Friday, October 21, 2005

Pada Ketika Itu

Pada ketika itu
Takkan tercepat, takkan terlewat
Takkan tertangguh dengan kudrat

Akan tiba giliran kita
Mengadap Dia yang mencipta.

Pada ketika itu
Takkan ada lagi waktu dan ruang
Takkan mampu lagi kita terkenang-kenang
Cukupkah kita dengan bekalan?
Cukupkah anak-anak kita dengan yang dibekalkan?

Pada ketika itu
Kita hanya mampu memandang
Siapakah yang mencebik membenci?
Siapakah yang menangis mengiringi?

Dan, pada ketika itu
Kita hanya mampu mengharap
Agar bekalan seharum kasturi
Agar yang dibekalkan semerbak mewangi

-countess-

Bali - Aku Kangen Kamu (Ep. 1 & 2)

Hari ni, aku takde idea lagi nak tulis apa. Anyway, kepada sesiapa yang nak baca pengalaman member aku & Yatt, Maliah, masa tragedi bom di Bali baru-baru ni, rajin-rajinkan melawat blog Yatt, worait??...Aku dah linkkan terus ke blog dia. Ciao!

Thursday, October 20, 2005

Al-Fatihah

Malaysian PM's wife dies: news agency

KUALA LUMPUR (Reuters) - Endon Mahmood, the hugely popular wife of Malaysia's prime minister, died on Thursday, following a lengthy battle with breast cancer, national news agency Bernama said.

It quoted Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi as saying his wife had died at 7:55 a.m. at his official residence. She was 64.

Endon, as she was affectionately known by most Malaysians, was a huge source of inspiration for Abdullah, and many political analysts say she encouraged him to pursue the leadership.

Abdullah, 65, took power late in 2003, as the chosen successor of veteran leader Mahathir Mohamad.

The soft-spoken Endon was diagnosed with breast cancer soon after her twin sister Noraini found out she had the disease in 2002.

Since then, she had made regular trips to the United States for treatment. Endon recently returned home from weeks of treatment in Los Angeles, but immediately went into hospital to guard against secondary infections, on doctor's advice.


**Al-Fatihah untuk arwah Datin Seri Hendon...Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya. Dan takziah untuk Datuk Seri Abdullah & family...

Gambo-gambo

kurma...

our notice board...

deena with her new shoes...

Wednesday, October 19, 2005

Rock Kapak!


Ni la sebahagian kaset-kaset rock kapak yang aku simpan. Nak pinjam? Tak boleh, sebab ni pun bukan aku punya. Cilok, tapi untuk tujuan baik. Hehe. ;-) Paling aku sayang of course la kaset 'Battle of the Bands' (Abg. Dan terkejut tengok aku simpan lagi kaset ni sebab dia pun tak ada simpan langsung) & OST filem 'Kembara Seniman Jalanan'. Filem yang boleh dikatakan 'The Voice' masa zamannya. Susah nak cari filem macam tu lagi sekarang ni.
Masa zaman 'keganasan' rock kapak ni, aku still budak sekolah. Tapi memang aku minat habis ngan muzik rock zaman tu. Masa kat sekolah, geng-geng aku semua panggil aku 'Minah Rock'. Kalau pergi konsert rock, mesti pakai skirt jeans paras lutut & kasut high-cut. Shirt baggy sikit. Kasut high-cut tu bukan brand 'Aliph' (brand paling gempak time tu), tapi brand apa ntah. Dah tak ingat. Nak beli kasut 'Aliph', tak mampu. Rambut pulak, hmm, family aku tak galakkan aku simpan rambut panjang masa sekolah, so that nampak lebih kemas & senang nak manage. So, walaupun rambut aku pendek, boy's cut, aku ada simpan 'ekor'. Ala...masa dulu kan rambut ada 'ekor' tu top kejap trendnya?! Haha, buruk betul, tapi lantak lah. Janji rock!
Kalau dari era 'Battle of the Bands' aku suka Ella & The Boys (berangan nak jadi Ella la konon...), Bloodshed, SYJ & Lefthanded dan kalau dari 'Juara-Juara Rock' aku suka May. Lain-lain band rock kapak yang aku suka ialah Rusty Blade, BPR, Search & the best of them all, Wings. Kefanatikan aku pada Wings, hmmm..tak payah cite lah. Yang nyatanya, parut demam pelentong di kening aku ni jadi saksi betapa gilanya aku kat Wings dulu-dulu. Haha.




Gambar siap autograf ni, gambar band Crossfire. Kalau ada yang tak tau, band ni la yang popular ngan lagu "Realiti dan Fantasi". Bagi aku, album diorang yang paling best ialah 'Fatamorgana' (debut album). Kebanyakan lagu-lagu diorang heavy & totally hard rockin'! My taste, indeed. Antara lagu yang best dalam album tu ialah "Fatamorgana". Kalau ada yang masih ingat, video clip Muzik-Muzik lagu ni dibuat dalam kebun getah. :-)
Dulu, aku rajin gak tulis-tulis surat ngan Aim (vokalis; suara dia ni punya la tinggi!) . Kononnya, dulu dia anggap aku ni macam adik angkat dia la. Hehe. Lagi satu, aku & dia kongsi birthday yang sama. Lepas album 'Erosi', aku lost contact ngan Aim. Apa pun, aku masih simpan surat-surat dia sampai hari ni.

Malam ini..

