Thursday, May 31, 2007

Ol' Flame, Ol' Smile

Alhamdulillah, dah sebulan lebih 'bercinta' dengan TMNet & Streamyx, akhirnya penantian aku berakhir jugak. Rasa kembali bernyawa oi! Kalau tak, rasa macam "grounded" je dalam rumah ni. Uhuk..uhuk..Anyway, sebelum aku start merapu balik & melegakan kepala hotak aku yang dah sendat dan melimpah dengan idea & cerita-cerita..(fuhhh! gempak je bunyik!!), aku nak cerita yang ini dulu...

Semalam, dalam paper The Star ada artikel ni, "Old Flames Worse Than Addiction". Kata artikel tu:
  • Rekindling that old flame could have lasting, irreversible consequences, tearing apart marriages and leaving a trail of devastation.
  • Adolescent hormones carve those first loves into our brains, said experts. The lost love's voice or touch triggers wanting, needing, craving in the same spots in the brain as those affected by cocaine. It is more powerful than addiction!
Hmm. Bahaya gak ek? Anyway, aku highlight artikel ni bukan apa, aku terjumpa balik diari-diari & gambo-gambo lama masa aku mengemas lepas pindah hari tu. Dan, ceng jeng jenggggg! Jangan tak caya...

Ni le old flame aku masa kecik-kecik dulu. Aku dengan dia macam 'Beauty & The Beast'. Aku la Beast sebab aku budak debab, hitam legam pulak tu. Tapi dia kiut-miut. Hehe. Kira macam Is dengan Manja la (ala..drama 'Manjalara' tu lahh). Iza, Liza, Putri & Anim(wife Azrul tu) tau sangat la kisah cintan-cintun aku yang bertahap dewa monyet dulu tu!. Lagu Junction & Gersang la jadik mainan..Fuhhh..rockjiwangkarat tak hingat, wa cakap lu! Nasib pass UPSR. Hehe. Baru hari tu aku terpaksa gak buang dua music box yang dia bagi sebab dah rosak teruk sangat. Aku dapat music box tu tahun 1988, dan sekarang ni dah 2007. So, bayangkan la. Lama tak aku simpan? Hehe. Surat-surat dia? Heh, ada lagiiii rasanya. Kuikuikuiii..(Kepada mamat dalam gambo ni, sori le sebab mengglamerkan ko pulak).

Ni pulak diari aku masa darjah 6, tahun 1989. Cikai je. Bila baca balik, haiyaa...penuh dengan unsur-unsur perasan! Hehe.

Yeahh..ini le tulisan aku dulu. Senget habis! Catitan Juara Bulanan Muzik-Muzik pun ada!!. Hehehe..

Ni pulak apa yang tulis dalam buku Autograf/Biodata aku. Ala...awek-awek sekolah rajin la buat benda-benda sentimentol macam ni! Haha. Lawak betul bila baca balik. Gambo WINGS itu la buktinya aku memang DIEHARD FAN sejak azali lagi. Owhhh...Awie & sluo ghimo itu sungguh menggoncang kalbu. Hik! Hik! Hik!


p/s: Bila tengok 'Manjalara', aku kadang-kadang rasa mual. Lepas ni aku ingat nak buat skrip drama cerita derita orang kurus melidi macam plywood pulak! Okey tak? Haha. Gosh, real women have curves, okkk? Duhhh..

Alive N Kickin!

While I was away..

1) Nasib baik ada jugak yang prihatin dan buat sesuatu bila isu blog ajaran sesat didedahkan oleh sebuah suratkhabar. Hmmm..tapi tu lah, apa cerita blog orang yang mengaku murtad? Kata Pak Menteri tu, "Alahhh..tu tak penting. Blog ni macam surat layang je..Awak semua nak percaya ke surat layang?!"..Macam tu lah realitinya. Ni tentu spesies Pak-pak Menteri yang mati-mati nak kategorikan bloggers semua di bawah kategori 'PROFESSIONAL' dan 'NON-PROFESSIONAL'. Haha. Sah. Clueless!! Sad but true.

