Saturday, September 29, 2007

Mari tengok Pearl Jam (3) - Alive

"I'm still ALIVE!"
ALIVE (Ten - 1991)

Kalau "Black" penawar, "Alive" pulak mengingatkan aku untuk lupakan apa yang dah jadi (to hell with it, i'm still alive!).

Aku suka live video clip like this sebab nampak jelas kehenseman Eddie Vedder!..Muahahahaha!!...

Btw, apa saja yang Eddie pakai time tu, aku pun nak pakai gak dulu. Ada sekali tu aku keluar pekan Ipoh pakai stail Eddie macam dalam video clip ni. Balik rumah, apa lagi?! Pokpekpokpek la arwah Opah aku (dia cukup 'berkenan' sangat kalau cucu-cucu dia pakai seluar pendek!..haha..).

Oklah, 'nuff on Pearl Jam. Kang ada yang muntah belahak pulak. Hehe.




Mari tengok Pearl Jam (2) - Black

"...and now my bitter hands cradle broken glass of what was everything
all the pictures have all been washed in black, tattooed everything..."
BLACK (Ten - 1991)


Macam yang aku pernah tulis banyak kali sebelum ni, "Black" ialah antara lagu yang akan aku layan (selain intrumental "I Don't Belong Here"- Cromok) kalau aku sedih, susah hati, sakit hati atau aku rasa dunia aku tiba-tiba gelap. "Black" ialah penawar. Ibarat minyak kapak untuk sakit kepala. Ibarat pil chi kit teck aun untuk sakit perut. Heheh..


Mari tengok Pearl Jam (1) - Go

"Don't go on me!..."
GO (Vs. - 1993)

Ini la lagu yang mula-mula membuatkan aku jatuh cinta pada Pearl Jam. First time aku dengar lagu ni bila member sekolah aku (TIKL 93/94) bagi aku satu mixed tape yang ada lagu ni. Kalau nak ikutkan memang la lambat dua tahun aku kenal band ni, but does it matter?..Anyway, thanks Faizal for introducing me to this awesome band!

Mari tengok Temple of the Dog

"Hunger Strike"
Temple of the Dog (Temple of the Dog - 1991)


"I'm goin' hungry too.."..Hehe....Kalau la aku ada kat location video ni, haiiii..tak tau laaa...Aku rela jadi laut atau pasir pantai itu!!...;-)





Thursday, September 27, 2007

Rollickin'!

Simpan duit raya oi!
Rock N Rollin'


Wednesday, September 26, 2007

Akustik Untuk Aku

(Artwork: www.caitlinschwerin.com)

ACOUSTIC NO.3


They painted up your secrets
With the lies they told to you
And the least they ever gave you
Was the most you ever knew

And I wonder where these dreams go
When the world gets in your way
What's the point in all this screaming?
No one's listening anyway

Your voice is small and fading
And you're hiding here alone
And your mother loves your father
Cuz she's got nowhere to go

And she wonders where these dreams go
Cuz the world got in her way
What's the point in ever trying?
Nothing's changing anyway

They press their lips against you
And you love the lies they say
And I tried so hard to reach you
But you're falling anyway

And you know I see right through you
Cuz the world gets in your way
What's the point in all this screaming?
You're not listening anyway

(GOO GOO DOLLS, Dizzy Up The Girl - 1998)

No Rest for the Wicked

RABU, 26 September
Entri ditulis pukul 2.52 pagi

Ah, busy lagi! Minggu lepas aku hantar PC untuk repair. Sementara tunggu nak siap tu, aku sibuk habiskan tiga novel & few mags. Bila dah dapat PC, ingat nak update blog, tapi masih tak sempat sebab aku kena siapkan dua lagi assignment last minute. Uhuk! Uhuk! Lepas ni sibuk nak start research dan menulis artikel-artikel untuk isu November pulak. Adusss! Off goes my beauty sleep (duhhh!...), and here comes jerawat sana sinun di muka!! Huwaaaaaaaaaa!! (Yes, people! Having zits is a BIG issue for me, tak kira la aku ni rock takat mana pun!...Perempuan maaa...Hehehe).

Masuk hari ni dah 14 hari puasa. Aku rasa, inilah puasa yang rileks untuk perantau macam aku ni. Tak lagi terkejar-kejar macam masa duduk kat KL dulu (especially masa pergi kerja naik LRT. Aiya, sesak tak ingat kalau bulan puasa!). Kali ni aku ada banyak masa nak masak, dan paling penting, tak lagi termiss waktu-waktu yang wajib. Heheh. Tak letih sangat, tapi tak tahan satu je godaan: masa suap nasik Deena during lunch! Alahaiii...