Yatt dah berjaya buat aku suka lagu ni..Dulu tak perasan pun lagu ni sedap. :-)

MALAM INI (Ella)

Malam ini masihkah di sisi
Setelah lama tidak saling mengasih
Malam ini adakah saling membenci
Atauy membina cinta yang masih ada
Telah jauh perjalanan kita untuk memiliki istana
Penuh gemilang dan kasih sayang
Tapi mengapa semuanya bahgia sementara
Rasa kasih pergi hanya kerana
Kita tidak lagi saling percaya..Percaya
Malam ini mahukah kembali lagi
Seperti pertama kali
Memandang wajahmu
Kekasih...kekasih..kekasih..
Masihkah di sisi
Malam ini...malam ini
Mungkinkah terjadi
Malam ini
Mungkinkah terjadi

Monday, October 17, 2005

Baikkkk punya!!



Yatt dah ajak aku gi showcase ni. Sure best ni! Nak gak ikut, tapi....as usual la, Deena? :-(

As for 'Buli Balik', hmmm..pandai-pandai la aku nak gi tengok nanti. Tahun depan time Raya Cina kan? Ah, boleh kaw-tim la tu. :-)

Friday, October 14, 2005

Ramadan III

Pic caption:-
Nori, aku, Ain & Archiek sempat berposing sebelum berbuka. Sementara nak tunggu waktu berbuka, kitorang lepak, takpun 'bergayut-gayutan' kat telefon 'atur'...:-)

Puasa kat asrama memang seronok habis. Sebab? Makan sedap sentiasa! Hehe. Boleh dikatakan every meal makan sedap - berbuka, moreh & supper (walaupun supper hanyalah biskut & teh tarik or milo - tapi kalau dok asrama, makanan yang simple semuanya jadi 'mahal' & superlicious!).
Masa aku kat TIKL dulu, antara kenangan yang paling aku tak boleh lupa ialah masa solat tarawikh. Masa kat surau, kebanyakan budak perempuan tak nak dok saf paling depan, paling dekat ngan tirai yang memisahkan jemaah lelaki & perempuan. Kipas kat area tu biasanya agak kuat. Kalau sujud & bila nak bangun balik, silap-silap kepala & bahu dah 'termasuk' kat area jemaah lelaki. Bahaya gila tu!! Students lelaki yang kat saf paling belakang ni biasanya nakal-nakal. Bila ada kes macam ni, sure ada kepala yang kena ketuk, takpun student perempuan yang malang tu kena usik habis-habisan sampai takleh concentrate. Students perempuan yang dok saf tepi tingkap pun sama bahayanya. Sure ada yang kena kacau.

Time sahur pulak, selalunya aku & roommates aku sure dikejutkan ngan P.A system jiran kitorang, budak-budak Sekolah Alam Shah. Diorang punya announcement untuk bangun sahur selalunya merepek-repek, tu yang terjaga tu.

Masa aku kat TIKL, aku shopping baju raya kat Jalan TAR. Aku ajak best friends aku la, Ain & Nori. Lagipun diorang orang sini. Sekarang ni aku cukup malas nak pergi area tu. Tambah-tambah pulak sejak Deena ada. Nak shopping mana-mana pun kena fikir banyak kali.

Kalau lepas raya pulak, time nak balik asrama la paling seksa. Biasanya family aku sure nak bekalkan aku ngan kuih raya, bertin-tin pulak tu. Tak nak bawak, takut diorang kecik hati. Nak tak nak, terpaksa la bawak beg berbondong-bondong cam Din Beramboi. Naik bas ekspres ok lagi, tapi bila dah sampai KL, nak balik asrama kena naik bas mini. Bayangkan la azabnya!



Pic Caption: Ni pulak gambar aku & classmates aku (4P2 & 5P2 1993/1994).
From left: Aku, Ain, Nuin, Maz, Yatie, Nidot. Bawah: Liza & Nori.

**Btw, Ain, if you are reading this, ko ingat tak lagi time kita shopping bulan posa tu? Nasib baik bawak air kotak...Leh gak teguk air dalam fitting room. Hehehe...;-) Ha, lagi satu semalam masa aku lepak kat MINES, ada satu kedai tu pasang lagu favorite kita, "Rumpshaker". Arghhh...rindu giler aku kat korang sume!!..

Sana dan sini

Di dunia sebelah sana
Bumi digegar
Ramai yang kelaparan
Kerna bantuan belum kesampaian
Tapi Ramadannya tetap diteruskan
Itu ketentuan.

Di dunia sebelah sini
Bumi belum lagi digegar
Ramai yang terlebih kekenyangan
Tapi Ramadannya hambar dan kosong
Hanya ketentuan yang bohong.

Thursday, October 13, 2005

Between Form & Function




Rosli Zakaria's artwork.

Yin Yang

"...begitu juga dirimu tercipta untuk temani aku.."

Ajin, You Rock!!


Aku suka dengar lagu-lagu Ajin. Mungkin ramai yang lebih suka dia masa dia ngan Blackrose, tapi aku lebih suka album-album solonya, 'Dari Ajin Untuk Rakan-Rakan' (1994) & 'Rabak' (2000). Masa Ajin ngan Blackrose, aku rasa talent & kreativiti dia macam terkongkong (but his style back then was awesome!!), tapi dalam album-album solonya, Ajin nampak lebih santai & jujur. Lagu-lagu yang dia buat simple, but catchy. Senang melekat dalam kepala. Like a lullaby.

