Friday, July 28, 2006

Muka perogol?


My Pak Unggei sent me this today...Had a good laugh! Memang muka perogol pun si kucin mata mengancam ni!..Hehehehe...
Anyway, my dear readers, have a nice weekend! ;-)

Wednesday, July 26, 2006

No rain?


"All I can say is that my life is pretty plain
I like watchin' the puddles gather rain
And all I can do is just pour some tea for two
and speak my point of view
But it's not sane, It's not sane..."
(NO RAIN - Blind Melon)

Lebat betul hujan pagi ni. Kan ke best kalau dapat sambung mimpi macam bebudak kucin ni?...Ehek ehek..Aku suka tengok kucing tidur. Satu terapi. Err..btw, cats need about 16 hours of sleep to conserve energy. Hmm..

-countess-

Monday, July 24, 2006

Boo Hoo!

To anyone who just love to send me loads of e-mails on CT & Datuk K, or Mawi & Ina..
Have you ever heard of Carburetor Dung's "Boo Hong Clapping Song"?..

"Don't wanna know, we don't care.."...

Savvy? Hehe.

I need a walkman

Call me 'ketinggalan zaman' or whatever, aku still suka dengar kaset. Especially dengan walkman buruk aku tu. Tapi biasanya aku dengar kaset-kaset lama la. Zaman rock kapak dulu punya cerita. Bila dengar je, sure teringat cerita-cerita lama. Cerita-cerita di sebalik setiap kaset yang aku beli. Ye la, dulu nak beli satu kaset pun payah beb!...Yang nyatanya, 'feel' @ pengalaman aku beli CD tak sama langsung macam masa aku beli kaset. Walaupun dah rosak, berkulat, 'sound' tenggelam bla..bla..aku still akan simpan kaset-kaset aku tu. Maybe semua tu tak bernilai kat orang lain, tapi bagi aku, cerita-cerita di sebalik setiap satunya, terlalu mahal harganya.

Sekarang ni aku frust sebenarnya. Walkman aku rosak (Deena praktis melontar cakera!! Arghhhh!!!...Hancus, hancus). Dah la tu, semua cassette players kat rumah tu pun dah melingkup sama. Adehhh...Nak dengar kat kereta, tak puas. So, buat sementara waktu ni, nak tak nak, aku dengar kaset guna tape recorder ofis aku. Tape recoder zaman tok adam pulak tu! Memang la bunyi tak gempak, tapi, aku pedulik apa! Janji aku dapat usung ke sana sinun. Hehe..jangan colleague aku sibuk-sibuk nak guna untuk interview assignment dia sudah.

Anyway, ni antara lagu rock kapak yang aku layan dalam tape recorder-ofis punya-tapi reta aku gak hari ni..haha...


BUKAN MILIK AKU (XPDC, 'Darjah Satu' - 1990)


Aku berhampiran suasana hampir kelam

Aku di sini berlumuran pahit manis
Di dalam titian menuju hujung dunia

Aku lagi hidup hanya mampu melukiskan
Namun kenyataan sudah pasti penentuan
Di dalam aku mengejar satu impian dan harapan

Walau sehari ku kecap semua ini
Penuh pengalaman mengisi hati
Nasib menanti ku serah pada Yang Satu
Bukan milik aku tanpa restu-Mu

Aku lagi hidup
Hanya mampu melukiskan
Namun kenyataan sudah pasti penentuan
Di dalam aku mengejar satu impian dan harapan

Kau bukan milik, kau bukan milik, milik aku
Bukanlah milik, bukanlah milik, milik aku
Bukanlah milik, bukanlah milik, milik aku
Bukan milik ku, bukan, engkau bukan milikku..

(Lagu ni lagu favorite aku ngan Betty, dormmate aku kat TIKL '93/94 ...
Hmm..Betty..Where are you, dearie?..)

Friday, July 21, 2006

Togheh Gotah?