Hujung minggu, aku satu family pegi usha pasar-pasar ramadhan yang berlambak-lambak kat Jitra ni. Seronok tengok macam-macam kuih otai dan olskool yang best-best dan kadang-kadang tu, lauk-lauk yang pelik (gulai tulang/batang pisang?!). Dan kat sini tak ada sangat awek-awek seksi yang mengurangkan pahala macam pasar ramadhan kat area rumah aku di Kelana Jaya dulu. Haha.

Bazaar ramadan? Woah, berlambak-lambak jugak, wa cakap lu. Nak shopping pun okey sikit sebab tak sesesak Jalan TAR bila musim nak raya menjelma.

Siang nanti nak cuba khatam 'Tuhan Manusia', takpun melayan cerita-cerita lama lakonan Meg Ryan. Malam karang pulak nak layan 'Bones', 'Love You To Death' (witty!) dan 'KAMI' (approach yang segar, tapi the first three episodes were a bit dragged lah!...).

Later, people.

P/s: Eh, kejap..kejap..sekolah satu sesi?!...Haiyaaa...where got road, meh?
Btw, having such a school time is not an answer (or one of the answers, so to speak) to ensure our children's safety. It merely spells for super traffic jams, school kids prone to 'fly' & yeah, bengkerk la cikgu-cikgu oiii!!....If only we could respect each other more...:-/...


Monday, September 24, 2007

Pangkah!

Lidah terjelir-jelir
Terlalu sedap menjilat
Apa yang dah diludah

Tangan tergapai-gapai
Terlalu ingin merentap
Apa yang dah di dilerai

Hati sesak terdesak
Terlalu ingin mendakap
Apa yang dah dilepas

Dalam khayal
Pipi kau sudah lama merah berbirat!

Bandar Darul Aman
13 Sept 2007

Monday, September 17, 2007

Aisyah, The Earth Says 'Hello'!

Ni la gambar Aisyah Umairah bt. Indra Safri (anak adik aku). Aku tunjuk kat Deena dah gambar ni & cakap kat dia, ini adik Muaz. Tapi tak tau la dia faham ke tak adik tu apa. Hehe.

Cakap pasal adik aku ni, last few days, dia sms aku.

"Tau pasal apa Perak kalah?"

Aku dah cuak. Aisey, pasal apa pulak ni? Ada skandal tak best ke? (Teringat kes zaman 90-an).

Lepas tu dia sms lagi.

"Pasal korang dok Kedah la..Hahahaha!"

Chait!!..Ingatkan apa tadi. Saspen je. Ini memang la perangai tipikal adik aku. Mamat ni tak support bola pun, tapi bila tang Perak kalah, heiii...suka bebeno la dia nak perangat aku. Haha, tak kisahlah. Naib Juara pun ok what? Bak kata Yatt, "kalah pada team yang kuat". Lagipun bayangkan la kalau dah hilang 3 tonggak utama dalam first-half?! Gile ko? Apekeheynye? Hanya magik je yang boleh buat Perak menang malam tu. Hehehe. Takpe, next season boleh try lagi. :-)

Btw, aku terbaca sms member I-Metro hari tu:-

"Tahniah Kedah. Kita juara! Silap atau buat-buat tak tahu. Sepatutnya Piala Malaysia ada riben Kedah dan Perak tapi kenapa ada riben Perak sahaja. Adilkah?"

Hmm...alahaiii...Sayangnya, rumah aku takde riben. Girlish. Haha.

Apapun, tahniah untuk Kelab Penyokong Bola Sepak Perak kerana terpilih sebagai Kelab Penyokong Terbaik di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM kali kedua 9 September lepas. You rock!


Do I Hear "Black Dog"?


Hey, hey, mama, said the way you move
Gonna make you sweat, gonna make you groove!

Ada dengar ka? Klik sinilah:-
Hanya Rawk N Roll



(Pix: www.8ballco.uk)


Saturday, September 15, 2007

Here I Am...

Akhirnya 'zombie nights' dalam misi mencari duit raya tamat jugak. Hehe. Yatt & aku tak cukup tidur sebab nak siapkan artikel. Siang busy layan Deena, malam tak boleh start menulis selagi tak tengah malam. Dan, kalau dah start tu pulak kena gilir-gilir dengan Yatt nak guna PC. Gile bell!