Dalam album 'Dari Ajin Untuk Rakan-Rakan', aku suka lagu-lagu ni: "Mungkin" (paling best & bermakna bagi aku), "Mengapa", "Bujang", "Cerita Satu Malam", "Semangat" & "Kasih Sayang". Dalam album 'Rabak' pulak, aku suka "Rabak", "Ngkau dan Aku", "Koboi Brickfields" & "Kesedaran". Lagu "Kesedaran" ni kalau tak silap aku lagu cover Gaya Zakry kot?

* I'll buy his album or whatever, kalau ada.
**I like his cartoons too.
***I hate "Penantian" and just love "Cinta Abadi".

(taken from 'Rabak' album inlay)

"Bueklah apo kau nak buek
Kau nak rock ko, nak apo ko
Kau punyo pasa..
Jangan kantoi udah...
Kang kok monyosa...

...Jangan lupo diri...jangan lupo mati..."

Ramadan II

Nampaknya kolum students study kat overseas bagi ucapan raya kat family dah mula ada kat newspapers since first day of ramadan. Bila tengok gambar-gambar diorang tu, rasa dengki tu ada la sikit. Kalau aku jadi fly ke USA, sure gambar aku pun ada terselit kat mana-mana. Sebelum fly dulu, pernah la berangan ngan kawan-kawan macam mana nak posing untuk kolum tu. Haha. Tapi dah takdir, aku study kat sini je. Macam mana pun, aku redha sebab tu semua ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya sekarang ni aku tak berhutang ngan MARA. Frust sebab tak dapat pergi overseas, aku & kawan-kawan pulun study habis-habisan sampai la loan kitorang otomatik jadi scholarship. Best!
Masa kat PPP dulu, time bulan puasa, aku & roommates aku - Aneh, Farah, Nut, Aida, Yatie & Munie - rajin gak pergi pasar ramadan. Selalunya kitorang pergi kat Seksyen 17 atau 18. Takpun, Seksyen 19 & kat Stadium Shah Alam. Kadang-kadang kitorang berbuka kat Subang Parade atau kompleks PKNS (dulu kompleks ni la paling happening kat Shah Alam...). Memang rambang mata tengok juadah kat pasar ramadan. Tak tau nak beli apa, tambah pulak pasar-pasar ramadan ni selalunya sesak ngan manusia! So, kitorang (especially aku la) beli makanan/minuman yang penjualnya ramah lagi hensem. Sedap tak sedap, belakang kira. ;-). Senang je, tak payah pening-pening kepala.
Time puasa ni gak, kitorang selalunya kecoh pasal tiket nak balik kampung (except Nut & Aida-diorang ni orang KL). Nak naik apa, siapa nak beli tiket, bila nak beli tiket bla..bla..Itu la problem paling besar masa tu. Aku rasa paling best balik raya naik keretapi. Walaupun slow, tapi feel dia lain sikit. More relaxing. Nak-nak pulak kalau dapat tempat duduk depan TV. Cuma boring kalau dapat tempat duduk depan pintu. Nak tidur payah sikit, ada je orang lalu-lalang. Lagi satu aku boring kalau dapat tempat duduk yang opposite ngan arah keretapi tu bergerak. Pening oii!
********************************************************

To all my fellow 'Pewwett'..girls, if you are reading this, gambaq Tarabas ni terspesel untuk hangpa. Ala..kan dulu TV ada tunjuk sekali cite 'Caves of the Golden Roses' ni dalam bulan posa? Kecoh bilik TV blok 5 dek Tarabas. Hahaha...Lagi satu, kalo hangpa dengaq lagu raya Ziana Zain & Awie tu, ingat-ingat la masa kita dok nyanyi lagu ni ramai-ramai dulu...:-)
Anyway, selamat berpuasa to all of you, my lovely girlfriends. Love, hugs & kisses!
























Falling isn't failing...

My boss forwarded an e-mail to me this morning. One of the things that caught my attention in the e-mail was this phrase, ”Falling isn't failing, unless you don't get up”…

Last week, I had a meeting with my boss. We discussed about the forthcoming staff-assessment (yes, it’s that dreadful ‘being grilled’ time again) and she suggested for me to attend some managerial training programs next year. To be honest, I’m not that keen to attend any training next year because I might be leaving. I guess, it’s just time for me to pack my stuffs and seek new challenges (aku ni cepat boring..). In fact, before the meeting with my boss, I just came back from sending my CV to a company. But strangely, my boss seemed to know how I feel lately (makcik ni terer telepathy ke hape?). She kept on saying things that I really want to hear, things that just nailed me back into this comfortable cubicle which I’ve been occupying since 2001.

Should I reconsider my thoughts? Should I go ahead and don’t look back? I am falling and starting to break into pieces here, and then suddenly, WHAMM!! - …”Falling isn't failing, unless you don't get up”…

Should I get up?

Wednesday, October 12, 2005

Stone Temple Pilots

On the way to my office today, I listened to Stone Temple Pilots (STP), album 'Thank You'. Rupanya Yatt beli kaset baru, gantikan aku punya yang dah 'selamat'...I like STP. The reason? Suara Scott Weiland kot? Pada aku album diorang yang best ialah 'Purple' yang ada lagu "Interstate Love Song" & "Big Empty". Lagu-lagu lain yang aku suka: "Plush", "Creep", "Sour Girl" & several songs from the album 'Shangri--La Dee Da'. STP songs (besides other grunge bands that I love) always remind me of the good old days at PPP/ITM...

