam hati, ini yang aku jawab:

"Dari mula highway kat Alor Star sampey le ke KL nun jaraknya 444km! Kalau dari ghomah aku aku, tambah lagi 18km. Kalau kome nak tau, itu lebih koghang panjang Sungey Peghak atau Sungey Pahang, tau tak?!... Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!..."


Okey, okey. There.
Relax. Breathe in, breathe out. Senyum. Sengih.
Ingat apa Opah kata,
"Walo ghimo dalam peghut, keluokan le kamben.."


**UPDATE! 14 Mac 2008
Happy birthday to a dear friend yang ada taik lalat pemanis yang sangat mahal, Yatie Saion. Long live, bebeh!;-) Hehe.


Tuesday, March 11, 2008

Here We Go Again

Perak will meet Selangor in the second round of FA Cup. Hmmmm...
Bring it on!


Monday, March 10, 2008

Earth Angel



Hmmm, teringat Marty McFly yang comel. ;-)

Politikus

"Memang apa saja yang besar selalu merasakan dirinya selamat.
KeDUNGUan ini berlanjut.
Yang kecillah terpaksa merasakan dirinya selalu di dalam bahaya.
Ini juga sejenis kedunguan lain."


A Samad Said

Dan sebab itu sekali lagi aku pinjam kata Dave Mustaine,
"If there's a new way, I'll be the first in line.
But, it better work this time..."


Sunday, March 9, 2008

"Yang ini bukan huruf M.."


Menulis ye Cik Deena?

Erk! Huruf mambang tanah ke ni, yong?

Isk..isk..budah bertuah!

Anyway, hanya lagu ini untuk awak, my Deena:





P/s: Oh btw, happy birthday to a dear friend, Betty! Dengan ucapan, "kenang daku dalam doamu!"...wakakakaka!...




Thursday, March 6, 2008

"Merket"

Pagi tadi Munie call. Terkejut dia bila aku cakap aku tengah siram pokok bunga. Hehe. Hang jangan tak tau, Munie. Lepaih sigham pokok, aku dengan Yatt pi "merket" ("market" aka "pasar" daaa...) kat Pekan Jitra II nun. Pi beli sayoq, ikan apa suma...Wacehhhh! Slang orang sini kunun..Kuikuikuii! Aku rasa takat ni yang terer speaking sini Deena je kot? Dia cakap "conteng" pun "contiang"! ;-P

Cakap pasal merket, teringat masa kecik-kecik dulu. Arwah Opah aku suka sangat ajak aku ikut dia pergi merket kat Gunung Rapat, Ipoh. Aku memang malas nak ikut sebab kononnya tak tahan bau hanyir. Aku ikut pun kalau Opah janji nak belikan aku roti paun sapu marjerin dan kaya (kome tau ke roti paun?) yang sedap gile kat satu gerai Cina, ataupun nak belikan aku apam balik yang intinya sangat padat dan lazat. Paling aku rajin nak ikut kalau aku ada duit dan cukup pulak nak beli mainan anak patung kertas yang lengkap dengan set baju-baju kertasnya yang serba glamer, ataupun nak beli guli susu (guli jenis ni mahal sikit dari guli biasa).

Bila dah makin tua ni, aku memang dah jarang sangat pergi merket Gunung Rapat tu ataupun mana-mana merket yang sejenis dengannya. Tak tau apasal, tapi mungkin sebab aku tak nak tiba-tiba blues bila teringat arwah Opah aku kot?

Apa pun, rasanya kat Jitra ni la aku dah mula rajin sikit nak pergi merket. Macam best pulak tengok sayur-sayur, ikan etc yang murah dan fresh. Tak la asyik beli semua dah siap bungkus, sejuk bedi belaka, macam kat supermarket je kan? Yang bestnya, area merket tu ada banyak gerai kuih dan gerai makan yang makanannya memang sempoi-sempoi, dan of course, ada bundle! Yeayba!... So, selalunya lepas buat marketing, aku dan Yatt sure lepak sini. Pekena roti sardin ke, soto ke dan lepas tu terus la sibuk selak satu-satu t-shirt atau seluar yang tergantung kat gerai-gerai bundle yang ada. Hmm, sempoi-sempoi. :-)

Yang tak sempoinya ikan-ikan haruan yang terlompat-lompat dari dalam besen yang towkey-towkeynya letak atas jalan. Heiii, jangan la lompat terkena kaki aku!...


Mana Dia?

Mana yang empat?
Tak nampak kelibat?
Muslihat
Musibat
Takut kena lipat?