Ada banyak cerita tertunggak ni. Haha. Apa cerita aku, Yatt & Deena turun Konsert Gemilang Merdeka? Hmm, kitorang turun KL 1 September tu (Thanks to Jambeso aka Aliph satu family sebab sudi tumpangkan kitorang malam sebelum tu. Sebelum gerak KL sempat lagi layan video clips lama-lama Wings. Sempoi!). Kat KL, kitorang lepak kat IYC, Cheras. Heyy, not badlah! Port tu selesa, murah dan sesuai sangatlah untuk kitorang yang kena 'berdestinasi bajet' ni. ;-)

Sebenonya kitorang sanggup turun tu sebab aku & Yatt kena cover konsert tu. Tapi sebab utamanya of course la sebab nak tengok Rusty Blade. Yatt kata last dia tengok band ni perform live tahun 1987 kat Taman Tasik SM Noor, Batu Gajah. Aku memang tak pernah tengok Rusty Blade langsung sebab masa rock kapak tengah hot tahun 80-an dulu, aku dah tak nampak band apa lagi dah melainkan Wings! Kalau konsert Wings ada kat Ipoh, aku turun la. Hehe. (Yes, people, aku dah turun konsert rock sejak sekolah rendah...pastu balik konsert tu, sure arwah opah aku dah siap tunggu depan pagor rumah!..:-p...Apa nak buat, dapat cucu rebel!).

Aku malas nak review konsert tu detail gila-gila kat sini (lagipun dah banyak keluar kat paper kan?), so, aku bagi review sempoi je lah ye?

Fakta Konsert
  • Tarikh/Tempat/Masa: 1 September 2007, Stadium Putra Bukit Jalil, 8.30malam
  • Crowd: Adusss..sedih! Tak sampai 1,000! (Lain kali buat lagi time long weekend..Hehe). Ni la first time aku tengok crowd layan konsert rock sambil duduk berlunjur & baring. Haha.
  • Sound system: Hancusss! Enough said.
  • Supporting acts: Less than four is better..Or maybe only ONE.
  • On Lefthanded: Show diorang ok. Man Kidal memang macam lepas geram je malam tu. Tapi yang tak oknya si Nash. Vokal dia mantap, tapi dia prim & proper satu macam, especially bila dia ajak crowd nyanyi lagu "Tanah Pusaka" versi rock.
  • On Rusty Blade: If only the sound system was way much better!..Sound gitar Khalid Mobin & Md. Noor Hendrix kadang-kadang tenggelam timbul. Frust! Tapi, overall, aku memang enjoy la tengok diorang, walaupun terpaksa stop headbangin' sekejap-sekejap sebab nak bancuh susu Deena (hahaha...lawak betoi!) atau pun nak meriba Deena yang tertidur ("786-Ikrar Perwira", "Langsuir Liar", "Wira" etc. punyalah heavy, si kecik ni boleh lena tidur?! Haiyaaa...). Paling best masa Yantzen bukak baju..Eh..Heheh..Taklah, tang set akustik la. Band ni bawak lagu "Kehilangan", "Penantian" & "Pertama dan Terakhir". Crisp! Tangkap leleh, wa cakap lu!
Apa pun, benda yang menyebabkan kitorang rasa tak sia-sia redah perjalanan yang lebih 400km dengan 'Metallicar' kitorang yang rugged tu, tak lain tak bukan, interviu eksklusif bersama Rusty Blade lepas konsert. Lepak kat hotel dengan diorang. Fuhh, macam tak caya! Ye la, dulu takat tengok gambar diorang dalam URTV je, alih-alih semuanya dah kat depan mata! Deena pun boleh selamba je lepak walaupun dah pukul 5 pagi! Haha.

Kalau nak baca versi skema pasal konsert & interviu eksklusif tu, sila baca ROTTW Oktober, worait? ;-)

Sementara tu, kalau nak tengok gambar-gambar konsert, klik sini: OperaHidup Photography


Kitorang lepak rumah Abg. Rom (bos ROTTW) sebelum konsert tu. Ni dia tengah mengajor Deena cara-cara membelasah dram. Masak la aku & Yatt kalau Deena mintak satu set nanti!


Sebelum kitorang balik Kedah, kitorang pegi The Mall. Deena nak lepas rindu naik 'tapi'..Hehe..Btw, masa kat konsert tu kitorang jumpa dua, tiga orang geng-geng Lagenda Rock Online yang selama ni sembang kat Internet je. Diorang tegur kitorang pun sebab cam sangat dengan Deena. Famous rupanya anak aku ni! Hehehe..


Thursday, September 13, 2007

Orang Timur bangunlah!

Rock habis, gua cakap lu! Kasi klik sini:-

Rawk Terus

Wednesday, September 12, 2007

Penawar 3G

Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua muslimin dan muslimah.
Maaf, aku masih tak sempat nak update blog. Teramat sibuk. Jangan marah haa..;-)

Kata Abu Sulaiman ad-Darani, "Dengan berlapar dapat tundukkan nafsu, melembutkan hati dan mewariskan ilmu dari langit."
Dan Yazid al-Bustami pula berkata, "Lapar itu ibarat awan, jika seseorang itu rasa lapar, nescaya hatinya akan menghujankan hikmah."