18 - "Time of Your Life"


PLUSH

And I feel that time's a wasted go
So where ya going to tomorrow?
And I see that these are lies to come
Would you even care?
And I feel it
And I feel it
Where ya going for tomorrow?
Where ya going with that mask I found?
And I feel, and I feel
When the dogs begin to smell her
Will she smell alone?
And I feel, so much depends on the weather
So is it raining in your bedroom?
And I see, that these are the eyes of disarray
Would you even care?
And I feel it
And she feels it
Where ya going to tomorrow?
Where ya going with that mask I found?
And I feel, and I feel
When the dogs begin to smell her
Will she smell alone?
When the dogs do find her
Got time, time, to wait for tomorrow
To find it, to find it, to find it
When the dogs do find her
Got time, time, to wait for tomorrow
To find it, to find it, to find it
To find it
To find it
To find it

Tuesday, October 11, 2005

Ramadan I

Bulan puasa macam ni teringat pulak kat arwah Opah aku. Masa kecik, aku satu family duduk rumah Opah sekali ngan Mak Chor (mak saudara) & Cik Chor (sepupu) aku. Bila tiba puasa & raya memang la meriah. Time berbuka, masing-masing ada mug besar. Biasanya Mak Chor akan buat air bandung atau lengkong. Kalau takde, macam tak best je berbuka. Masa kecik, walaupun puasa, aktiviti lasak (main segala macam ‘aci’ la…e.g. aci nyorok, aci kejar etc.) tetap berjalan macam biasa. Bila balik rumah, mula la melepek je. Baring pun cari simen. Sejuk sikit. Pastu mula la Opah pok-pek pok-pek. Kadang-kadang tu bila Opah tengok aku semacam je letihnya dia suruh berbuka je. Biasanya aku boleh tahan, tapi kalau ada saki-baki lauk daging masak kicap yang Opah buat, sure aku kantoi. Bila dah nak dekat raya, Opah mesti sibuk beli sumbu & bawak keluar stok panjut. Aku atau Dedek pulak mesti kena kerah pergi kedai beli minyak gas. Tapi kena kerah pun takpe, sebab biasanya Opah akan bagi upah. Fanta Grape dalam botol! Aku kesian gak tengok Opah beriya-iya pasang panjut every year. Tapi aku tahu, semuanya cucu-cucu dia punya pasal. Kalau takde panjut, tak happening la raya. Nak main bunga api pun takde feel.

Bila aku dah besar sikit, time bulan puasa, aku tolong Mama buat kuih. Kadang-kadang dia buat bisnes. Aku ni malas sikit bab nak buat kuih semua ni. Ye la, tomboy katakan. Tak rock la buat kuih! Tapi, kesian pulak tengok Mama. Lagipun ada upah (upah lagi?..Hehe). Bila Opah tengok aku buat kuih, dia la paling happy. Dia cukup boring tengok aku yang memang jarang ke dapur sebab kalau boleh dia nak train aku jadi perempuan yang pandai serba-serbi macam dia. Opah langgan majalah ‘Wanita’ & selalu suruh aku try resipi ataupun try buat gubahan-gubahan untuk hantaran dalam majalah tu. Dia tau aku boleh buat, tapi aku yang malas. Pastu Opah mesti nak bawak aku pergi mana-mana kenduri kahwin. Aku memang malas nak ikut Opah sebab firstly, kena pakai baju kurung. Secondly, Opah suka stay-back lepas makan. Dia suruh aku perhati macam mana pelamin, bunga telur & hantaran dibuat, macam mana katil pengantin dihias bla..bla. Tension woi, sebab aku tak minat langsung.

Opah sebenarnya seorang yang garang dan tegas. Boleh dikatakan ramai la orang kampung tau betapa garangnya Opah aku tu. Cucu-cucu dia pun ramai yang kenal. Tapi aku ni jenis tak makan saman. Kalau dia tak suka tengok aku pakai short, itu la yang aku pakai. Kalau dia suruh aku balik rumah pukul 5 petang, aku balik pukul 6 petang. Bila aku balik lambat, Opah sure dah tunggu aku depan pintu sambil membebel-bebel. Ada sekali tu, aku pergi konsert Wings kat Medan Gopeng. Medan Gopeng tu dekat sangat ngan rumah aku so aku pergi konsert tu jalan kaki je. Masa tu umur aku 14 ke 15 tahun ntah. Aku balik lambat sikit malam tu, ye la, rumah dekat kan? Jalan kaki pun melenggang kangkung je. Nak dekat sampai rumah je, aku tengok Opah dah siap tunggu kat pintu pagar. Rupanya malam tu, bila ada je budak-budak baya aku lalu depan rumah, dia tanya budak-budak tu, kenal aku tak, konsert dah habis ke belum bla..bla..Risau betul dia ngan aku. Aku gak cucu yang hampeh.

Apa pun, aku bersyukur sangat sebab ada Opah macam dia. Opah ajar aku baca Al-Quran. Sebenarnya Opah mengajar budak-budak mengaji & dia memang make sure semua cucu-cucu dia khatam Al-Quran. Selain tu, dia hantar aku & Dedek pergi belajar marhaban. Untuk balas jasa Opah tu, kat sekolah aku mesti masuk tahfiz, join semua aktiviti & belajar rajin-rajin just to make her happy & proud of me, even though aku ni seorang cucu yang degil.

Bila Opah dah takde, puasa & raya macam dah tak best. Nak pasang panjut pun takde mood. Pagi raya, takkan ada lagi nasi himpit kuah kacang original Opah yang power. Takkan ada lagi kuih bakar, kuih sampan & kuih pisang yang gebu. Takkan ada lagi kuih bahulu dan Fanta Grape. Dan, takkan ada lagi pujian Opah bila cucu dia yang tomboy lagi degil ni pakai baju kurung di pagi raya…

Terima kasih Opah sebab ajar aku mengaji. Sekurang-kurangnya aku boleh hadiahkan Al-Fatihah & Yassin untuk Opah…

Spidey

My preciousss...