"Buek apo balik kampung
Sawah dah tak ado
Gotah turun hargo
Ramai orang tak kojo
Takkan nak molopong
Molangut kedai Ah Chong?!..."
(Jumpo Kawan Lamo - Blues Gang)

Hmmm...nampaknya lagu ni tak relevan langsung pada seorang anak muda berkelulusan yang nekad balik kampung untuk menoreh. Mamat ni dapat lebih kurang RM8k sebulan tuu!!!... Kerja half-day je hari-hari..Isk..isk...Sempoi..sempoi. Usaha tangga kejayaan. :-)

Wednesday, July 19, 2006

Yang sejati

Ada banyak benda aku nak tulis, tapi later la kot...Deadlines menimbun ni! Arghhhh...! Anyway, aku jumpa artikel ni dalam Metro Ahad last week. Very touching indeed. Read on, my dear readers...

Cinta sejati bersatu di akhirat

Raja bin Umar An-Nakha'i bercerita: Dulu di kota Kufah tinggal pemuda tampan yang zuhud. Satu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha' dan bertemu gadis cantik.

Sejak melihat gadis itu, dia pun jatuh cinta. Demikian juga dengan gadis itu. Pemuda itu kemudian meminangnya, tetapi hampa apabila gadis itu sudah bertunang. Pasangan kekasih itu sedih. Si gadis itu kemudian mengirim utusan untuk menghantar surat kepada pemuda itu yang berbunyi:

"Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku dan aku juga amat mencintaimu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang ke rumahmu atau engkau akan datang ke rumahku."

Selepas membaca isi surat itu, pemuda itu pun berkata:

"Dua tawaran ini tak ada satu pun yang aku pilih. Sesungguhnya aku takut akan seksaan kerana derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam."

Utusan gadis itu menyampaikan kata-kata pemuda berkenaan. Gadis itu pun berkata:

"Aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan takut kepada kepada Allah seperti dia. Demi Allah, tidak ada seorang pun yang layak dapat gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik."

Selepas berkata begitu, gadis itu pun melupakan urusan duniawi. Dia hanya memakai baju tenunan murah dan sejak itu tekun beribadat, walaupun hatinya merana. Kerinduan membelenggu hidupnya sehingga dia meninggal dunia.

Pemuda itu sering menziarah makamnya. Pada satu hari dia bermimpi melihat kekasihnya dalam keadaan bahagia. Pemuda itu pun bertanya:

"Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan selepas berpisah denganku?"

Gadis itu menjawab:

"Kasih, cinta yang terindah adalah mencintaimu, sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan. Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu, burung syurga menjauh dan malaikat menutup pintu."

Mendengar kata kekasihnya, pemuda itu bertanya kepadanya:

"Di mana engkau berada?"

Gadis itu kemudian terus menjawab dalam keadaan bersyair:

"Aku berada dalam syurga yang dijaga oleh malaikat dan akan terus menunggu ketibaanmu, wahai kekasih."

Kata pemuda itu:

"Di sana aku mohon supaya engkau mengingatiku dan aku pun tak dapat melupakanmu."

"Dan demi Allah, aku takkan melupakanmu. Aku memohon kepada Tuhanku juga Tuhanmu, sehingga Allah berkenan memberi pertolongan kepadaku," jawab gadis itu.

Pemuda itu berkata lagi:

"Bila aku dapat melihatmu kembali?"

"Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku," jawab kekasihnya.

Tujuh hari selepas bermimpi, pemuda itu meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayangNya kepada mereka berdua dan mempertemukan mereka kembali di syurga.


Monday, July 17, 2006

Sedang ingin bercinta

World Cup dah habis, so sekarang, time Piala Malaysia pulak. Sabtu lepas, aku & Yatt bawak Deena tengok Perak lwn MPPJ kat Stadium MPPJ, Kelana Jaya. Perak menang 3-1. Yeay! Bawak Deena sure menang punyalah! Hehehe..Anyway, aku suka gak tengok bola kat stadium ni sebab tempat duduknya selesa (bagi aku lah) - just simen yang berteres. Senang nak duduk bersila & baringkan Deena atas riba kalau dia nak minum susu. Heh, macam kat rumah pulak! Argh, pedulik! Dan sebab selesa sangat la kot, Deena ngan selambanya tidur di tengah-tengah ke'havoc'an geng-geng Yob4Ever yang sibuk nyanyi lagu "Sedang Ingin Bercinta" deme tu. Dah boring ngan lagu "Ipoh Mali" kot? Haha.
Apa pun, malam tu aku tumpang seronok bila dengar cerita RVN (geng Yob4Ever) yang baru 26 hari jadi bapak budak. Teruja habis dia. Selalunya aku dengar cerita mak-mak orang je, dan jarang dengar excitement bapak-bapak orang. But that night, he really made me smile. Congrats, Yop! Bertambah lagi sorang bakal penyokong Kejor Yop Kejor dari golongan kaum hawa. ;-)

Tuesday, July 11, 2006

Personal attack?