Thursday, September 6, 2007

Hasad Antara Subuh Dan Senja

Ini mungkin permulaannya hari aku
Subuh untuk aku
Senja untuk kamu
Jangan kamu cuba menidakkan
Ini rezeki aku.

Apa lagi yang kamu mahu?
Kamu ada semuanya
Itu, ini dan mereka
Lengkap segala, manis segala
Cuma kamu yang tak sedar
Atau, kamu yang tak tahu apa yang kamu mahu?

Tetapi, kamu tahu bukan?
Itu memang salah kamu
Kerana hati yang meradang, kamu terlepas pandang.
Sudah-sudahlah!

Aku hanya punya ilham
Ini usahaku, ini harapanku
Buat pengiring doa seorang ibu di Raudhah.

Ini mungkin permulaannya hari aku
Subuh untuk aku
Senja untuk kamu
Jangan kamu cuba menidakkan
Ini rezeki aku.

Sudah-sudahlah!

Wednesday, September 5, 2007

Satu Pagi Bersama...

Bersama Rusty Blade - "Iron Maiden of the East"
Tarikh: 2 September 2007
Masa: 2-4 pagi
Tempat: Hotel Concorde, KL

Apa cerita eksklusifnya? Heheh..Nanti lah..

Hey Ho, Let's Go!


Hehehehe...Tersengih gumbira aku malam ni! Akhirnya Perak ke FINAL PIALA MALAYSIAAAAAA!!...Yahooooo!!..
Ada sesape sudi nak sponsor tiket Air Asia (pegi-balik) untuk 3 orang dari Alor Star ke KL untuk hari Sabtu ni? ;-)...

Ammm!

Deena

Tuesday, September 4, 2007

ROTTW September 2007

Petikan cover story yang aku tulis...

Tiada lagi irama, feel dan mood yang sama seperti “Tomorrow”, “Freak”, “Israel’s Son”, “Ana’s Song” ataupun “The Greatest View”. ‘Young Modern’ adalah Silverchair dalam versi yang sangat berbeza. Kematangan dan ketajaman kreativiti band ini memang terserlah dalam setiap lagu yang ditampilkan baik dari segi lirik mahupun melodi. Jangan terkejut jika dinyatakan bahawa mungkin hanya ada satu sahaja lagu yang boleh dikatakan cukup berat untuk dirangkum dalam genre rock.

Ada ketikanya sound mereka seperti lagu-lagu The Beatles atau Oasis. Ada saatnya mereka kedengaran seperti sedang menaiki merry-go-round di pesta, sedang berdisko, sedang bermeditasi ataupun sedang berdansa di ballroom dalam satu acara yang gilang-gemilang dan penuh protokol. Pendek kata, ‘Young ‘Modern’ penuh dengan elemen kejutan dan unpredictability sehingga membuatkan pendengar tertanya-tanya, ada apa pula dalam lagu seterusnya?

END

Anyway, this week I'm going to be busy again. Yatt & me nak 'berduet' tulis story pasal Rusty Blade pulak. Cerita "Hotel California" pun tak siap lagi. So, later people. Kalau sempat, aku bagi updates pasal konsert rock yang kitorang pegi hari tu. Ciao!

Wishes

Congrats to:
1) Dedek & Hanum (adik & adik ipar aku) atas kelahiran anak kedua diorang, Aisyah (030907). Haii, bertambah lagi sorang sepupu Deena!;-)

2) Nut & Amir (ex-roomate aku) atas kelahiran anak ketiga diorang, Putera Umar (230807).

3) Wan Syamsul (geng metal aku) atas pertunangannya (010907).

Long live!

Hati Menjauh

Jauh hati ini bila memikirkan
Kata-kata yang menghiris
Berbekas, berparut, bengkak membusut
Tak mungkin akan surut bak air laut.

Aku tak pernah meminta dan mengharap apa-apa
Kerana aku tahu siapa aku selayaknya.

Aku pejamkan mata
Aku pekakkan telinga
Aku pendam kemelut diri
Aku pujuk resah sendiri.

Kerana nasib kamu perlu ku bela
Walau nyawa di hujung keris
Atas nama tanggungjawab
Atas nama kasih ibarat resminya air.

Tapi, itulah
Seharum kasturi kasih diberi
Sehanyir, semasam limbah yang dibalas!

Rupa-rupanya aku hanyalah
Sebutir pasir pantai
Yang hanya layak dipijak
Yang akan lenyap bila ombak menghempas.

Jauh hati ini bila memikirkan...

 
The Olskool RockaMomma © 2009 Designed by eddvedder