D' Riadzs..Hehehe..

Little spidey gurl..."Sorry I'm not home right now, I'm walking in the spiderweb, So leave a message and I'll call you back..."

Deena & Maliah..Ni gambar masa kitorang bertandang rumah Maliah Selasa lepas. Balik dari situ la kereta kitorang rosak. Stranded kat stesen minyak Esso area Bukit Antarabangsa sampai dekat pukul 12 malam. Nasib baik member office Yatt, Azam, datang ambik kitorang. Kalau tak, bersahur kat stesen minyak la. Sebelum kereta rosak tu, Deena nangis beriya-iya tak nak naik kereta. Rupanya ni halnya. Budak kecik macam ada 'sixth sense' kan?

(All pics by: Yatt)

Monday, October 10, 2005

Bring On the World Cup!

Ni gambar Edwin vand Der Sar (Holland). Aku suka gambar ni. Macam rockkkk je..
(Pic: AP Photo/Petr David Josek)


Ni gambar Cristian Zaccardo, defender Italy.
(Pic: AFP Photo/Patrick Hertzog)


Italy qualified in World Cup 2006. :-) Actually, kalau World Cup, aku & Yatt ada teams masing-masing yang kitorang support. Kitorang akan pilih against each other, baru syok nak fight. Hehe. Anyway, Itali ialah salah satu yang aku support. Viva Italia!!

Yang menariknya tahun depan, takde Cameroon (sigh), Nigeria & Senegal, tapi benua Afrika akan diwakili oleh Togo, Angola, Ghana, Ivory Coast & Tunisia. Togo?? To be honest, I never heard of this country before (macam katak bawah tempurung je aku ni...). Alih-alih masuk World Cup terus! Haiii..bila la Malaysia nak masuk World Cup ye? Macam impossible je, tapi bak kata Adidas, "Impossible Is Nothing"...

Smallville is back

Minggu lepas...

Sabtu

First time dalam bulan puasa ni aku & Yatt beli juadah berbuka. Boleh tahan gak belanjanya, lebih RM10. Biasa la, rambang mata je lebih. Actually, dari first day puasa, aku masak. Kalau tak sempat lepas balik kerja tu, time berbuka tu aku & Yatt minum je dulu & solat, lepas tu baru aku start masak & later makan. Memang la letih sikit, tapi aku tak kisah sangat. Yatt pulak suka lauk-pauk yang simple. Takde hal lah. Lagipun sekarang ni kena ambil kira gak selera si Deena. Kalau boleh, biar la dia makan makanan yang fresh & baru dimasak. Tapi tu la, mencabar gak nak masak sejak Deena ada. Kadang-kadang tu aku terpaksa pegang senduk sebelah kanan, dukung Deena sebelah kiri! Tak lama lagi, sure berketul-ketul otot bahu & lengan.Haha. Anyway, pasar ramadan kat rumah aku ni happening gak. Cakap pasal pasar ramadan ni, adik aku, Dedek, suka sangat pergi pasar ramadan dekat flat polis Kelana Jaya (rumah kitorang duduk dulu). Happening habis, ramai selebriti, tapi pahala? Tak jamin. Ramai awek yang pergi situ, dressing maut lagi seksi-meksi macam nak pergi clubbing. Makin nak berbuka, makin sikit pulak pahala.

Ahad

Selalunya kalau weekend, Deena bangun lambat. Tapi kali ni pukul 6.30 pagi dah bangun. Bila dia bangun awal hari Sabtu & Ahad, alamatnya susah sikit la nak buat kerja-kerja rumah masa pagi. Banyak songeh sikit dia ni. Orang nak sidai kain, dia nak ikut. Orang nak menyapu, dia pun nak menyapu. Orang nak kemas rumah, dia tolong selerakkan balik. Arghhh!! Sekarang ni pulak, dia dah pandai nak ikut Yatt pergi mana-mana pun (even pergi toilet!). Kalau Yatt dah siap & baru pegang kunci je, dia dah menjerit-jerit "Kut..Kut..!!" ("ikut" la tuuu..) sambil suruh dukung. Kalau tak bagi dia ikut, macam tarzan la dia menjerit (*mungkin ni la akibatnya kalau time preganant pergi tengok konsert & bola*;-)) . So, kalau nak pergi mana-mana, Yatt kena cover-cover sikit. Nasib baik la bila aku & Yatt hantar dia pergi nursery sebelum pergi kerja tu, dia tak nak ikut pulak.

Pagi Ahad, Yatt ada assignment kat office dia - interview Rosli Zakaria, artist/sculptor. Rosli Zakaria ni buat pameran artwork dia 'Between Form & Function' kat Balai Berita NSTP. Aku & Deena ikut sekali. Malas nak stay rumah, lagipun malas nak dengar jeritan tarzannya kalau kena tinggal. Lepas tu, kitorang tiga beranak terus balik rumah & tidur. Lebih kurang pukul 5.30 petang, kitorang pergi Shah Alam, rumah Kak Wira & Abg. Azahari. Berbuka kat sana. Rupanya, Mak, Kak Yus, Abg. Muhawim, Adam & Anas pun ada. Ingat nak buat puding karamel aku yang famous untuk diorang semua (hehe...famous di kalangan family adik-beradik Yatt je la..), tapi macam boring pulak (overkill??...). After that, cepat-cepat balik rumah. Aku nak tengok 'Smallville'-new season. Tapi sebenarnya aku tak suka sangat Superman, aku layan 'Smallville' ni pun sebab Michael Rosenbaum (aka Lex Luthor). Dia ni la villain yang buatkan aku tak sampai hati nak benci. Hehe. ;-) Then, tengok 'Azura' pulak. Tapi kejap je, aku cuma nak tengok adegan Zek datang sekolah ngan gaya Mat Rempit lagi Romeo untuk bagi bunga kat Azura. Lawak tul!