Kalau la sungguh bagai dikata, Materazzi memang camgumpunk!
F**k you la!...
And, you deserve the Golden Ball, Zizou. Fecilitations, monsieur!

P/s: Heh..aku ni memang emo habis when it comes to Joga Bonito. Err..Ayyub, betui la cakap ko. Rasa sedih plak bila WC dah habis. Rasa macam tiada lagi malam-malam yang bermakna. Cewahh! Kan aku dah kata awal-awal tadi, aku ni memang emo..:-)



Monday, July 10, 2006

Forza Italia!..Lepas ni boleh tidur nyenyak

Yeay!!!!...Sekali lagi mata aku berkaca-kaca. Biru! Siapa kata Itali lwn Perancis final yang membosankan? (ye la..since dua-dua defend kuat!). I enjoyed the game very much. Tapi apa nak buat, penalti jugak jadi penamat. Dan, sekali lagi jugak Grosso jadi hero. Anyway, the Italians deserved to win!...Forza Italia! (p/s: Edd & Ayyub, sori aku tak balas sms korang. Teruja sangat la bila nengok Cannavaro. Hehehehe...)

Alahai, Zizou..Zizou...Apa la Materazzi cakap sampaikan dia 'tanduk' mamat tu??..Must be something very kurang ajar. Zidane kan cool as a cat? Ah, aku pulak yang rasa terkilan sebab aku dah terbayang-bayang dia pencen with his head held up-high. Anyway, apa pun, Zidane tetap legenda! Vous avez magnifique! Toujours.

Masuknya Trezeguet mungkin satu deja-vu, tapi malangnya kali ni hero Perancis kat Euro 2000 ni terkantoi. Penalti tak masuk la pulak! Karma. Tapi in a way, it was a blessing in disguise for me. Ye la, mamat ni jarang jadi first 11, & kamera jarang fokus kat dia. Alih-alih this morning, Trezeguet everywhere!! Yeay!!...

(Photos credit: Reuters & AP)

P/s: Steve McLaren (manager England yang baru) dah haramkan England WAGs dari future tourneys. Hahahaha..

Sunday, July 9, 2006

Ok la tu..


Portugal kalah dengan Jerman.
Tak kisah lah...Janji Nuno skor!!...Yeay! ;-)

(Pic: Reuters)

Friday, July 7, 2006

Blast-from-the Past


































Yeay! Dah jumpa balik gambar-gambar ni...Ni gambar Deena masa dia belum lagi start praktis main skateboard. :-)

Mind you, I have chicken pox (II)

Deena the DVD-conquerer.
Sempat lagi tersengih walaupun kena chicken pox.
(All pics by: Yatt)

Mind you, I have chicken pox (I)




Hobi Deena masa kena chicken pox - Nak ikut jejak Joe Ipoh kot? Tapi, ada sesape nampak skateboardnya tak? Hehehe..

(All pics by: Yatt)

Thursday, July 6, 2006

Maya Persada

Aku lepak kejap. Letih edit layout. Aku layan lagu-lagu LEFTHANDED. Dua lagu ni (MAYA PERSADA & PENCINTA) ialah antara lagu Lefthanded yang aku suka layan. Ada calming factor. Try layan lagu-lagu ni lepas hujan, atau masa tengah tengok bintang-bintang kat langit...
Sure terasa kejiwangannya. Hehe. :-)

MAYA PERSADA

Dihikayatkan
Sepasang insan jiwa halus murni
Menggenggam teguh ikrar cinta bak mahkota
Meski pun badai melanda

Dihikayatkan
Secitra lambang luhur semara
Tapi menjadi legenda cinta musnah
Inikah di-Nas kan Pencipta