2) "Main bola macam pondan!"..Hehe. Ni lagi satu. Tak ada isu, atau terasa kurang glamor di atas sana? Cukup-cukup lah isu "bocor" buat perempuan melenting (padahal ada lagi banyak 'degrading remarks' yang perempuan kena hadap hari-hari..duhhhh!), nanti tak pasal-pasal wujud demonstrasi spesies 'transamerica'!..Btw, cuba la ambil ikhtibar kata-kata Steve Darby pasal isu ni (heiiii..nak kena orang putih jugak yang bagi komen positif ke?). Katanya Malaysia ada ramai pemain bolasepak yang bagus, tapi tak ada peluang. Dan katanya lagi sebelum tu, "To those who say that Malaysian football is dead, you shoud come to Ipoh!"..Yesssss!! Hidup Darby! Hidup Kejor Yop Kejor!...(P/s: Lagu "Ipohmali" oleh Point Blank sedap wehhh...Heheh).

3) MU - AFC - FAM - FIFA...Hmmm...Ntah lah. Banyak sangat drama dan politik. Err..nak kena orang tunggu orang putih jugak ke nak menghiburkan kita sempena Merdeka? Ada siapa peduli ke Piala yang lagi satu tu? Kalau kita masih tak boleh buat keputusan sendiri, itu maknanya kita belum merdeka lagi, brader. Patut panggil Pippo dan kuncu-kuncunya saja. Habis cerita. Hehe.

4) "...And together, we would die protecting it..". Ehhh...Merdekanya bahasa kita!

5) Dah berjumpa si Lanun kacak di Prangin Mall, Penang. Kesimpulan: Orlando dan Keira hanya merosakkan 'mood' lah! Cissss!! (P/s: Tapi adegan-adegan yang penuh Johnny di sana sini memang sangat mendamaikan. Haha.)

Muahahahahahaha....miss me, people?
I'M BACKKKKKKKKKKKKKK!!...Alive n Kickin'!! ;-)


Sunday, May 20, 2007

Like A Diamond In The Sky

Venue: Lan Party cyber cafe, Jitra (apa punya nama daaa...heheh)
Day: Sehari lepas tengok game Perak vs Perlis kat Stadium Kangar
The stars seem to be brighter and heavenly inspiring here. Was I blinded by KL's neon lights, or was I so "consumed" by my previous hectic life that I forgot to look up and notice how beautiful the stars are?...
Have I found my new 'Paradise City'?
I'm wishing on a star...

p/s: Sorry guys, I'm still "unblogged". TM Net KL, Streamyx dan yang sewaktu dengannya sangat suka bermain ping pong. Hari ni dah cukup sebulan dah, tapi still takde Internet kat rumah aku! Untuk para pemain-pemain ping pong ini, "Syabbas inspekter saab!" Uhuk..uhukkk!!

Monday, May 14, 2007

Apa kabo oiii??

Apa khabar semuaaaaaaaaaaaaa??!!...Heheh..macam kat konsert rock pulak! ;-)..Hui, dah lama bebeno rasanya aku tak blogging sejak aku pindah ke Jitra ni. Jari-jari aku pun dah naik gatal-gatal. Haha. Bukan apa, TM Net agak 'bersopan santun' sikit buat kerja kat sini, so sampai hari ni rumah aku 'disconnected' dengan dunia siber. Boring betul (or maybe sebab rumah aku sekarang ni terlindung di sebalik bukit sampaikan Internet pun takde kot? Heheheh..).
Hmm, anyway, memang ada banyak cerita yang aku nak cerita kat sini, tapi kena tunggu la nampaknya. Btw, yeah, aku sekarang dah jadi full-time homemaker. Siapa kata surirumah ni 'Lady of Leisure'? Haha. For me, not really. My time's fully occupied dari siang sampai ke malam. Sekarang ni pun aku tengah sibuk siapkan kerja-kerja freelance aku. Kadang-kadang aku rasa macam 'Undomestic Goddess' pulak! Fuhh...goddess tu!! (tapi takde la totally zero & 'undomestic' macam si Samantha Sweeting tu, okeyy!).
Well, gtg for now. Later, people. :-) Keep on rockin'!
P/s: Last week, aku satu family sempat lepak ngan geng blogger, Su (Highheelseliparjepun) kat Aloq Staq. Heh, bayangkan, selama ni dia blogging dari Sarawak, aku kat KL, last-last jumpa nun jauh kat Utara Semenanjung. (Hehehe...Edd, bila hang nak balik oii??...)

 
The Olskool RockaMomma © 2009 Designed by eddvedder