Friday, October 7, 2005

Ular Sawa Yang Bercita-cita Tinggi

This Sept. 26, 2005, photo provided Wednesday, Oct. 5, 2005, by the Everglades National Park, shows the carcass of a six-foot American alligator protruding from the mid-section of a 13-foot Burmese python in Everglades National Park, Fla., after the snake apparently swallowed the alligator resulting in the deaths of both animals.

(AP Photo/Everglades National Park)


**Countess:
Yuckk!!...Besarnya cita-cita ular tu!!...

Thursday, October 6, 2005

Near death experience

Kelmarin, aku, Yatt & Deena pergi ambik Maliah kat office dia, lepas tu terus pergi rumah dia kat Setapak. Maliah ni baru je balik dari Bali. Masa Kuta kena bom Ahad lepas, dia ada lebih kurang 100m je dari tempat kejadian. Tu yang nak jumpa dia tu, nak dengar cerita. Alhamdulillah, she came back in one piece. Kena buat kenduri kesyukuran tu dik oii!. Maliah kata sebelum bombing tu memang ada petanda buruk, and some people actually have been warned about it, tapi it seemed like nobody didn't give a damn. Anyway, since she was there, boss dia suruh buat story untuk Kosmo. Ahad ni keluar la kot. Untuk Yatt & aku pulak, dia akan buat versi sempoi untuk blog kitorang. Siap gambar sekali. So, rajin-rajin la visit blog 'AraPayung' & 'Silverheadbanger'. ;-)...Hmm..nampak gayanya, kitorang kena fikir balik la plan nak pergi Bali tahun depan. Aiseh.

Aku pernah sekali kena near death experience ni. Masa tu aku pergi camping ngan geng-geng PPP/ITM kat Gunung Ledang. That incident happened masa kitorang tengah syok mandi sungai. Kat sungai tu ada satu batu yang kita boleh buat macam gelungsur. Ntah macam mana aku slide, aku terus termasuk kat area yang dalam airnya. Area tu pulak jauh sikit dari geng-geng aku mandi. Aku tenggelam habis & terkial-kial nak timbul balik ke permukaan. Masa tu, memang aku dah terfikir, umur aku takat hari tu je. Semuanya makin lama makin nampak kelam. Tiba-tiba aku rasa someone terjun dalam air & terus grab aku. Alhamdulillah, rupanya ada sorang member yang nampak aku. Dia terus bawak aku ke tebing. Lepas tu dia terus je join balik geng-geng yang lain. Dia buat selamba je, as if, dia tak nak orang lain nampak dia jadik superhero. Dan, memang takde sorang pun yang tau insiden tu sampai la kitorang semua dah balik kolej. Aku bagitau roommates aku je. Tapi diorang ni jeles pulak ngan aku sebab diselamatkan seorang hero yang memang top & antara yang termacho kat kolej aku dulu. Sampaikan ada yang cakap aku buat-buat lemas pulak. Cesh!...Apa pun, pengalaman tu memang buat aku insaf. Takut. Fobia gak nak mandi sungai atau laut. Sampai hari ni aku tak pernah cite kat family aku. Kalau la diorang tau dulu, sure aku takleh lagi pergi camping sana sinun.

Tuesday, October 4, 2005

Yellow Ledbetter

T-shirt aku yang aku beli kat CM (Pic by: Yatt)


4 October 1970...
Janis Joplin dies of a heroin overdose at the age of 27. If I'm not mistaken, Jim Morrisson (Doors), Jimi Hendrix and Kurt Cobain (Nirvana) also died at the same age. Coincidence?
I've been listening to Pearl Jam's "Yellow Ledbetter" for several times in these two days. Some people interpreted "Yellow Ledbetter" as a song about war. But I guess, nobody can really tell considering the fact that Vedder usually change the lyrics everytime he sings it.
Some people also claimed that the guitar work in this song was a tribute to Jimi Hendrix. The intro of this song was said to be similar to Hendrix's "Little Wing". I'm not sure about it, but whatever it is, Mike McCready's guitar work here just brings me to tears...

Paradise City

Petang semalam lepas balik kerja, sebelum masak untuk makan malam, aku rileks kejap sambil tengok vcd video clips Guns 'N' Roses. Dah lama tak layan. Aku minat gak band ni sebab aku suka tengok Axl Rose punya energy (ke, that red spandex?..heheh...) & Slash punya stail main gitar yang seksi. Haha ;-)...Anyway, mungkin ada yang perasan aku guna lirik lagu Guns "Paradise City" untuk tajuk blog aku kan? Kenapa ye? Well, sebenarnya aku suka 'feel' lagu tu. Dalam video clip "Paradise City", ada satu part yang tunjuk fans Guns 'N' Roses berlari-lari ngan excited masuk stadium bila gate stadium dah dibukak. Masing-masing nak dapat tempat yang paling depan & paling dekat ngan stage sebelum konsert start. So, 'feel' macam tu la yang aku nak buat ngan blog aku ni. Bila aku bukak blog & tulis entry aku je, ramai yang akan rasa excited & tak sabar-sabar nak baca..Hehe..:-) Ok tak?