Melayar bahtera cinta
Di alun gelora
Menuju pantaian kasih
Penuh merintih

Abadikah kami di sana
Maya persada


PENCINTA

Kau melodikan sebuah lagu cinta
Dan hari ini aku mendalaminya
Nyaman terasa ketika beriring bersamamu
Redup cuaca di sekeliling

Di air tenang ku lihat keriangan
Dan segalanya itu untuk siapa
Pasti ku tujui jalan memujuk satu haluan
Engkau dan aku akan bersama jika sempurna

Satu dan dua
Dengan dugaannya
Halakanlah aku jalan yang sentosa

Di sana kiri kanan yang tersenyum kepuasan
Barat timur dan utara bawalah ke mana saja
Dulu kala aku kelam dalam pahit suasana
Lagi sempit lagi beku hilang arah impian
Dulu kala aku rindu belai kasih sayangmu
Hari esok mungkin ada hari yang bercahaya
Itu nasib perjalanan seseorang pencinta

Away from the Numbers

“Sometimes I just hate myself
I walk, I creep and I crawl
I wanna, I wanna, be pure.”
(PURE – My humble respect to mamat yang menjerit-jerit di background! Wa caya lu!)


“Sat next to a drunk on a bus ride
Smell of beer on his breath
The bus took a sharp turn to the right
And the dude puked on my lap!”
(UNEXPECTED SHOWER – Lagu yg selalu bermain-main dalam kepala ni everytime naik BMW dulu-dulu…)


“Ozone layer gets thinner and thinner
Chemical dust gets thicker and thicker
Human life goes shorter and shorter
Our lands changed to scenes of slaughter.”
(CELEBRATING MOTHER – Would love to sing this tune to Karam Singh Walia. Hehe)


“Saturdays punks like to wear swastikas
Flying red and blue union jack
Neo-nazi’s army of bonehead cretins
Even when their bottoms are black.”
(PART-TIME PUNKS – Wot?! Wot?! Wottt?!!…Aahahahaha…)


“Tears when it burns you like rain, always will heal your heart
Fear when it burns you like pain, always will tear your heart
Beware of your heart..”
(BEWARE YOUR HEART – So true. Nice acoustic solos too).


Oh, those were the days! How I miss these boys!

Biru mata coklatku

Au revoir, Figo...(AFP pictures)


Hmm, semuanya nampak biru pagi ni dan untuk beberapa hari lagi. Hehe. Berjaya jugak France ke final jumpa Italy. Ye la, France nampak lembab sejak WC start. Anyway, Portugal yang kontrol match pagi ni, tapi tu la...Ramai sangat players yang agak selfish. Actually, I would love to see them in the finals. History-in-the-making. Tapi, sepakan penalti Zizou mematikan mimpi Scolari.

To Nasrol, yes, betul la kata ko tu.."Menang penalti boleh la..". Well, football is evil, my dear. Realitinya selalu kejam. And, for me, that's part of its beauty. :-)

Italy vs France...Ahhh...biru mata coklatku...

Wednesday, July 5, 2006

Azzurri buat aku menangis!


Yeeehaaaaaaaaa!!!...Yatt, kan Nana dah kata, Itali sure masuk final! Hahahahaha..Tak sia-sia la aku support Itali. Last diorang menang WC tahun 1982 (kalahkan Jerman 3-1) & last diorang masuk final WC tahun 1994 (kalah dengan Brazil). Bagi aku, Jerman nampak nervous & under pressure pagi ni (especially masa first half) sampaikan Klinsmann yang selalunya cool, entah berapa kali mengamuk tepi padang! Aku memang respek habis pada strategi Itali dalam WC tahun ni. Masih lagi defensive, as always, tapi one could really see they have open up. Barisan depan yang lebih berani. Rentak baru gaya Lippi. Anyway, thanks Grosso & Del Piero! 2 bijik gol dalam extra time yang dramatik (especially gol Grosso tu - bak kata Dato' Rahim Razali, gol daripada seorang defender yang melangkaui batas skill seorang striker!). Bukannya apa, aku tak sanggup nak tengok penalti. Kejam sangat la! Haha. Apa pun, dalam game ni, aku rasa Cannavaro main paling sempoi. And so did Buffon. Cayalah!