Wednesday, March 5, 2008

Dia Dan Cermin

Mirror, mirror on the wall
Who's the fairest of them all?

Posing camni cun kot?

Ke posing macam ni? Hmm..

This is she - Dio The Dreamer. Dia suka tengok cermin.


Buat Aku Tersenyum

I skipped all the PRU hype in the news, and came to this. Hehe. ;-)

Hikmah Payu Dara Besar
(Harian Metro, 5 Mac 2008 - edited version)

TOKYO - Seorang model berkata, payu daranya yang besar bukan setakat membantu meningkatkan kariernya, malah ia juga membantu mengubah keputusan mahkamah.

Model bikini tersebut didapati bersalah tahun lalu atas tuduhan merosakkan harta benda selepas seorang lelaki mendakwa model itu memecahkan pintu dan merangkak masuk ke biliknya kerana dia bersama-sama wanita lain ketika itu.

Dalam rayuannya, peguam bela model itu membawa sekeping papan berlubang yang saiznya sama dalam kes terbabit dan berkata, model itu tidak boleh membolosi lubang itu dengan payu daranya yang besar.

Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Tokyo bersetuju dengan pandangan peguam bela dan menggugurkan keputusan bersalah yang dibuat mahkamah sebelum ini. - AFP

Deena The Oldschool Leng Lui


Cerita 1
Sekarang ni bila Yatt balik dari kerja, aku memang payah sikit nak bersembang dengan dia. Bukan apa, Deena akan berebut-rebut jugak nak cakap dengan Yatt. Siap suruh aku diam, berenti pokpek. Argh! Bengang betul.

Aku: Deena! Ni apasal sepah-sepah ni? Kalau tak kemas jugak, Mama pukui kang!...
Deena: Pukui? Pukui apa Mama? Pukui lima ke?...
Aku: (sigh)

Cerita 2
Deena makin feminin sekarang. Mungkin sebab kat playschool dia ramai kawan-kawan perempuan, tak macam kat nursery lama dia dulu. Kalau dulu dia nak beli senapang atau bola, sekarang dia sibuk nak subang (?? Mama also don't have maa..), sepit rambut, cincin, dan paling latest ni haa.. Compact powder.

Kelmarin Deena ajak Yatt dan aku beli compact powder yang baru sebab yang ni (pink some more?!..haiyaaa...) dah hancus.

Aku dan Yatt memang malas nak beli lagi. So, instead of pergi Guardian or Watson's, Yatt bawak Deena pergi satu kedai Cina dengan harapan bedak tu tak ada.

Yatt: Bedak tu takde la Deena. Beli lain kali la ye?
Deena: Ala, nak jugak.
Yatt: Yang ni ada la. Boleh?

Deena: Haaa! Nak! Nak!

Masuk je dalam kereta, Yatt bagitau aku, "Anak awak ni oldschool betul la!"
Heheheheh... Lantak, bedak nyonya pun bedak nyonya la. Compact gak, what? ;-)

(All pixs by Yatt)

P/s: Happy belated birthday to Cik Chor! (4 March)

Sunday, March 2, 2008

The Yellow-Green Land

Yeah, I'm busy, but these hands are itchy...

We were in Alor Star last night - hunting bundle stuffs la, apa lagi? (Note: This time I got RATM t's!). At one of the bundle stores that we went, the owners were watching the Super League game between Selangor and Terengganu. When the final results of other games played last night were announced, Yatt and I were excited to know that Perak won over Perlis.

But, one thing for sure, it's pretty hard to really enjoy such fact. Why? Because I'm here, in the land of the yellow-green fanatics. Yes, people, this is one of the states where the supporters really give a damn about Malaysian football. And due to that, efek stress bila Perak kalah atau teruja gila bila Perak menang dalam negeri ini lain macam sikit, wa cakap lu! Hahaha! But I enjoy this environment anyway. I can manage and survive lah (having a brother-in-law who's a die-hard fan of the Red Giants, is not that bad either walaupun kadang-kadang agak sengsara...Hehehe).

Coming soon 'mantra': EURO 2008 lah, and of course, with special attention on Group C.

Okay, okay. Back to work, Nadia! Kang idea ko lari lagi!...


Ini la Slash The Shredder.
Mamat ni pun antara punca idea aku lari jugak! Hissss!

**Update! (5 March 2008)
FA Cup? Yeah, coming tru..coming tru. Kejor Yop Kejor!


 
The Olskool RockaMomma © 2009 Designed by eddvedder