Isu yang dipolitikkan

Tengahari semalam Babah telefon. Dia tanya apa yang dikecoh-kecohkan sidang Dewan Rakyat pasal Hattan punya versi 'Negaraku' masa final Piala Malaysia hari tu. Aku pun tak tau sangat, so, malam aku tengok berita nak tau cite sebenar. Rupanya wakil BN Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz kata Hattan menghina lagu kebangsaan dan patut dibuang ke laut. Wakil BN ni siap demonstrate lagi macam mana Hattan nyanyi baris terakhir lagu 'Negaraku' malam tu. Aku dengar sendiri macam mana Hattan nyanyi & tak dinafikan memang la 'pelik' sikit bunyinya. Ntah off-tune ke, salah satu not ke..tak tau la..Tapi memang bunyi macam lagu tu belum habis dinyanyikan. But, pada aku tuduhan 'menghina' tu berat sangat. Dalam paper Utusan Malaysia hari ni, Hattan pulak kata kenyataan wakil BN ni 'tidak berperikemanusiaan'. Hmm..entah la.
Pada aku la kan, nyanyi sumbang tak apa sebab bukan semua orang boleh menyanyi lagu 'Negaraku' ngan perfect. Sumbang & sengaja disumbangkan amatlah berbeza. Dan, sumbang tak bermaksud menghina atau tak patriotik. Tapi, jangan la lupa terus lirik lagu kebangsaan ni ataupun tak hormat langsung masa lagu ni dinyanyikan. Contohnya, masa malam final tu. Ada segelintir players Selangor yang berlari-lari enjoy sakan time lagu 'Negaraku' dimainkan after the game was over. But then again, kata orang kuat FAS, players dia maybe terlampau excited (normal la tu kan?), tambahan pulak diorang tak berapa dengar lagu tu dimainkan sebab sound system stadium Bukit Jalil teruk. Hmm...alasan & tuding jari lagi..Heh..

Cerita lepas final Piala Malaysia '05

I started to read sports section in newspapers again after a week-long ‘hiatus’. Why the gap? Hehe. Hanya Yatt yang tahu. As expected, the newspapers are still featuring news about the Malaysia Cup finals last Saturday. In the Malay Mail, there’s an article titled “The Season of Red and Yellow”, that highlights (supposedly) the M-League season’s outstanding players, team, coach, manager etc. And of course, as the title suggests, takde yang lain yang lebih hebat melainkan the Red Giants belaka. Suka hati reporter tu la kan, dia nak tulis apa pun. Tapi aku cukup tak setuju bila aku tengok ni :- ‘Team of the Year’, ‘Coach of the Year’, ‘Best Foreign Player’, Best Local Player’, ‘Best Manager’, ‘Goal of the Year’, ‘Best Local Goalkeeper’, ‘Best Local Defender’ & ‘Best Local Midfielder’ – SEMUAnya Selangor?!! Sah-sah reporter ni tulis semata-mata based on apa yang dia tengok masa final hari tu! What about other teams? Takkan takde yang layak langsung? But then again, this is only the reporter’s opinion. Aku pun boleh tulis opinion aku gak kan?

Anyway, I totally agreed with a few things that the reporter writes:-
  • ‘Best Local Striker’ – Nobody (memang memalukan...)
  • ‘Most Disappointing Team’ – Pahang (money can’t buy anything??..)
  • ‘Surprise Package’ – Kelantan (KL pun ok gak; very energetic & consistent throughout a 90-minute game)
  • ‘Bungle of the Year’ – FAM & FAS. FAM because they relieved national coach Bertalan Bicskei of his duties after just six matches with the Under-23 team and two months before the Manila SEA Games. FAS were guilty of allowing Bambang Pamungkas to cover himself with the Indonesian flag in celebrating Selangor’s victories. Zidane did not raise the French flag after winning the UEFA Champions League with Real Madrid in 2002, nor did Didier Dogba fly the Ivory Coast colours after lifting the English Premiership title with Chelsea. (My comments: A major REVAMP should be done to FAM first, before anything else should be done to improve the standard of Malaysian football. Cuba la belajar macam mana Jepun boleh buat satu revolusi ngan J-League dan mampu lahirkan bintang-bintang dunia dalam masa lebih kurang 10 tahun je.As for FAS, well... hmmm..urr...Cite lain lah. To FAS, Selangor might not automatically be the winner of Sumbangsih Cup 2006. Yesterday, Datuk Seri Ibrahim Saad kata FAM nak meeting untuk cadangkan Selangor jumpa Perak nanti. Duit maa..duit...Hehehe...).

Monday, October 3, 2005

Ni ada satu cerita...

Semalam aku tengok '3R'. Isunya pasal insiden-insiden yang memalukan yang kita pernah alami. Aku teringat pulak satu insiden masa aku kerja kat ROTTW dulu. Masa tu aku duduk ngan family kat Kelana Jaya (KJ) & office ROTTW pulak kat Batu Caves. Aku berulang-alik pergi kerja naik bas Intrakota. Letih gila. Faham-faham je la naik bas kat KL ni. Kena ada ketahanan fizikal (e.g. kena ada skill bergayut, berdiri lama-lama, bla..bla..etc.) & mental yang mantap (kena banyak bersabar, especially masa nak tunggu bas datang @ ngan perangai driver bas yang kadang-kadang agak emosional & poyo tak tentu pasal). Satu hari Sabtu tu aku letih sangat sebab banyak kerja kat office. Macam biasa, aku naik bas dari Greenwood terus ke CM. Dari CM, naik bas balik KJ. Kat KJ, aku biasanya turun bas betul-betul kat last stop. Last stop tu pulak tempat pot driver-driver Intrakota. Ada gerai makan etc. Biasanya kalau aku turun kat last stop tu, aku kena jalan kaki lebih kurang 5 minit nak balik rumah.