Lepas ni, France jumpa Portugal. Team tua vs team muda. Aku tak kisah sangat sebab dua-dua team ni aku support. But, lebih cun kalau France jumpa Itali kat final nanti. Boleh la Zidane pencen dengan tenang & penuh kenangan manis. Hehehe..
Allez, Les Bleus! Bonne chance!!

P/s: Ayyub & Edd, korang nangis terharu gak ke? ;-)

Monday, July 3, 2006

Grief

"And you would accept the seasons of your heart just as you have always accepted that seasons that pass over your fields, and you would watch with serenity through the winters of your grief." (Kahlil Gibran)


Every morning after I wake up, I'll go straight to the master bedroom, grab my towel and headed to the bathroom. The bathroom is near the bedroom's window; the window in which I look out just to make sure that it is still dark. Still Subuh. From the window, I can hear clearly everytime my next door neighbor (aka 'Brader sebelah rumah') unlocks his door grille, car and front gates. I'll know that I am not late to shower when I hear him leaving for the surau up on the hill. When I hear him coming back from his prayer and I'm all ready in my office attire, I'll know that I have time to do some chores at home; and Yatt and me can still beat the dreadful traffic crawl right from Len Seng until Plaza Phoenix, have breakfast at Pak Usop's and still reach my office on time.

Last Friday morning, I didn't realize that I had missed my "time-keeper". I guess I was just too exhausted to get up early as always. Deena had chicken pox, and I was quite off-colored after dealing with her hyperactive behavior (despite her illness), turning our home like 'kapal karam' all day long. I didn't realize it all, until Yatt broke the news last night.

Yatt told me that Brader sebelah rumah (my time-keeper) passed away after Friday prayer. He was 46. Heart failure. I was stunned. I didn't realize that something sad had happened when I saw/hear no one from my neighbor's house during the weekend. I just assumed the whole family 'balik kampung' since Friday night (like they always do).

Suddenly I picture his wife and small kids. I just couldn't imagine their grief. The lost of the sole breadwinner. The lost love.

Some people said that we tend to really appreciate a person when he/she is gone. How true. When I woke up this morning, I realized that Brader sebelah rumah will never know how his normal mornings had somehow or rather unintentionally, meant something to his neighbor.

I could feel a pang in my heart. I should've asked his name.

Al-Fatihah.


Sunday, July 2, 2006

Joga Bonito


"Politics dirties everything,
Football cleanses the mind.."
('Our world united by football' - Raja Zarith Idris, Sunday Star, 25 June)

Dah lama gak aku tak menulis kat sini kan? Like I said, hidup aku & kepala otak ni macam kena 'pause' kejap sejak musim World Cup (WC) ni! Dah jadi macam zombie je. Ngantuk memanjang. Haha. Tapi setakat ni aku buat rekod la. Tak pernah lagi amik MC @ ponteng sebab nak cover tidur! Cayalah, Countess!..Kalau dulu, especially time kat kolej, kompom tak pegi kelas..Alaa..lepak la...Macam aku cakap kat colleague aku bila dia tengok mata aku yang stoned semacam:
"It's only about 3 days of total sleepless nights if one watches all the WC matches. 3 nights, loads of eyebags, once every 4 years je. Ok la tuuu.."..Hehehe...

Anyway, setakat ni aku happy sangat sebab teams yang aku pilih (Italy, France, Portugal) dapat masuk semi-final. Cuma frust gak bila Holland & Argentina dah out (dua teams ni la yang aku predict pegi final sebenarnya..). Rasanya final nanti, it's going to be great & unpredictable. Ye la, no more Brazil!..Maybe Brazil riak sangat kot (Roberto Carlos, "born to win WC?"). And yes, England is out as well! Yippeeee!!!...Jangan lupa bawak balik WAGs, wahai Beckham & the gang. Sure berkargo-kargo barang-barang yang minah-minah tu shopping kat Jerman nun! Haha.

Cakap pasal WC ni kan, teringat kat satu iklan tu. Compere tu tanya kat dua orang minah ni, apa diorang buat bila suami sibuk tengok bola? Yang sorang tu jawab "gardening", sorang lagi pulak "shopping". Hmmm...Pukul 3 pagi?! Interesting. Aku tak kisah sangat kalau perempuan tak minat bola ni, tapi jangan la bikin malu kompeni, beb! Haiyaa..Diorang ni boleh geng la ngan 2 artis perempuan yang dengan konfidennya support Liverpool & Manchester United in this year's WC!! Kui...kui...kui...