On the way back tu nasib baik la aku dapat tempat duduk. So, aku pakai spek hitam, sumbat telinga aku ngan earphone, pasang walkman kuat-kuat & started to doze off. Punya la syok aku tidur, siap mimpi-mimpi lagi. Alih-alih tengah syok-syok aku layan mimpi, tiba-tiba aku rasa ada orang cuit bahu aku.

"Dik, nak gi KL balik ke? Bas ni nak jalan balik dah," kata driver bas Intrakota tu ngan kuat (driver tu cakap kuat-kuat sebab dia nampak aku tengah dengar walkman kot). Siap tersengih-sengih pulak tu. Macam kerang busuk. Aku pandang sekeliling, aku sorang je dalam bas tu, tapi kat bawah dah ada orang nak naik bas yang sama. Diorang pun tumpang sengih. Driver tu dah start enjin ntah berapa lama.Cesh!

Masya-Allah, dah berapa jam la aku tertidur kat last stop tu??!..Bila masa la aku dah sampai situ? Haiyaaaa...malu gila! Aku terus tergopoh-gapah lap air liur basi lebih kurang, angkat beg & terus turun bas tanpa toleh memana lagi. Sambil jalan tu aku pasang balik walkman aku kuat-kuat (tak nak dengar orang ketawakan aku..), pastu aku cover-cover sikit muka aku ngan rambut. Tapi masa aku jalan kaki nak balik rumah tu, aku sempat gak kerling pot driver-driver bas tu dari celah-celah spek hitam aku. Ada gak yang dok tergelak-gelak & tunjuk-tunjuk aku! Masa aku syok tertidur dalam bas tu, diorang sure syok mengutuk aku sambil makan-makan. Agaknya aku tidur ternganga tak?!...Argh, tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

Sell-Out

Several events happened in the last two days. Although they didn't involve myself at all, I just couldn't stop thinking, "What's the point of selling your soul to get something?"
Whatever it is, in this cruel world, people with money, power & kabel yang bagak tetap akan menang. *sob, sob*
Tiba-tiba aku teringat cite 'Bedazzled'.
Tiba-tiba aku teringat kata-kata Kurt Cobain, "It's better to burn out than to fade away.."

Hmm..btw, I was quite shocked to watch the news on the Bali bombing. Bukan apa, Yatt kata, Maliah ada kat Bali. Bila dapat news tu je, aku & Yatt sibuk tengok berita & bukak Internet. Risau gak kat budak tu. Although I don't know her that well, I think we are bonded, somehow or other. Tapi memang dah confirm no Malaysians involved. I hope she's fine.

Bajet

Last weekend I was at home. Nak pergi mana-mana pun, macam takde bajet dah. As usual, dapat gaji 27hb tapi belum sempat nak masuk bulan baru, gaji dah tinggal serdak dan habuk. Uhuk..Uhuk. Nasib baik dah shopping baju raya untuk Deena (no pink clothings for her...hehehe...). Memang gila duduk kat KL ni. Ex-colleague aku dulu pernah cakap, dengan gaji yang dia dapat kat KL ni, dia boleh dikategorikan orang miskin, tapi kalau kat kampung dia dah boleh buat rumah banglo. Memang ada betulnya. Duduk kat KL kena belajar 'ekonomi secukup hidup'. Haha! Aku pun dah jemu kat sini, dah nak masuk 12 tahun aku merantau. Tahun 2003 aku mula belajar hidup kat KL. Aku sekolah kat SM Teknik, Cheras (TIKL - yes, ni sekolah yang ramai budak jahat & ada kes budak mati kena belasah..). Lepas tu masuk PPP/ITM, Shah Alam. Masa kat TIKL dulu aku pernah cakap takkan jejak kaki lagi ke Cheras sebab bosan ngan environmentnya yang memanjang sesak. Alih-alih aku cari rezeki kat Cheras & duduk berumahtangga pun kat sini jugak. Argh!!

Anyway, cakap pasal bajet tadi, teringat pulak 'Bajet 2006'. Pada aku, macam biasa la, orang-orang gomen & those in the education & business sectors akan lebih merasa kesan bajet ni. Aku punya bonus entah ada, entah tidak hujung tahun ni. Anyway, kudos to the Government for putting up such comprehensive and "rakyat-oriented" budget. Paling aku respek bila ada peruntukan RM5.7 billion untuk repair jambatan, jalan raya & pastikan cukup bekalan air & elektrik untuk orang-orang kampung. Ye la, macam PM cakap, kita selalunya bangga kita ada 'world-class' infrastructure', tapi jambatan kecik untuk rakyat pun kita tak mampu repair. Nak-nak pulak di negeri-negeri yang berstatus maju. Malu oi! Sekurang-kurangnya, bajet kali ni akan menggembirakan anak-anak nun jauh di pendalaman yang pernah ponteng sekolah sebab jambatan runtuh. But I think, a 13% increase in taxation for cigarettes is still quite low, and not costly enough for smokers to quit.

 
The Olskool RockaMomma © 2009 Designed by eddvedder