Til then, Forza Italia!!

P/s: To my dear Yatt, just a few more days to go. Sabor..& keep on writing great news on the WC. Kesian dia, sebab WC, kena kerja sebulan without cuti. Tapi takpe, just once every 4 years!!:-)

Saturday, July 1, 2006

Reminiscing Ipoh II

Signboard ni aku & Yatt jumpa kat area pekan lama. Kedai sini jual naga kot? Haha.
'No Parking' ke, 'No Farking'?..Hehe..Depends on your eyes lah!
Pekan baru yang dah macam pekan lama. Bangunan putih kat sebelah kiri ni ialah Super Kinta (r.i.p..sad but true..). Super Kinta la 'meeting point' untuk aku jumpa member ke, boyfriend ke, sapa ke. Tapi it was strictly a meeting point je. Bukan apa, kalau nak jalan-jalan kat dalam Super Kinta tu bahaya sket..Takut kantoi ngan family @ sedara-mara. Kalau nak tau, Super Kinta ni unik sikit. So-called la. Hehe. Kat tingkat atas, departmental store & kat bawah, "merket" (pasar la tu..). Pasar tu memang ramai la otai-otai (especially Mak Chor, arwah Opah & sedara-mara aku) suka pegi sebab ada macam-macam dijual kat situ. Even kalau aku kata aku nak pegi Super Kinta pun, sure ada je yang suruh aku singgah pasar tu beli halba campur la, cabai kering la, asam jawa la, itu la, ini la..Haiyaa...Aku cukup malas nak pegi situ. Sebab? Ye la..dah dressing glamer-glamer, wangi-wangi nak bertenet semua, alih2 kena masuk pasar yang basah & bau ikan pulak. Nak beli lepas tenet, nanti kedai kat situ tutup. Nak kata tak nak beli, kang tak dapat lesen merayau pekan Ipoh. Adehh..Lagi satu sebab aku malas nak beli pasar tu?..Kadang-kadang, aku tak tau langsung macam mana la rupanya rempah ratus etc. yang diorang pesan tu! Hehehe..
Anyway, kat Super Kinta la 'meeting point' aku & Yatt for the first time. :-) Jiwangggg!..

Ni kedai tailor Mama. Mama kata, nyonya tailor ni (bukan nyonya dalam gambar ni..dia model je..hehehehe..) boleh buat baju yang buatkan orang-orang chubby macam aku ni nampak slim. Hisy, terus berkobar-kobar aku nak tempah. Haha.

(All pics by: Yatt)


Reminiscing Ipoh I

Padang Ipoh. Kat sini la aku pernah berkawad masa aku join school band (darjah 5 & 6 - ala..takat main pianica je. hehehe...) & join kadet polis (form 3 - masa tu kadet still pakai skirt yang sempoi). Kalau tak silap aku, masa tu sempena Hari Bandaraya Ipoh la, Merdeka la etc. Ingat-ingat lupa. Tapi yang nyatanya, kenangan-kenangan tu semuanya manis...(kadet-kadet polis from boys' schools & band boys yg diusha pun manis-manis...hehehe).
Goodshed. Restoran favorite Babah & arwah Atuk. Kata Babah, tempat ni asalnya kandang kambing, tapi last-last jadi restoran mamak. Murtabak kat sini memang kaw!!
Stesen Keretapi Ipoh. Dulu kat sini, memang happening. Kalau lepas game bola Perak, medan selera kat area stesen ni la antara pot yang diserbu kaki-kaki bola. Kat sini gak ada car-boot sales, dan kadang-kadang konsert 'Kilat Kasut' yang famous kat Ipoh ni. Tapi sekarang, tempat ni dah malap. Nampak semak dengan construction apa entah kat railway track situ. Medan selera pun dah takde. Dengar cerita dah jadi pot gay pulak! Heh..
Pujuk punya pujuk, akhirnya nak jugak bendera ni berkibar..Jenuh wehh, nak nunggu angin bertiup!

(All pics by: Yatt)

 
The Olskool RockaMomma © 2009 Designed by eddvedder